Sunday, July 11, 2010

Kayuhan Tour d France

Date : 11 Jul 2010
Route : TKP24 - Lekas Highway - Bangi Lama - Lekas Highway - TKP24
Start Time : 08:00am
Distance : 50km
Riding Hour : 2 hours
Average : 27km/h
Riders : Aku sorang2 je

Selepas hampir sebulan dok asyik melayan world cup dan dok asyik buat secret training je...hari ni sempena tour d france yg dah beberapa hari berlalu aku keluar berkayuh secara solo lagi...kali ni destinasi aku masih lagi destinasi lama...Bangi Lama...bukan tak nak kayuh kat tempat lain...tapi aku rasa kayuhan ke Bangi Lama ni laluan dia tak banyak kereta...lagipun keadaan muka bumi dia yg dipenuhi ngan pokok2 di sepanjang perjalanan dan suasana perkampungan menjadikan kayuhan aku tak terasa berapa nak penat sangat....redup walaupun matahari tinggi mencanak....sebenarnya kat tempat aku ni...sangat strategik...kalau aku nak keluar kayuh dari rumah aku...banyak tempat aku boleh pegi...Bangi Lama,Ulu Langat,Nilai,Mantin,Lenggeng,Putajaya,Broga...banyaklah tempat lain lagi sebenarnya...tak payah nak bawak kereta n then parking kat mana2...itu kalau aku kayuh secara sololah tapi kalau aku nak berkayuh secara berkumpulan terpaksalah bawak kereta n then parkinglah kat mana2....ni pun dah lama rasanya tak kayuh ngan member2 MAPLAY...ngan Pak Brahim...Dr Pauzi...sorrylah geng bukan tak nak kayuh sama...tapi banyak komitment lainlah...apa2 pun bagi aku..kayuh sorang2 ke...berkumpulan ke...matlamat kita sama...ride for fun walaupun aku tak nampak kat mana fun dia bila kayuh sorang2 ni...lain kalau kayuh ramai2 ni...kita boleh buat drafting...boleh kejar mengejar..tarik menarik...huuuhhhh memang best tapi nak buat cam mana...dah selalu asyik kayuh solo je....

air terjun....kalau sapa2 yg selalu berkayuh kat sekitar highway Sg Long ni...dia orang boleh nampak air terjun ni....antara pemandangan menarik kat sini....kawasan dia taklah besar mana pun...nak mandi pun tak berapa nak menarik...maklumlah betul2 sebelah highway...

antara route2 yg mencabar mental rider2 yg selalu beykayuh kat sini....highway ni sebenarnya berbukit....aku suka bila nak start kayuh...aku akan mula dari tol highway Sg Long ni...bukannya apa...kalau aku mula dari sini...keadaan lalu lintas dia tak banyak kereta...kalau nak dibandingkan ngan mula dari Giant...kereta banyak...lori hantu pun banyak...seriau rasanya... dlm perjalanan aku nak ke Bangi Lama aku berselisih ngan Azlan MAPLAY kat kawasan ni...aku berenti..dia pun berenti...aku tanya dia nak ikut aku gi Bangi ke...dia cakap tak berapa nak sihat...takleh nak kayuh jauh2 sangat..aku pun apalagi teruskanlah kayuhan aku ke destinasi aku...

antara pendakian yg mencabar...kadang2 rasa bosan gak bila kayuh kat sini...keluar2 je dari rumah nak kayuh dah kena mendaki....tapi nak buat cam mana ni je laluan yg ada kalau aku nak ke destinasi yg dituju...sondol jelah...aku pun dah biasa ngan keadaan ni...dari aku start berkayuh sejak 3 tahun lepas sampailah hari ni...macam nilah keadaan dia...tak pernah berubah dan tak akan berubah sampai bila2.....

jelas kelihatan kabus masih menyelubungi sekitar highway Sg Long walaupun dah pukul 8 lebih....macam tengah berkayuh kat Genting Highland lak rasanya...kat tempat lain aku rasa tak dapat suasana cam ni....dengan kabus dia...dengan sejuk dia....seronok tu beb...

mentari dah mula menonjolkan diri.....tapi masih terkawal lagi...panas pagilah katakan...takdelah panas mana pun....suam2 kuku je....

memasuki kawasan perkampung daerah Semenyih/Bangi selepas tol Bangi kat highway Lekas...nyaman..tenang..lapang..hanya itu yg boleh aku katakan kat sini...kawasan ni sebenarnya adalah antara kawasan keluar masuk riders2 yg berbasikal yg nak menuju ke destinasi masing2...tapi pagi tu aku tak nampak sorang pun riders2 kat area ni...mungkin aku dah lambat sikit kot...selalunya klau aku ride kat sini mesti jumpa atleast satu atau dua kumpulan basikal tapi hari tu tak nampak apa pun....

kat kawasan Bangi Lama...antara kawasan berbukit yg terdapat kat sini...ni jelah satu bukit yg ada...selainnya semua flat road je....

pit stop aku...berenti jap melepaskan penat...

mentari dah mula nak menonjolkan bahang dia....

sebahagian dari pekan Bangi Lama...pekan ni taklah besar mana pun..kawasan kampunglah katakan...kedai2 dia pun kebanyakkannya masih kekal dengan kedai2 yg berdindingkan kayu papan...kira2nya masih kekal tradisionallah...walaupun kebanyakkan dari kawasan Bangi Lama ni dah banyak pembangunan...masih ada lagi kampung2 yg mengekalkan tradisi2 lama... syabas..

kat kawasan Kajang Perdana...sekali lagi laluan berbukit terpaksa ditempuhi sebelum nak sampai ke destinasi terakhir...kebanyakkan riders yg dah berkayuh sejauh 60 -70 km...bila sampai kat sini pasti akan mengeluh "huuhhh letih betul aku nak melayan bukit yg penghabisan ni...."...bayangkanlah dah kayuh 60 - 70 km...pastu dah nak sampai rumah kena lak layan antara bukit2 terakhir ni...letih2...ada antara member2 taman aku yg pernah kayuh sama ngan aku...bila sampai kat sini...diaorang terpaksa tolak basikal...katanyalah "nak tercabut rasanya lutut aku"...bagi aku...aku dah takda apa2 dah kat sini...cam biasa je...makin syok lagi adalah...bukan semua rider sama...ada yg larat..ada yg tak berapa nak larat...apa2 pun semuanya bergantung pada diri masing2...tepuk dada tanya basikal..."boleh ke tak boleh........"

kat highway Sg Long....pendakian landai...jugak memeritkan....

kat kawasan belakang rumah aku...kelihatan kat hujung tu adalah tol Sg Log...tol ni terletak berhampiran je ngan rumah aku...yg sebelah tu bukan kawasan rumah aku...kawasan tu adalah kawasan perumahan Twin Palm...kepunyaan businessman dari Singapura...macam manalah kawasan ni boleh terjual kat orang Singapore...hampeh betul....tak boleh jual ke orang2 kite...apasal nak jual kat orang lain pulak...*&^%$#@

jauh menung tu bro....baru 50 km takan dah penat kot...orang kayuh sampai 100 km takda apa2 pun...

berlatar belakangkan pemandangan tol Sg Long...tempat dimana aku selalu memulakan kayuhan untuk ke destinasi2 yg aku rasa aku nak pegilah....dari sini banyak cabang kayuhan aku boleh tuju....terpulang kat mana je yg aku suka...nak dekat aku pegi dekat...nak jauh aku pegi jauh...sekali lagi "tepuk dada tanya basikal"......ok layan jelah bro.....chowwwww.....

Monday, June 28, 2010

Bola

Minggu ni masih lagi cite pasal bola...maklumlah tengah demam bola ni...makan bola..tidur bola..tengok pun tengok bolalah apalagi....may be next week aku akan cite pasal ride pulak sebab minggu ni belum berkesempatan untuk aku pegi ride kat mana2 lagi...
game kali ni team aku lawan ngan SC(Securities Commission) kat padang Stadium Perbandaran Subang Jaya...game kali ni diorang cakap management pun ada main gak...tapi bila tengok team SC ni..tak nampak pun mcm management...mcm biasa2 je...nak cakap team ni kuat...bila tengok dia orang warm in up...boleh tahan gak...sebelum game nak start aku dah pakat ngan lastman aku(bro Aim)...suruh lepas sebijik ke dua bijik bola ke...bagi dia semangat sikit nak main t..bukan apa..pernah jadi pada satu game yg lepas masa tu main ngan EPF..first half je kita orang dah belasah 2 -3 gol...pastu masuk second half bagi lagi 2 gol...last2 pastu tau apa dia orang cakap"bro kita main 2 half jelah...third half tak yah mainlah...kita orang pun dah tak larat dah ni...banyak bola dah masuk ni"....hampeh betul...tak kuat semangat betullah dia orang ni...player aku tengok semua muda2...tapi bila main @#$%^&*(=.....tu yg aku pakat ngan last man aku utk game ngan SC ni suruh lepaskan je 1 -2 gol tu...kalau tak masuk third half dah tentu dia orang tak nak main...nak cakap team aku kuat taklah kuat mana pun...average umur semua dah 40 keatas..dah kira veteran...cuma semangat je yg kuat sikit kot...meh kita layan cite ngan gambar2 kat bawah......
sorrylah bro kita orang lambat sampai sikit mlm tu...balik dah dekat pkl 7...ngan testing bagailah..jem lagi...nak siap lagi..next time kita orang datang awal2 sikit...

tengah berbincang strategi apa pulak nak buat lepas ni...nak menang ke nak enjoy game..

gaya seorang pro...cit jangan beranganlah bro...lu dah tua..umur pun dah 40 bukan 20..ingat2 sikit...tercabut kepala lutut tu kang...

bro Jo...lu hansemlah...good game bro...

alooo bro...takan dah mengah kut..belum start main lagi dah mengah ni...apa kes bro...dada tu jaga sikit...doktor dah bagi lesen ke belum nak main ni...

bergambar ngan SC....

kangkang besar2 lagi...koyak pulak kelangkang tu kang...2 player import yg diimport khas dari China...sorang lagi aku tak tau dari mana...dia ni belah2 arab kot..tengok muka mcm muka arab pun ada...yg dari China tu dia cakap dia kuat...kuat apa..kena tanya ngan dia sendiri...aku pun tak tau dia kuat tang mana....

haaa pusing...gelek..hayun...buatlah apa kau orang nak buat...jangan krem dah....

hensemlah brother ni....tapi aku rasa anak dia lagi hensem....

ha yg ni pulak(paling kanan sekali)brother Nazir....mlm tu dia telah berjaya mendapatkan cap yg ke 1300...dan telah berjaya menjaringkan gol yg ke 970...satu pencapaian yg paling manis...dia cakaplah bukan aku cakap ok.....
apap2 pun game mlm tu semua player aku tengok enjoy...dan akhir sekali MAJULAH SUKAN UTK BURSA....
anggaplah apa yg tercoret kali ni sebagai celoteh kosong...jangan ambik hati ok bro...saja suka2...see u next time guyzzzzzz...............

Tuesday, June 22, 2010

Futsal

Minggu ni aku masih belum berkesempatan lagi untuk berkayuh...nak kayuh mcm mana...hari Sabtu malam aku ada game bola kat Stadium Perbadanan Putrajaya...hari minggu pulak ada futsal tournament kat Ampang Sport Planet...walaupun aku tak berkayuh...aku cukup berpuas hati sebab kedua-dua hari ni membuatkan peluh jantan aku melambak-lambak keluar...biasanya bila berkayuh susah nak berpeluh mcm ni walaupun kita dah berkayuh sampai 60 -70km...ini pandangan aku jelah...alasan yg aku boleh bagi kat sini ialah...bila kita main bola ke..futsal ke...kita perlu banyak berlari...kita perlukan kekuatan stamina..fizikal dan mental...kalau stamina tak kuat..fizikal tak mantap..mental mesti koyak...tu yg lebih banyak berjalan je tu daripada berlari...bila berbasikal pun sebenarnya kita perlukan kombinasi ketiga-tiga benda ni(stamina..fizikal..mental)...kalau tak tu yg lebih banyak tolak dari kayuh tu...apa2 pun bagi aku berbasikal dan xtvt sukan yg lain mempunyai corak latihan yg berbeza..dan sebenarnya ia bergantung pada pada diri kita sendiri gak..samada kita boleh ataupun tak..kita nak ataupun tak nak...kalau kita rasa kita dah selesa dengan keadaan fizikal dan mental kita sekarang ni..tak payahlah buat apa2...cuma pesan aku pada member2 kat luar sana dan pada diri aku sendiri gak...luangkanlah sikit masa kita untuk kita beriyadah...keluarkanlah sikit peluh dari dlm badan kita ni...sementara tuhan bagi kita sihat ni...ingat2lah sihat sebelum datang sakit...buatlah apa yg patut supaya dapat kita keluarkan sikit peluh dari badan kita ni...kalau kita sihat untungnya kita jugak yg dapat bukannya orang lain...bila badan sihat hati pun senang...bila hati senang...janganlah pulak kita lupa padaNYA...kita cuma merancang nasib kita dan hanya tuhan yg menentukan segalanya...tuhan dah bagi kita akal...pandai-pandailah kita guna...duit banyak mana pun kalau badan tak sihat tak guna jugak....oklah apa2 pun layan jelah gambar2 kat bawah ni....aku ni pun sebenarnya bukan terror mana sangat pun...saja2 nak kasi keluar peluh je ni...
sedang menanti dengan penuh deberan sebelum nak mula pertandingan....antara member aku yg turut serta...semua member aku ni sebenarnya purata umur dia orang 40 dan keatas...nak lawan ngan budak2 mana nak larat...dah lah tu laju2 pulak tu...ooooo tak ingat betul dia orang ni...

member aku merangkap pengurus pasukan...bro Azaidi...tahniahlah bro...lu memang layak jadi pengurus pasukan...

antara kelibat member2 office yg lain...

yg tengah baju putih lengan panjang ni pun memang terror dan kuat(bro Wong aku panggil dia..dia ni budak Melaka..kira2 Baba Melaka gaklah)...semua benda dia kuat...kuat main....jangan marah bro...dulu lu kenakan gua...mengelupur gua...gua ingat sapalah yg call gua...rupa-rupanya lu...cis...bedebah...sampai hari ni dan mungkin sampai bila2 pun gua tak akan dapat lupakan insiden tu...

brother Ayim(budak langat) ngan Suhaimi...semua ni member2 office aku ni...

antara aksi kat dlm gelanggang futsal....

team aku tengah beraksi.....

kejohanan kali ni team aku lepas setakat pusingan kedua je....bagi aku kalah menang adatlah...mana ada team yg nak kalah..betul tak...apa pun aku enjoy ngan game ni...

melepak melepaskan penat....baru main 10 minit dah penat...apa ni bro...

kejohanan futsal anjuran HSBC kali ni dua2 team office aku kantoi kat pusingan kedua ngan separuh akhir...terpaksa melepaskan kejuaraan yg dah dua tahun kita orang pegang pada team lain...apa2 pun tahniah pada yg menjadi juara...ok BURSA next time kita try lagi itupun kalau diaorang jemput kita lagi.....chowwwww

Monday, June 14, 2010

World Cup - Piala Dunia

Demam bola dah mula...acara bolasepak terbesar dunia yg diadakan selang 4 tahun sekali telah mula melanda seluruh dunia...dari sekecil-kecil nagara sampailah yg paling besar...bila sebut aje pasal piala dunia semua dah tau...tak payah susah2 nak bagi tau...automatik dlm kapala otak dia orang dah set...daripada budak kecik sampailah orang tua...inilah masanya yg ditunggu-tunggu...yg datangnya cuma 4 tahun sekali...inilah jugak masanya untuk berjaga mlm...inilah jugak masanya utk kita ambik kesempatan melepak kat kedai2 mamak beramai-ramai menyaksikan pasukan favourite masing2 beraksi...yg kalah pastinya akan kecewa...yg menang pastinya akan bergembira...pesan aku pada member2 bola kat luar sana dan jugak pada diri aku sendiri...janganlah terlalu fanatik dan taksub sangat pada pasukan yg disokong...menang kalah adatlah...semua nak menang mana ada yg nak kalah...betul tak bro...jadikanlah piala dunia yg cuma datang 4 tahun sekali ini sebagai hiburan semata-mata dan tak lebih daripada itu...dan apa yg lebih penting ialah...akhirat jangan dilupa...........







selamat menonton dan selamat berhibur dengan pasukan masing2.....kayuh jangan lupa lak bro...menonton bola ni hanya utk hiburan minda tapi kayuh ni utk kesihatan..dan selamat berkayuh gaklah aku ucapkan........

Monday, June 7, 2010

Majlis Perkahwinan(The End)

Dah tak banyak cite dah aku nak citekan pasal kahwin kali ni...semua aku dah ceritakan sebelum ni...cuma apa yg aku nak bagi tau majlis persepsi adik aku kali ni jugak ada bersempena dengan hari ulang tahun perkahwinan aku yg ke 16...pejam celik - pejam celik dah 16 tahun rupanya aku kahwin...macam 2 cite ada...pahit..manis..masam..pahit....macam2lah...anak pun dah 4 orang...oklah cite banyak tak guna..aku pun dah kehabisan idea dah ni...layan jelah apa yg ada kat bawah ni...
anak aku ngan anak buah aku sedang bersiap sedia untuk mengiringi pak cik - pak cik dia orang sebagai flower girl...yg jantan2 pulak mcm waiter pun ada...

sempat gak bergambar dengan kek pengantin....sempena ulang tahun perkahwinan aku ngan wife yg ke 16 tahun...aku berdoa pada tuhan semoga perkahwinan aku akan terus berkekalan sampai ke akhir ayat aku....AMIN...

bergambar atas pelamin ngan adik aku yg nombor 4 ngan wife dia sebelum pengantin datang...saja nak lepas gian...

Bonda dan Ayahanda tersayang...sempat gak dia orang bergambar sebelum acara bermula...

ketibaan pengantin di perkarangan dewan...sebenarnya pengantin ni diiringi oleh konvoi motor2 berkuasa besar yg dibawakan khas oleh member2 adik aku yg no 4...

suasana dalam dewan...


antara motor2 berkuasa besar yg mengiringi pengantin dari rumah mak aku ke dewan majlis....


hero2 aku...berangan jelah....apa2 pun belajar pandai2 dulu....pastu baru fikir nak beli motor besar ke...kete besar ke....jangan nak berangan je...


brother Sham(misaitanglooong)...terima kasih Sham kerana sudi datang...antara member lama... dekat 20 tahun tak jumpa...brother Sham ni jugak adalah salah seorang penunggang basikal bukit yg berpengkalan kat Kemunting,Perak...blog dia http://9w2occ.blogspot.com

acara memotong kek dimulakan.....sebelum semua acara berakhir...


pangantin perempuan(adik ipar akulah ni) bergambar ngan nenek aku...dah dekat 90 tahun umur nenek aku ni tapi masih kuat lagi...ingatan dia pun masih tajam lagi....dengan berakhirnya perkahwinan adik aku ni maka langsailah sudah tanggungjawab aku pada adik2 aku...apa yg aku harapkan pada semua adik2 aku...pandai2lah kau orang jaga rumahtangga kau orang semua...hidup dlm berumahtangga ni perlukan banyak kesabaran...dulu hidup sorang2 sekarang semua dah berdua...ingat2 sikit...apa2 pun aku sebagai abang kau orang berdoa semoga hidup kau orang akan terus berkekalan sampai ke anak cucu....sampai ke akhir hayat...wassallam....