Dah 3 tahun office aku tak buat family day...masuk je CEO baru...baru ada gathering utk family day ni...kali ni family day diaorang buat kat Sunway Lagoon..13 Nov yg lalu(lambat update...sibuk je memanjang)...yang seronok anak2 akulah...tak sabar2 nak pegi...pkl 6 dah bangun...tak payah susah2 nak kejut...klau nak pegi sekolah...jerit berpuluh kali pun susah nak bangun...tulah dia budak2...benda2 yg seronok cam family day ni...diaorang punya excited lain mcm sikit...tak payah suruh2...tau2 semua dah siap...
Monday, November 21, 2011
Family Day kat Sunway Lagoon
Thursday, September 22, 2011
Rate Race 2011
Rate Race.........
Dah masuk tahun yg ke 11 Rate Race ni diadakan...inilah kali pertama aku turut serta mangambil bahagian dalam acara tahunan anjuran majikan aku BURSA MALAYSIA...tahun2 sebelum ni aku hanya sekadar menjadi pemerhati dan penyokong buat team BURSA MALAYSIA...bukan tak nak masuk tapi tak minat nak berlari...walaupun ramai kawan2 aku suruh masuk...tapi dah tak minat nak buat cam mana kan...tak tau pulak apasal tahun ni tiba2 je berminat nak turut serta...mungkin sebab kena berlari kot...tu yg tak berapa nak best tu kot...nak cite sikitlah sebab musabab kenapa tiba2 je aku minat nak berlari...sebenarnya aku dah hampir 5 bulan tak kayuh basikal...aku cuma tak kayuh je bukan terus tak berkayuh atau terus gantung basikal...tapi aku cuba nak carik satu sukan baru...futsal..bola..badminton..sepak takraw dan macam2 sukan yg lain aku dah rasa...cuma berlari atau apa orang cakap "jogging" je aku tak cuba lagi...sebelum ni bukan tak pernah berjogging tapi taklah seserius apa yang aku buat sekarang ni...tu yg tiba2 je datang minat nak berlari tu...sejak 5 bulan tak kayuh basikal ni..2 atau 3 kali seminggu aku akan berjogging kat taman rumah aku...aku akan buat 5km setiap kali aku jogging dan sejak 5 - 6 bulan lepas aku dah berlari sekitar 300km++...5 km ni pun dah kira ok dah bagi aku...nak lari lebih2 pun nak buat apa bukan aku nak masuk marathon pun tapi sekadar mencuba sesuatu yang baru...dan hasil dia sekarang...makin lama makin seronok pulak...pantang ada masa mesti nak berjogging...kenkadang tu ada gak member2/jiran2 dok perli "jogging sorang2 je ke"..."tak boring ke lari sorang2"..."tak penat ke"..."sorang2 ni lari ke jalan"..."tak peluh pun"...bukan nak bagi semangat...ngondem adalah..hampeh nye member..."bro.. aku lari bukan untuk nak nunjuk kat orang yang aku ni fit ke ..stamina aku kuat ke..tapi aku lari ni untuk diri sendiri bro..aku yg lari..so..badan aku yg sihat..kalau aku lari badan orang lain yg sihat...baik aku duk rumah tidur" lagi bagus ...alamak.. aku rasa...aku dah melalut ni...oklah bro.. senang cite cam nilah...apa saja jenis sukan sekali pun yg kita ceburi...tak kiralah yang menggunakan otak ke...yang menggunakan tenaga ke...yang penting kita nak bersukan...jangan dah sakit baru terfikir nak bersukan...tak gunalah...bukan maksud aku dah tak boleh nak buat apa2...boleh...cuma masa yg kita ambik untuk sihat tu panjanglah sikit...so moral of the story "sebelum kena...sendiri mau ingatlah..."
oklah bro...kita layan gambar2 kat bawah ni yg sempat aku snap sepanjang Rate Race berlansung..........
sesi bergambar pelari2 Bursa dengan CEO Bursa Malaysia Dato Tajudin Atan....serba merah...
sebahagian dari para peserta dan dianggarkan lebih dari seribu peserta berlari dlm Rate Race kali ni...
member2 office aku...selepas melepasi garisan penamat...walaupun penat jelas terbayang keceriaan kat wajah masing2...tahniah pada semua peserta Bursa Malaysia kerana berjaya menghabiskan larian 4.5km masing2...tahniah jugak pada yg menang kali ni...keseluruhan team no1 Bursa mendapat tempat ketiga...tahniah bro....bagi aku pulak..catatan masa aku bukan yg terbaik...jauh dari yg selalu aku buat...biasa dlm 25 minit...tapi masa race cacatan aku 27 minit...takpa ..next year boleh cuba lagi....Saturday, September 3, 2011
Hari Raya 2011
Tahun ni giliran aku beraya kat rumah orang tua aku kat Kg Cheras Baru..KL..raya tahun ni macam biasa2 aje..takda beza cam tahun2 lepas...dah tua2 ni takda apa yg nak diseronokkan lagi...masa kita dah habis...masa untuk anak2 kita pulak meraikan keseronokkan raya ni...apa yg tinggal sekarang hanyalah memori dan kenangan yg mungkin tidak akan dpt dilupakan sampai bila2...itu jelah yg tinggal...sesekali bila teringatkan masa beraya zaman budak2 dulu seronok gak...tul tak bro...saja nak recall balik memori masa budak2 dulu....
segak bergaya...aku..anak bujang aku..adik2 lelaki aku ngan anak2 buah aku...
bujang trang tang tang...
ayah aku ngan sebahagian dari cucu2 dia....
Gambar kenangan Raya 2011...tahun ni semua adik beradik aku beraya kat rumah mak aku...tu yg penuh sesak tu...cuma sorang je yg takda...AL FATIHAH buat adik ipar aku yg telah dulu pergi menyahut seruan Illahi "Mohamad Sham"...semoga arwah ditempatkan bersama-sama dengan mereka yg dicintai oleh Allah swt...AMIN...
adik aku yg no 2....
adik aku yg no 3....tahun ni beraya cuma berdua aje...banyak2 bersabar...
adik aku yg no 4....ngan family dia...
adik perempuan aku...no 5...
yg ni adik aku yg no 6...
dan yg bongsu sekali no 7....bersama wife ngan anak dia...
gambar ni masa kat kampung wife aku...Pasir Panjang...Selangor..bergambar bersama ngan Atok wife aku...
Monday, August 29, 2011
Selamat Hari Raya
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua member2 sekayuhan..jiran2..sahabat handai dan pada semua yg mengenali diri ini...semoga bergembira bersama keluarga tersayang..pada member2 riders semua selamat berkayuh semula..setelah sebulan kita berpuasa dan selama sebulan jugaklah banyak basikal2 yang tergantung je kat rumah...jadi selepas ni marilah kita sama2 kayuh balik ok..dan disini saya ingin mengambil kesempatan sekiranya ada diantara kata-kata saya yg tertulis di dalam blog ini yang menyinggung perasaan sesiapa sajalah..saya menyusun sepuluh jari memohon seribu kemaafan daripada semua dan sempena hari yang mulia ini marilah kita bersama-sama bermaaf-maafan..Juga diharapkan semoga Ramadhan yang bakal melabuhkan tirainya ini adalah merupakan Ramadhan yang terbaik daripada yang sebelumnya..dan jadikanlah ia sebagai batu asas untuk kita bawa ke dalam bulan-bulan yang bakal mendatang dan marilah kita bersama-sama memanjatkan doa kita kepada yang ESA mudah-mudahan dipanjangkan umur kita dan semoga kita akan bertemu kembali dengan Ramadhan yang akan datang-AMIN(DARI SAYA SEKELUARGA - NIZAM..DILA..ARIEF..AIZAD..FARIESHA..FARAH)
Subscribe to:
Posts (Atom)