Friday, June 27, 2014

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak


 
Tirai Syaaban telah berlabuh,
Lambaian Ramadhan sudah tiba,
Luhur hati ikhlaskan amalan ibadah.
Selamat menunaikan ibadah puasa
Dan Salam Ramadhan Al-Mubarak.
Memohon kemaafan dari hati yang
ikhlas atas kesalahan selama ini
Baik yang besar ataupun kecil.
Yang Nampak ataupun tak nampak
Dan kalau ada tersalah cakap atau menyakitkan hati
Harap dimaafkan.
 
SELAMAT MENJALANI IBADAH BERPUASA.(Nizam,Dila,Arief,Aizad,Fariesha,Farah)


Thursday, June 12, 2014

Sejarah Piala Dunia

KEJOHANAN Bola Sepak Piala Dunia adalah di antara kejohanan paling berprestij di dunia. Kejohanan empat tahun sekali ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang telah menjadikan sukan bola sepak sebagai sukan nombor satu masyarakat dunia.

Ia bermula pada tahun 1930 menerusi cadangan pengerusi FIFA ketika itu, Jules Rimet dua tahun sebelumnya. Uruguay telah menjadi tuan rumah pada edisi sulung kejohanan malah berjaya menjadi juara dengan menewaskan Argentina 4-2.

Pada tahun 1934, tuan rumah Itali berjaya merampas kejuaraan selepas mencatatkan kemenangan 2-1 menundukkan Czechoslovakia manakala Jerman memperolehi tempat ketiga apabila menewaskan Austria 3-2. Tidak cukup dengan itu, Itali mempertahankan kejuaraannya pada edisi 1938 di Perancis apabila membelasah Hungary 4-2.

Sebelum edisi 2014, Brazil pernah menjadi host piala dunia pada edisi 1950. Edisi ini menyaksikan suatu keunikan berlaku apabila tiada perlawanan akhir rasmi diadakan. Uruguay memiliki mata tertinggi dan kebetulan mencatat kemenangan 2-1 ke atas Brazil, maka terus dikira sebagai juara baru merampasnya daripada Itali sejak edisi 1938.

Pasukan yang dilihat konsisten ketika ini iaitu Jerman menjuarainya buat pertama kali pada edisi 1954 selepas mencatat kemenangan 3-2 ke atas Hungary. Perlawanan tempat ketiga dan keempat pula menyaksikan Austria menewaskan Uruguay 3-1.

Brazil memulakan penguasaannya dalam kejuaraan piala dunia bermula pada edisi 1958 dan 1962 yang masing-masing diadakan di Sweden dan Chile. Dalam edisi 1958, tuan rumah Sweden sekadar naib juara selepas tewas kepada Brazil manakala tuan rumah edisi 1962, Chile sekadar di tempat ketiga.

England, host piala dunia edisi 1966, menjadi juara selepas mengenepikan pasukan Jerman dengan kemenangan 4-2 selepas masa tambahan. Namun, Brazil kembali menguasai kejuaraan piala dunia apabila membelasah Itali 4-1 pada edisi 1970 yang dihostkan oleh Mexico.

Jerman dan Argentina, host edisi 1974 dan 1978, masing-masing mencatatkan kejuaraan selepas menundukkan Belanda dalam perlawanan akhir. Jerman menang 2-1 pada perlawanan akhir edisi 1974 manakala Argentina juga menewaskan Belanda 3-1 pada perlawanan akhir edisi 1978.

Edisi 1982, 1986 dan 1990 menyaksikan Jerman layak ke perlawanan akhir tiga kali berturut-turut namun tewas kedua-dua perlawanan masing-masing pada edisi 1982 kepada Itali 3-1 dan pada edisi 1986 kepada Argentina 3-2 kemudian akhirnya berjaya mencatatkan kejuaraan pada edisi 1990 dengan kemenangan 1-0 menewaskan juara bertahan ketika itu, Argentina.

Selepas Jerman yang layak pada perlawanan akhir bagi tiga edisi berturut-turut, kali ini giliran Brazil menunjukkan belangnya. Trio samba bermula pada edisi 1994 di AS selepas membenam Itali dengan sepakan penalty 3-2 selepas terikat tanpa jaringan. Edisi 1998 menyaksikan tuan rumah Perancis merampas kejuaraan Brazil dengan kemenangan 3-0 dan seterusnya Brazil sekali lagi berjaya ke perlawanan akhir dan menewaskan Jerman, edisi 2002 yang diadakan di benua Asia.

Edisi 2006 di Jerman menyaksikan pertembungan Itali dan Perancis di perlawanan akhir yang akhirnya memihak kepada Itali dengan sepakan penalty 5-3. Perlawanan akhir ini juga menyaksikan ZInedine Zidane menandukkan Kapten Itali, Materazzi dan akhirnya dilayangkan kad merah.

Edisi 2010 di Afrika Selatan menyaksikan Sepanyol mencatatkan kejuaraan pertama selepas menumpaskan Belanda menerusi gol tunggal jaringan Iniesta selepas tambahan masa. Ini merupakan preview ringkas mengenai sejarah kejuaraan piala dunia sejak ianya bermula.

Secara keseluruhannya, Brazil paling banyak merangkul kejuaraan piala dunia sebanyak 5 kali, Itali 4 kali manakala Jerman 3 kali. Argentina dan Uruguay masing-masing dua kali. England, Perancis dan Sepanyol hanya sekali mencatatkan kejuaraan piala dunia.

Edisi 2014 masih lagi menjadi tanda tanya? Pasukan manakah yang akan mencipta kemenangan dan pasukan manakah yang akan pulang awal. Segala-galanya akan bermula 12 Jun kelak. Debaran kian terasa…Credit harkahdaily

Monday, May 12, 2014

Friendly Game Kat Melaka

Game ni sebenarnya dah berlansung pada 14 April yg lepas tp lambat update...sibuklah sangat2..sampai member2 dok tanya bila nak update cite bola ni Zam..hari ni baru sempat nak buat cite pasal bola ni...
Game kali adalah kali yg kedua aku main kat Melaka...game pertama dulu aku main kat Stadium Tun Fatimah tahun 2012...kali ni aku main kat Stadium Kubu...stadium yg suata ketika dulu pernah menjadi kubu kuat team Melaka..tp sekarang dah tinggal kenangan je...stadium yg pernah melahirkan ramai pemain2 terkemuka Malaysia...
Stadium ni masih dijaga dengan baik...keadaan padang terbaik...tak rugi main kat sini...jom kita layan pic kat bawah ni...

aku tak taulah sampai bila rasanya aku akan terus main bola ni...bagi aku bola ngan aku ni dah sebati..tak kira cam mana pun klau ada game bola...aku pasti akan meluangkan masa aku kat bola tak kira main kat mana pun...


BURSA BULL football team...otai2 je ni...

rehat time..


full time...dengan keputusan team aku menang 1 - 0 ngan pasukan RHB Melaka..syabas bro...


perggghhhhh....penat tu bro...tak renti berlari dari awal sampai habis game...nak terkeluar lidah rasanya...
bagi aku ...bolasepak ni selagi ada kederat aku...aku akan terus bermain...dan terus bermain...

Wednesday, May 7, 2014

Cuti-cuti Malaysia


 Assalamuallaikum semua...lama tak bercerita..almaklumlah sibuk sikit pastu idea pulak tak da..tu yg malas tu...atlast just update cite2 pendek je..drpd blog ni senyap sunyi je update jelah apa yg teragak dlm minda kepala ni...
Cuti sekolah baru2 ni aku plan ngan family gi makan2 angin ..plan punya plan last2 gi lepak Melaka n pastu turun Johor..anak2 sibuk nak jalan Johor sebab tempat2 lain dah selalu gi bercuti..Johor tak pernah pegi..so apa lagi ke selatanlah pulak cuti sekolah kali ni...
First day gi lepak kat Melaka...aku sewa kat Kelebang Beach Resort..bagi aku n family aku diaorang cakap tempat ni ok walaupun tak boleh turun  ke pantai..bolehlah untuk hilangkan stress yg ada kat dlm kepala ni...dekat ngan surau..masjid...kubur pun dekat betul2 depan resort ni tp kubur ni dah penuh..tak aktif dah..enjoy2 gak...happy2 gak tp bila terpandang kubur ni akan mengingatkan kita supaya dunia2 gak tp akhirat jgn lupa..


 kat dalam resort ...harga sewa dia ok tak mahal dlm rm180 ngan sarapan utk 4 orang klau anak lebih tambahlah sikit tak banyak mana pun..
 sempat berselfie lg..anak2 bujang ngan anak2 dara aku...
 swimming time...
 view laut..mengadap selat melaka...





 antara view2 kat sini...menarik gaklah...

 mem aku...happy je..

 
 aku ngan anak2 dara aku..


 Nizam n the gang`s...

 yg ni gambar anak aku ngan sepupu diaorang...masa ni aku dah on the way nak ke Johor Baru...singgah Batu Pahat jap..jengguk sepupu wife aku...lama tak jumpa..
 yg ni kat JB kat Country Garden..Danga Bay..pemandangan di malam hari...tengah banyak construction masa ni..sepupu aku ckp diaorang tengah buat projek condo...harga mungkin mencecah RM1juta...kata sepupu aku...jom layan gambar2 kat bawah ni..pemandangan di malam hari sekitar Danga Bay...














 yang ni kat rumah sepupu aku...Bali style rumah dia ni...cantik siap ada kolam air terjun...semua dia buat sendiri...kontraktorlah katakan...

 bersarapan pagi kat Kg Majidi pekena martabak Singapura...memang sedap..saiz martabak ni sebesar kertas A4...
 yg ni pulak permandangan kat Country Garden Danga Bay di siang hari...barulah macam2 boleh nampak...

 posing...
 emak ngan anak...
 cantik...


 yg best kat Country Garden ni..diaorang ada buat pantai buatan manusia...view menghadap Singapura...memang cantik...klau ada sapa2 gi JB singgahlah kat sini...


 sepupu aku...Brother Zali...seorang kontraktor...

 yg ni gambar sekitar Kota Iskandar JB....macam kat PutraJaya... Kota Iskandar ni adalah Pusat Pentadbiran Negeri Johor..
 antara pemandangan sekitar Kota Iskandar...


 yg ni kat Puteri Harbour Marina Kota Iskandar...tempat melepak-lepak dan bershopping...

bergambar kenangan..family aku ngan family sepupu aku...kat Puteri Harbour Marina...Pada sepupu aku Zali n family..terima kasih atas layanan yg diberikan kerana tumpangkan aku n family aku kat umah kau...belanja sarapan...terima kasih banyak2 Zali...next time klau panjang umur kita jumpa lagi...Assalamuallaikum...