Thursday, October 10, 2019

2007-2019 12 Tahun Dan Masih Lagi...

Pejam celik pejam celik dah 12 tahun main basikal dan 10 tahun dah jadi blogger.. And still aktif bersukan n berblogger walaupun usia dah nak masuk 5 series.. Bersukan sekadar utk menjaga kesihatan tubuh badan je.. Maklum lah dah nak masuk 5 series ni kena lah jaga kesihatan skit.. Nak kena keje sampai 60 bro..klau tak bersukan tak tak larat nanti.. Apa2 pun kita hanya merancang selebihnya ketentuan tuhan.. Dalam tempoh 12 tahun berkayuh aku cuma pakai 2 je basikal.. 

Yg ni basikal pertama aku.. Aku beli tahun 2007..Jenis polygon hibrid.. Tp banyak gak pengubahsuiaan yg aku buat.. Yg mula2 standard tak tukar apa2.. Ada 4 bulan gak lah pakai.. 
Yg ni aku dah banyak buat pengubahsuiaan.. Carbon folk.. TT arm.. Cassette dari 7 speed ke 9 speed tp masih mengekalkan straight handle.. 
Aku pakai polygon ni tak sampai setahun sbab saiz dia tak sesuai ngan aku.. Sbab setiap kali aku kayuh long distance pinggang aku sakit.. Member suruh tukar saiz yg besar skit.. Maka bermulalah episode upgrade mengupgrade.. 
Basikal kedua aku tahun 2009.. Merida 901..yg ni aku beli frame je.. Group set rojak.. 105 ada ultegra ada.. Cassette pun upgrade dari 9 ke 10 speed tp masih mengekalkan straight handle.. 
Yg ni aku dah buat stail TT handle.. Dekat 10 tahun jugalah aku pakai handle TT ni sebelum pengubahsuiaan seterusnya.. 
Yg ni pic terbaru tahun 2019.. Baru ada rupa racing bike tp masih dgn model Merida 901 yg aku gelar "The White Steel" walaupun semua member2 aku dah upgrade basikal dia orang ke carbon frame.. Biarlah dia orang tukar apa pun.. Aku akan tetap setia dgn White Steel aku walaupun terkadang terasa perit nak mengekori member2 aku ni.. Maklumlah steel lawan carbon banyak different bro.. Selagi aku blh ikut dan tak tertinggal jauh terkebelakang aku akan terus setia ngan White Steel aku.. Jom layan pic2 kat bawah ni.. Pic ni dari mula2 aku berkayuh 2007 sampailah yg terbaru 2019.. Mana saje route yg tak pernah aku sampai.. Lenggeng.. Mantin.. Broga.. Bukit Puyuh Lenggeng.. Bukit Antu Langat.. Bukit Tinjau Ampang.. Genting Perez.. Nilai.. Kg Limau Manis Bangi.. Putrajaya.. Cyber Jaya.. Dragon Back Shah Alam.. Ijok.. Parit Mahang dan banyak lg lah route.. Dah puas rasanya aku jelajah.. Cuma skrang aku banyak berkayuh utk mengekalkan fitness dan stamina aku je.. Nak lumba2 ni takde lah.. 





























 Kenangan kayuhan malam Ayer @8 Putrajaya setiap Jumaat mlm Sabtu.. Orang kuat disebalik kayuhan Ayer @8 ni adalah Arwah Brother Raja Ramlan.. Alfatihah buat arwah.. Aku rindu ooiiiii kayuhan mlm Ayer @8 ni.. 😭😭😭😭😭





Ok bro.. kita jumpa lg next time..gua dah letih ni .. c u.. Good Night.. Salam Sejahtera dan Assalamualaikum... 

No comments:

Post a Comment