Monday, April 5, 2010

Kayuhan Ubi Rebus

Date : 04 Apr 2010
Route :Bkt Jelutung,Dragon Back,Ijok,Parit Mahang,Bkt Kucing,Bkt Kerayung,Bkt Kapar,Paya Jaras,Guthrie,Bkt Jelutung
Start Time : 08:00am
Distance : 102km
Riding Hour : 4 hours 05 minutes
Average : 25km/h
Riders : Yazid,aku,Azlan,Zairi,Shakri,Wak Jali,Pak Brahim,Rahman n Rashid
Tepat 0645am..aku gerak dari rumah Mak Mertua aku kat Gombak menuju ke Shah Alam...destinasi ride minggu ni...0745am aku sampai..masa aku sampai riders2 proton semua dah ada tengah menunggu ketibaan pelaton yg satu lg..aku,Pak Brahim,Rashid,Azlan ,Rahman ngan Wak Jali....tepat kul 0800am kayuhan pun dimulakan...utk stage yg pertama...Yazid ajak layan Dragon back dulu....dia cakap "kita layan bukit dulu.pastu nanti bila balik tak yah layan bukit lagi"...yg lain ngikut je...almaklumlah kitaorang pun bukannya tau sangat route kat sini...dia suruh layan bukit...layan jelah...20km yg pertama laluan semua berbukit....tapi alhamdulillah aku ngan selamba je sap..sap..sui...frame barulah katakan...tu yg selamba je tu naik bukit takda apa2 tu...sekali-sekala aku melayan Pak Brahim ngan Rashid...main tarik2...seronok tu bro....selama berbasikal...nilah kali pertama aku seronok melayan...kejap tarik naik bukit...kejap buat sprinting..pastu bagi member lain lak take lead...sampailah kat simpang tiga Tasik Puteri - Kuala Selangor...pit stop kitaorang yg pertama....apa pun kita layan cite2 kat bawah ni.....

melakukan persiapan terakhir sebelum memulakan kayuhan Ubi Rebus....

antara riders yg ride minggu ni ....dari kiri Kang Yazid,aku,Azlan,Sifu Zairi,Shakri,Wak Jali,Pak Brahim,Rahman(datang jauh...dari Rembau Brother ni) n Rashid

antara laluan Kat Dragon Back...alhamdullillah pagi tu laluan tak berapa sibuk sangat....sepanjang 20km pertama laluan berbukit ni...kiri kanan jalan dipenuhi ngan hutan...tu yg seronok tu...disamping berkayuh dapat gak kita menikmati keindahan dan kehijauan panorama yg terbentang...dapat gak nyirup udara nyaman....tak gitu bro...

kelihatan Bro Rahman,Wak Jali ngan Azlan sedang mengatur strategi...sebelum aksi kejar mengejar bermula....

ketika melakukan drafting di Dragon Back..... nak cite sikit pasal Dragon Back ni....selalu dengar cite je...Dragon Back ni laluan dia berbukit....ada lebih kurang 7 bukit kalau tak silap akulah...sejauh 20 km dari tempat permulaan...ketinggian dia boleh tahan gak...pada sapa2 yg baru pertama kali kayuh kat sini...boleh longgar gaklah lutut dibuatnya...tapi seronok...layan tu bro....

dipersimpangan Kayangan Height....kat dalam tu rumah orang2 kaya kut...tengok dia punya nama pun dah tau...aku ngagak je..tah ye tah idak....lantaklah..yg kaya diaorang bukannya aku...dan antara yg sempat aku snap...aku ni kayuh2 gak ambik gambar...ambik gak...bukannya apa...seronok nengok pokok2 yg menghijau ni...badan sihat hati pun senang...apa2 pun layan jelah bro....

dipersimpangan Puncak Alam -Kuala Selangor....pit stop yg pertama...sejauh 20km...sedang menunggu yg lain....


memulakan kayuhan untuk stage yg kedua...pit stop yg seterusnya kat rumah Mak Mertua Kang Yazid...sejauh 25km....pekena Ubi Rebus cicah sambal ngan ikan masin....

baru je start stage kedua musibah datang....salah sorang riders(Azlan)...dia punya tayar buat hal..apa lagi ramai2 pakat tolonglah...Azlan ni tinggal kat ngan rumah aku..tapi taman lain...dia tinggal kat Taman Saujana Impian...dia ni pun salah sorang otai gak ni...tapi dia cakap dah sepuluh tahun tak kayuh...semalam adalah ride yg pertama yg paling jauh dia pegi.selepas buat come back...dia cakap mula2 nak start ada rasa cuak sikit...takut tak boleh habis 100km ni...tapi kitaorang bagi dia semangat...kita kayuh sama2...pegi sama2..klau tinggal pun sama2...jangan takut....tu yg buat dia semangat tu....


lagi2 aku kena ambik gambar aku sendiri.....

Masjid Parit Mahang....besar masjid ni...cantik pulak tu...kawasan Parit Mahang ni kalau tak silap aku...majoriti penduduk dia Jawa.....kawasan perkampungan ni memang cantik....rasa mcm aku kayuh kat kampung bini aku kat Pasir Panjang.Sekinchan

diperkarangan rumah mak mertua Yazid...cantik rumah kampung ni....

jeng...jeng...jeng....ni yg buat semua riders tak tahan ni....pit stop yg kedua...kat rumah mak mertua Kang Yazid...pekena ubi rebus........sebelum tu aku nak cite sikit...mula2 tu mati2 aku ingat nak pekena ubi rebus ni kat mana2 warung tepi jalan ke...tapi dia cakap belum sampai lagi...depan lagi...depan mana aku pun aku tak taulah...warung dah 3 -4 warung yg lepas..tapi tak singgah2 pun...last2 dia ajak masuk kat satu rumah tu...aku peratikan takda pun warung...rupa2nya dia bagitau nilah rumah mak mertua aku...kita pekena ubi rebus kat sinilah....cis kau Kang Yazid...mati2lah aku ingat kat warung...rupa2nya kat rumah mak mertua kau...itupun sebelum nak sampai tu pun rumah mak mertua pun terlajak...apalah kau ni Zid....rumah mak mertua sendiri pun dah tak ingat jalan masuk dia....

perghhhh.....sekali2 melayan sarapan pagi jawa ni sedap gak....susah nak dapat kat Kl ni.....kat perkampungan orang Jawa je boleh dapat benda2 ni...kat tempat lain sorry lah bro....tak dapet do.....

semua tengah asyik dok pekena ubi rebus ngan ikan masin.....perhhhhhhh...wa caya lah lu Kang Yazid....mcm makan tengah hari tu....semua dah tak ingat apa dah...masa ni ingat melantak je ni...tak tau lepas ni ada lagi 50km perjalanan nak sampai kat tempat permulaan...makan bang jangan tak makan...bukan senang nak dapat makan mcm ni...bertahun aku kayuh...nilah pertama kali dapat sarapan macam makan tengah hari.....terima kasih Kang Yazid...jugak terima kasih pada mak mertua ngan wife kau Kang Yazid....next time boleh pekena lagi...k


huhhh Azlan sampai menjilat jari kau ye.......Wak jali steady je...sikit2 tapi bertambah-tambah...sifu Zairi...dah2lah tu kang tak larat nak kayuh kang....orang yg paling banyak melantak pagi tu....tak tau nak berenti tu....jangan marah sifu....nanti cepat tua...

bergambar kenangan didepan rumah mak mertua Kang Yazid...sebelum memulakan kayuhan seterusnya....masa ni dah pukul 11 pagi...matahari dah tinggi menegak...semua dah cuak...dahlah perut penuh ngan ubi rebus lak tu...

laluan sekitar Ijok - Kuala Selangor....



jalan menuju ke Paya Jaras....

sempat berehat lagi ..penat tu bro...mentari dah tinggi...tegak atas kepala...mana tahan...mau terbakar rasa kulit badan dibuatnya....

Lagi episod lepak..... berehattttttt....sebelum masuk Highway Guthrie...

bawah jejambat highway Guthrie...kat sini yg aku fail ni...masa tu tinggal lagi 15km nak habis....peha rasa nak krem...terpaksa aku perlahankan kayuhan...takleh dah nak layan Pak Brahim...klau aku layan gak otai ni alamat naik teksilah aku....apa2 pun ride semalam aku enjoy...dah tiga tahun aku kayuh...baru semalam aku melepasi angka 100km...bravo untuk aku dan terima kasih pada riders2 yg sama-sama berkayuh semalam....tq bro...gua caya sama lu orang....layannnnnnnn

Friday, April 2, 2010

Tazkirah Jumaat

10 Amalan TerBALIK.

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk meng’forward’ kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??….. Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.” (Riwayat Bukhari)Semoga dapat kita sama-sama fikir-fikirkan dan renung-renungkan, tergolongkah kita di dalam golongan yang terbalik ini?

Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis

Wednesday, March 24, 2010

Jatuh Basikal

Aduiiiii....wa jatuh basikallah pulak...baru je nak try kayuh jauh sikit...dah jatuh...masa aku jatuh ni sebenarnya aku dah janji ngan Pak Brahim nak kayuh sama2 ngan dia kat PutraJaya..dia tunggu aku kat petronas IKRAM...tapi sampai je aku kat simpang Kajang Utama...malang menimpa...musibah datang...jatuhlah apalagi...apa pun alhamdullillah aku tak apa2...cuma luka je sikit kat lutut ngan bahu...yg lain semua ok...basikal je teruk sikit...nasib baik frame ok....rd hanger patah..tayar pecah...rim belakang bengkok..bar end patah...arm rest pun bengkok..petang tadi(23-03-10)...baru gi hantar kat kedai basikal...repair balik apa yg patut...tengah tunggu rim belakang...mungkin beli dari Dr Fauzi je...tak tau bila nak gi ambik kat rumah dia...minggu depan bolehlah start kayuh balik...tunggu...semangat tengah berkobar-kobar ni...


Apa2 pun.... pada kenkawan n riders2 yg lain...aku nak mengingatkan pada semua dan pada diri aku sendirilah...tungganglah dengan cara yg paling cermat dan selamat....mudah2han kita selamat...apa2 pun enjoy your ride.....

Wednesday, March 17, 2010

Frame Baru

Date : 17 March 2010
Route : TKP24 - Sg.Long - TKP24
Start time : 08:30am
Distance : 21km
Riding hours : 52 minutes
Average Speed : 24 km/h
Riders : Akulah sapa lagi....
Sebenarnya kayuhan ni adalah kayuhan untuk mencuba frame baru basikal aku....dah lama aku nak tukar frame ni sebenarnya tapi baru hari tu(15 March 2010) aku berkesampaian...jadi apalagi kayuhlah nak test power....memang banyak dia punya perbezaan kalau nak dibandingkan ngan frame lama...frame MERIDA ni bolehlah jugak kalau nak diketegorikan sebagai high end....perbezaan yg paling ketara bila up hill...dulu masa aku guna frame lama...ada satu bukit tu kelajuan yg aku boleh capai hanya 14km/h tapi dengan frame baru ni kelajuan dia mencecah 22km/h...siap guna heavy gear lagi...lagi satu bila flat road 30-35km/h senang2 je...bukan nak cakap besarlah tapi memang kenyataan...agaknya itulah kelebihan basikal high end ni...apa2 pun aku dah tukar frame baru....kalau aku ride ramai2 dan masih lagi kena tinggal maka takkan ada alasan lagilah aku nak salahkan...dulu bolehlah aku salahkan framelah..itulah...inilah mcm2 lagilah....dan yg sepatutnya aku salahkan nanti ialah....aku sendiri sebab memang aku tak fit atau kepala lutut aku memang tak kuat........jadi apa lagi bro layan jelahhhhhh.................

selepas melepasi bukit 3 beradik kat Kajang Perdana....masa pakai frame lama dulu bila daki bukit 3 beradik ni kelajuan aku hanya cecah 8 km/h dan rasa macam ada setan gondal je kat belakang aku ni...punyalah seksa nak daki bukit ni...rasa nak tolak je basikal ni pun ada....tapi lepas tukar frame baru ni cecah jugaklah 16km/h...oklah tu....


tempat dimana riders selalu lepak sesudah melepasi bukit 3 beradik.....

basikal baru aku....sebenarnya bukan basikal baru...frame je baru yg lain2 macam biasa je..malas aku nak tukar pada handle road sebab dah terbiasa ngan tt handle ni....tengoklah dulu mcm mana klau terasa nak tukar nanti aku tukarlah....kalau tak pakai jelah sampai bila2....

megah berdiri basikal baru aku.....cayalah...terima kasih pada brother yg jual frame ni kat aku...rege dia rm600 ngan carbon seat post sekali....

gaya seorang pelumba hampeh....


keseluruhan masa yg diambil untuk 21 km.....sepatutnya aku boleh buat kurang dari masa ni tapi disebabkan aku tengah mempraktikkan apa yg diajar oleh Dr Fauzi iaitu bila kita kayuh sorang2 cuba gunakan heavy gear tak kiralah masa naik bukit ke..turun bukit je...bukan apa...benda ni kalau selalu kita buat akan menguatkan otot2 kaki kita....bila kaki kuat kayuh pun selamba je....takda hal punya...

jarak jayuhan aku 21km.....satu loop...

purata kelajuan 24km/h....

kelajuan terpantas 63km/h...ni kelajuan aku masa menuruni bukit selepas Kajang Perdana...

pembakaran kalori hari ni....464cal keseluruhan.....apa2 pun ngan frame baru ni aku puas hatilah....boleh bagi 8 dari 10 markah..k.....layannnnnnnnnn

Monday, March 8, 2010

Kayuhan Husband n Wife

Date : 07 March 2010
Route : TKP24 - Lekas(Tol Bangi/Semenyih)- Kajang - TKP24
Start time : 08:00am
Distance : 27km
Riding hours : 3 Hours
Average Speed : 15 km/h
Riders : Aku ngan Wife aku
Pagi tu ingat nak kayuh solo kat Putra Jaya...tapi memandangkan petang semalamnya aku dah pulun main bola kat UNITEN lawan ngan ASTRO AWANI...aku tukar plan ajak wife aku kayuh...aku cakap ngan dia kita kayuh dekat2 je nak...dekat tak dekat pun dapat gaklah 27km ...satu pancapaian baru wat wife aku kerana sebelum ni paling jauh pun 18km...kira oklah tu...orang perempuannya kayuhlah katakan...kang kayuh jauh2 di buatnya tak bangun pagi aku gak yang masak.....apapun kayuhan semalam adalah kayuhan untuk aku mempraktikkan teknik yg aku dapat dari Dr Fauzi iaitu kayuhan dengan menggunakan heavy gear(depan paling besar belakang paling kecik)...sbab semalam dari mula aku start kayuh aku hanya gunakan gear heavy...memandangkan aku melayan kayuhan wife aku jadi bolehlah aku cuba praktikkan apa yg Dr Fauzi bagi...layan gak teknik ni....bukan apa teknik ni kalau diamalkan dapat menguatkan otot2 kaki(betis,peha dan lutut)....sebenarnya bagi aku(ni pendapat akulah...mungkin rider2 yg lain ada pendapat dia orang sendiri)...kekuatan kayuhan kita ni terletak pada kaki.....kalau kaki kita kuat lajulah kita kayuh...tapi klau kaki kita tak berapa nak kuat...lu orang sendiri boleh pikirkan...lu pikirlah sendri....

aku start dari rumah aku...keluar Tol Sg Long je dah naik bukit...wife aku dah ngeluh "bang start2 dah naik bukit"...aku bagitau balik kat dia "nak buat cam mana memang dah tempat kita kawasan dia berbukit...layan jelah"...aku suruh dia jangan kayuh laju2 sangat...kang kejang kaki tu kang...

untungnya aku tinggal kat kajang ni ialah keadaan bentuk muka bumi dia yang berbukit-bukau dan masih banyak kawasan yg belum diterokai....harap2 akan kekallah....pada kontraktor2 yg pikir asyik nak kaya je...lu orang pikir2kanlah sikit....kaya2 gak....tapi janganlah sampai semua tempat nak digondolkan bro.....nanti apa yg tinggal untuk cucu2 kita nanti.....

steady girl.....u can make it ma...baru sikit je ni....


pendakian berbukit....aku cuak gak masa layan 2 bukit ni.....bukan apa takut tu bro...dibuatnya kaki bini aku cram....mampusssss....bukit2 kat sini memang boleh tahan gak ketinggian dia.......kalau setakat aku yg layan selamba je....tapi gua bawak bini tu bro.....takutttt...


"bukit lagi"....wife aku cakap.....layan je...kayuh macam awak turun bukit....jangan tengok depan...tengok bawah je.....satu lagi teknik bila kita berkayuh...klau layan bukit jangan asyik tengok depan...banyakkan pandang kat bawah....sebab bila kita asyik tengok depan je....kita akan terfikir bila nak sampai ni...dah sampai ke belum...tinggi lagi ke.....benda2 mcm ni yg akan membuatkan mental kita koyak ....pendapat aku je ni....kau orang punya pendapat aku tak taulah.....lain orang lain cara dia berfikir...tul tak....

lepak jab.....lepas layan dua bukit yg boleh tahan gak ketinggian dia.....

kat tol Bangi/Semenyih....highway Lekas....

Highway Lekas.....masa kayuhan patah balik dari tol Bangi....

pekan Kajang......