kayuhan bermula sekitar 0815pg...cuaca cantik...tip top..cahaya sang mentari pun agak suam2 kuku je...kira oklah....
kat highway Sg Long..adalah terserempak 2-3 riders kat sini...
Monday, February 28, 2011
Kayuhan Santai
Monday, February 14, 2011
Islam vs. Valentine day
Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud, "Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka."
1. Jabatan Mufti Negeri Johor - Hari Valentine's Day ini telah dibentangkan dan dibahaskan dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Zulkaedah 1426H bersamaan 27 Disember 2005M. Setelah dilihat dengan teliti, maka Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan seperti berikut " Amalan merayakan Hari Kekasih (Valentine's Day) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dengan akidah Syariah dan akhlaq Islamiah serta dialarang oleh Islam. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang melibatkan diri dalam meraikan hari tersebut.
Huraian
1. Sejarah Valentine's Day tidak ada dalam Sejarah Islam;
Friday, February 11, 2011
TAZKIRAH JUMAAT - Kekuatan Sedekah
Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi dan Ahmad, seperti
berikut :
Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar.
Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya,
ternyata bumipun terdiam.
Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka
bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada
gunung ?"
Allah menjawab, "Ada, iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh
menjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang
dibuat dari besi).
Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang
lebih kuat daripada besi ?"
Allah yang Maha Suci menjawab, "Ada, iaitu api" (besi walau sekeras manapun
boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api).
Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu
yang lebih kuat daripada api?"
Allah yang Maha Agung menjawab, "Ada, iaitu air" (api membara sedasyat apapun
niscaya akan padam
jika disiram air). Para malaikat pun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu
dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat
daripada air ?"
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, "Ada, iaitu angin" (air
disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma
menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin
ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat).
Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam
penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu
semua ?"
Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, "Ada, iaitu amal
anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan
kirinya tidak mengetahuinya".
Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah
orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah
yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk
ataupun supaya diketahui orang lain.
Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika
beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : "Wahai segenap manusia
! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan mendapatkan
(pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya" .
Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang
ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan,
dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.
Ganjaran bersedekah *
Rasulullah s.a.w menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah,
hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah
berkah. Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran
yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan
sabda RasuluAllah SAW, sbb :
Allah Ta'ala berfirman, "Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah)
dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak
akan menyiapkan baginya jalan yang mudah".. {Qs. Al Lail (92) : 5-8}
Allah Ta'ala berfirman, "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang
yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang
menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah
melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas
(kurnia-Nya) lagi maha mengetahui". {Qs. Al Baqarah (2) : 261}
RasulAllah SAW bersabda, "Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua
malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan,
karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah". Yang
satu lagi menyeru "musnahkanlah orang yang menahan hartanya".
Tolak Bala dengan Sedekah
Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak
bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda RasulAllah SAW,
sbb :
"Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului
sedekah".
"Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah".
"Ubatilah penyakitmu dengan sedekah".
Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah
ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana
kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan
memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan
bahawa mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai
pekerjaannya, malas, dll.
Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan
laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah) , sebaiknya
mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana
seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah
Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah.
Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita
beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita,
kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang
bertakwa. Pengemis/peminta/ fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang
yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang
tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???
Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian
sedekah.
Atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada
pengemis/peminta/ fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka
biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum sholat Jum'at dan
memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi
sejumlah minima setiap Jum'at, misalnya Jum'at ini kita menyumbang RM5 kekotak
amal tersebut maka sebaiknya Jum'at berikutnya harus dengan jumlah yang sama,
syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan
keikhlasan.
Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa Jalla.
Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan
rugi di dunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya
orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan
(belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah
celaka. Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang
melabur (invest) dan menabung disisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya
kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan
rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.
Sedekah yg pahalanya terus mengalir
Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : "Bila
seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal
jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo'akannya" (HR. Bukhari,
dalam Adabul Mufrad).
Berikut contoh konkrit, sadaqah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir
walaupun si pemberi sadaqah telah meninggal :
SADAQAH JARIAH -
KEBAIKAN YANG TAK BERAKHIR
AL SADAQAT AL JARIYAH -
THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU !
1. Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda
mendapatkan kebaikan.
Give Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat.
2. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda mendapatkan
kebaikan.
Teach someone to recite a dua.. With each recitation, you will gain hasanaat.
3. Sumbangkan kerusi roda ke Hospital dan setiap orang sakit menggunakannya,
anda mendapatkan kebaikan.
Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will
gain hasanaat.
4. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau hewan berlindung dibawahnya atau
makan buahnya, anda dapat kebaikan.
Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats
from the tree, you will gain hasanaat.
5. Tempatkan pendingin air di tempat awam.
Place a water cooler in a public place.
6. Edarkan bacaan yang membangun dengan seseorang.
Share constructive reading material with someone.
7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid.
Participate in the building of a mosque.
8. Edarkan CD Quran atau Do'a.
Share a dua or Quran CD.
9. Bantulah pendidikan seorang anak.
Help in educating a child.
Jika seseorang menjalankan salah
satu dari hal diatas, anda dapat kebaikan sampai hari Qiamat. INSYALLAH...
Saturday, February 5, 2011
Kayuhan Interstate..Selangor-NegeriSembilan
Kayuhan interstate ni adalah kayuhan secara beramai-ramai aku yg pertama ngan MAPLAY untuk tahun 2011...sempena tahun baru cina yg lalu...kayuhan bermula dari Giant Kajang..Pekan Semenyih..Pekan Broga..Pekan Ulu Beranang..Pekan Lenggeng..Mantin..Nilai..Lekas Highway..dan berakhir di Giant Kajang..meliputi jarak sejauh 75km...dengan masa yg diambil dalam 3jam 05 minit..antara yg turut serta dlm kayuhan tersebut adalah Aku sendiri..Pak Brahim..Rashin..Sifu Zairi..Yazid(AJ)..Shakri..Azlan..Bates dan sorang lagi member baru MAPLAY..Shafiq(welcome to the club bro...)...sebelum ni pun sekitar bulan Nov 2010 yg lepas..aku ngan MAPLAY ada berkayuh kat route ni dan kali ini adalah ulangan dari pada kayuhan tersebut...ramai lak member MAPLAY yg nak buat repeat kat route ni...bagi aku route ni adalah antara route yg paling menarik...jauh dari kesesakan trafik...penuh ngan pemandangan yg menghijau dan bukit bukau disepanjang kayuhan ...riders2 jugak akan melintasi pekan2 lama disepanjang kayuhan ini...seronok tu bro...asyik tengok bandar besar2 je...sesekali apa kata kita jenguk lak pekan2 cowboy yg banyak terdapat kat tempat kita...pada sapa2 yg belum pernah kayuh kat sini...aku nak rekeman kat riders2 semua...cuba route ni...tentu seronok...yg mana pernah berkayuh kat sini tau akan keseronokan dia...ok bro...apa kata kita layanlak gambar2 kat bawah ni....

betul tak bro...









