Pengantin ngan sepupu2 dia
Tuesday, February 23, 2021
Anak Dan Menantu
Pengantin ngan sepupu2 dia
Friday, January 22, 2021
Harta Anak Adalah Harta IbuBapa
RUMAH ibu bapa adalah rumah bagi anak-anak tapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa..
Anak- anak boleh bebas dlm rumah ibubapa
Makan apa sahaja...
Tengok siaran tv ikut suka...
Guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka...
Tapi...
Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak- anak....
Tak boleh masak sesuka hati...
Makan apa yg ada dlm peti ais ikut suka.....
Buat apa sahaja ikut suka....
Anak tetap akan berkecil hati dgn ibu bapa..
Begitu juga...
Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak.....
Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati.....
Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah.
Kalau rosak semua ibubapa tanggung..
Tapi...
Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna.....
Apatah lg dgn sesuka hati.
Takut rosak lah...
Takut langgar lah...
Takut calar lah.....
Kalau guna pun...
Pastikan minyak penuh semula.....
Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kpd anak- anak....
Itulah bezanya ibu bapa dgn anak- anak....
Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak....
Tetapi anak-anak...
Belum tentu mengasihi ibubapa....
Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa....
Mereka ada masa utk membetulkan moto kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka tiada masa hantar ibubapa ke klinik bila emak memerlukan...
Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti...
Tetapi mereka tiada masa utk cuti menziarahi ibubapa yg rindukan mereka...
Mereka sayang ambil cuti utk melawat emak...
Sibok dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan...
Tetapi mereka tidak sayang ambil cuti bila kawan baik kawin...
Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yg ada..
Tetapi...
Anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta...
Bila isteri bercerita anak tahu apa yg isteri mahukan...
Tetapi bila ibubapa bercerita anak2 buat tak faham apa yg ibubapa mahukan...
Ibubapa tidak akan meminta secara terus kpd anak2nya kerana ibubapa takut anak akan terasa...
Mudah2an kita tergolong sebagai anak2 yang berbakti kepada orang tua kita dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nnti.. Insyallah..
kredit @videodakwah.my
Tuesday, January 5, 2021
Menanti Ibu
MENANTU IBU
Seorang Ibu tua menceritakan pengalamannya.
Saya ada 3 orang anak lelaki, semuanya sudah beristeri.
Suatu hari saya menziarahi along. Tujuan saya ialah ingin menginap di rumahnya bersama keluarganya.
Di awal pagi saya minta air dari menantu saya untuk berwudhu'. Saya wudhu' dan solat. Air lebihan wudhu' sengaja saya tumpahkan ke atas katil tempat tidur saya.
Ketika dia datang hantar sarapan pagi, saya kata, " Anakanda, beginilah masalah kalau sudah tua. Semalam mak terkencing di atas katil. "
Dengan spontan dia emosi dan marah. Saya dengar kata-kata kasar, pedas dan buruk keluar dari mulutnya.
Dia suruh saya cuci dan keringkan sendiri, tiada masalah sebab bukan air kencing pun. Dia juga beri amaran, jangan kencing lagi, kalau kencing lagi, awas.
Dia ingat, kalau orang tua seperti saya boleh tahan dari terkencing, jika sudah memang begitu....
Saya tahan kemarahan kerana saya ada agenda tersendiri. Saya tukar cadar, bersihkan tempat tidur dan keringkan kembali.
Hari berikutnya saya pergi ke rumah angah. Di sana saya buat perkara yang sama.
Meledak marah isterinya dan dia memperlakukan saya seperti yang dilakukan oleh isteri along.
Bahkan dia mengadu dengan angah. Angah diam saja, tidak marah isterinya dan tidak membela saya maknya.
Hari seterusnya saya pergi ke rumah anak bongsu yang kami panggil adik.
Di rumah adik saya juga lakukan perkara yang sama seperti yang saya lakukan di rumah 2 orang abang-abangnya.
Ketika isterinya datang membawa sarapan pagi saya beritahu bahawa mak semalam terkencing di atas katil.
Sambil tersenyum ramah dia kata,
" Tak apa, mak. Memang biasalah orang tua. Dulu berapa kerap kami terkencing di pangkuan mak ketika kami masih kecil. "
Kemudian dia bersihkan, keringkan dan mewangikan.
Siang hari itu saya kata, " Mak ada seorang kawan. Dia minta tolong mak belikan cincin untuknya, tapi mak tidak tahu ukurannya.
Orangnya sama seperti anakanda ini. Tolong berikan kepada mak ukuran jari. "
Setelah dapat ukuran, si ibu pergi ke kedai emas membeli cincin dan perhiasan emas yang lain (yang tidak perlu ukuran) kerana dia ada banyak wang.
Tidak lupa juga kasut, tas tangan dan lain-lain buatan luar negara yang berharga ribuan ringgit.
Kemudian dia panggil semua anak-anak dan menantunya datang ke rumahnya.
Dia keluarkan semua perhiasan emas dan aksesori yang sudah dibeli dan dia ceritakan perihal sebenarnya bahawa dia sengaja menumpahkan air di atas katil, dia bukan terkencing.
Dia panggil isteri adik menghampirinya dan menyarungkan cincin, pakaikan rantai leher dan gelang tangan yang kelihatan tebal dan gemerlapan, pakaikan kasut dan berkata,
" Inilah menantu mak tempat mak bersandar nanti ketika mak sudah semakin tua.
Mak akan menghabiskan sisa-sisa usia mak bersamanya. Kalian perlakukan mak begitu semasa mak masih sihat, bagaimana bila mak terlantar dah tak boleh berjalan. "
Isteri along dan angah hampir pengsan menahan malu dan sesal.
Si ibu itu meneruskan kata-kata,
" Seperti inilah nanti perlakuan anak-anak kamu kepada kamu ketika kamu sudah tua.
Bersiap-siaplah untuk menyesal pada hari itu sebagaimana menyesalnya mak atas letihnya mak mengasuh kalian dari kecil.
Adik kamu ini akan hidup bahagia dan akan menemui Tuhannya dalam keadaan gembira.
Kamu berdua tidak mendapatkan perkara seperti ini dari isteri-isteri kamu kerana kamu tidak mendidik mereka tentang nilai harga seorang ibu. "
رب اغفر لي ولوالدي وارحمهما كما ربياني صغيرا
Kredit : Al Faqir ila 'afwi rabbih.
Monday, January 4, 2021
Layan Genting Perez Tahun Baru 2021
Friday, January 1, 2021
2021
Kita tinggalkan lah 2020 sebagai satu kenangan yg mungkin satu hari nanti kita bakal menceritakan pada anak2 dan cucu2 kita tentang apa yg berlaku pada tahun 2020..
2021 pula ..Jadikan lah angka ini sebagai permulaan utk kita bangkit drpd segala kesulitan serta kepayahan 2020..
Kesulitan dan Kepayahan 2021 juga terletak pada diri kita sendiri.. Kita lah penentu samada 2021 ini kita akanberjaya atau pun gagal...
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2021
Thursday, December 31, 2020
Xtvt Berbasikal Sepanjang 2020
2020
2020.. Adalah tahun yg penuh dgn warna warni.. Suka duka.. Pahit maung.. Politik yg tak keruan..Ekonomi yg ada masa turun ada masa naik..Pekerja yg kehilangan pekerjaan.. Masa depan kebanyakkan rakyat yg tak menentu.. Isu Covic 19 yg kita tak tau bila akan berakhir.. Dan mcm2 lg isu..
Jadikan lah semua yg berlaku pada 2020 ni sebagai satu iktibar.. Juga sebagai peringatan dari Yg Maha Esa utk kita semua supaya kita lebih berhati hati dan supaya kita terus mengingati Nya dan patuh atas segala arahan dan suruhan Nya..
SELAMAT TINGGAL 2020
Tuesday, December 29, 2020
Sisa2 Hidup Dikala Umur 50
Kalau umur kita sekarang 60 tahun dapat hidup hingga 70 tahun, itu maknanya hanya tinggal sekitar 10 tahun lagi.
Kerana pada hari² yang tersisa ini ada waktu2nya kita jatuh sakit.
Oleh kerana hari yang tersisa tidak banyak lagi, apatah lagi sewaktu kita meninggalkan dunia ini, apapun juga tidak ada yang dapat dibawa, maka kita tidak usahlah terlalu berhemat.
Wang yang memang harus dikeluarkan keluarkanlah. Apa yang dapat dinikmati, nikmatilah. Jika memiliki niat untuk beramal ibadah, lakukanlah segera.
Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan "dunia" yang akan terjadi setelah kematian.
Kerana saat kita telah di dalam tanah, kita sudah tidak dapat lagi merasakan segala pujian & kritikan orang lain.
Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan anak2. Anak cucu kita mempunyai rezeki mereka masing2.
Setelah mereka mempunyai anak, biarkanlah mereka mengurus sendiri atau menggunakan wang mereka sendiri untuk membayar mengurus anak2 mereka.
Jangan biarkan mereka merampas lagi hak kesehatan, hak istirehat, hak kesenangan & hak liburan orang tuannya.
Jangan terlalu banyak berharap pada anak2 kita. Anak yang berbakti, sememangnya memiliki niat untuk berbakti.
Tetapi kerana pekerjaannya terlalu sibuk, apalagi jika bekerja di bandar2 besar, maka tidak juga akan dapat membantu kita.
Apatah lagi anak yang tidak berbakti, sewaktu kita masih hidup saja sudah bikin kita susah.
Anak2 sebegini beranggapan bahwa jika harta kita berikan kepada mereka itu adalah suatu hal yg wajar. Tapi pd masa yg sama, wang mereka bukanlah wang kita.
Jika kita ingin minta wang kepada mereka dah tentu tidak mudah bukan?
Kita yang berusia 60 tahun atau lebih, jangan lagi menukarkan kesehatan kita dengan benda lain. Kerana pd saat ini, belum tentu kita dapat membeli kesehatan dengan harta benda & wang ringgit kita.
Mencari wang sampai bila?
Dalam sehari, kita hanya dapat makan 3 pinggan saja. Walau pun mungkin kita memiliki banyak rumah, untuk tidur di malam hari kita hanya perlukan ruang tempat sekadar 2 setengah meter saja. Maka cukup makan, cukup wang.... ya sudahlah.
*Ini yang Lebih Penting!* :
Kita harus menjalani sisa hidup ini dengan bahagia serta gembira, meskipun setiap keluarga mem punyai problem rumah tangga masing-masing.
Kita jangan lagi berebut nama & kedudukan dengan orang lain, memikirkan bagaimana masa depan anak cucu kita & hal2 lain.
Tetapi cukup sekadar membandingkan dengan orang lain bahawa siapa antara kita yang hidupnya lebih gembira, lebih bahagia.
Untuk hal yang tidak mampu kita ubah, janganlah terlalu dicemaskan... kerana cemas juga tidak ada gunanya, malah akan mempengaruhi kesehatan diri kita.
Jika setiap hari berlalu dengan kita mencari kesenangan sendiri, setiap hari kita pasti dapat menjalani hidup ini dengan perasaan gembira.
Berlalunya sehari dlm hidup kita, maka berkuranglah sehari lagi. Bergembiralah sehari, maka untunglah kita sehari lagi.
Memiliki semangat yang tinggi maka penyakit dapat disembuhkan, insya Allah.
Suasana hati yang gembira, olahraga secukupnya (senam ringan, jalan pagi, berbasikal etc), sering terkena sinar matahari, makan jenis makanan yang berkhasiat (perbanyak sayuran & buahan), menyerap bermacam2 vitamin & sedikit elemen logam yang seimbang, diharapkan dapat tetap hidup sehat sampai 20, 30 tahun lagi, insya Allah.
(Kiriman dari sahabat, seorang doktor).
*Elok jugalah diforward kpd teman2 seusia.*
Monday, November 2, 2020
Rahsia Garam
Mengapa orang tua dulu2 melarang putus garam di rumah, mengapa lumur garam bila terkena galagatē, apa khasiat tanam badan dalam pasir, apa rahsia Rasulullah calit garam di hujung lidah.
🍶 *RAHSIA GAŔAM*
*SIHIR atau SANTAU dpt di halang dgn MENGAMALKAN GARAM mgikut cara NABI SAWﷺ
~ Sebelum makan Nabi ﷺ letak secalit garam di lidah Utk elak santau dan tapis makanan yg akan di makan.
~ Sampai di tmpt baru, Nabi ambil garam dulu Utk sesuaikan hormon terlebih di tmpt baru.
~ Untuk ubat penyakit rohani, air perlu di campur garam terutama sihir dan santau. Kenapa ye? Allah dah cipta garam Utk penarik toksid/asid/racun dlm darah atau tubuh dan juga penarik unsur² negatif.
~ Pengamal² Perubatan Islam Utk *bersih rumah atau pagar rumah* perlu tabur garam di sekeliling rumah.
~ Garam juga unsur yg boleh 'balance' balik sistem tubuh kita.
*~ Garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dgn suhu yang tinggi/panas,* maksudnya kalau nak masak. Guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan menggelegak atas dapur. Tutup api dan biar *suhu turun dulu, baru letak GARAM.*
~ Kita panggil bubuh garam atas darat macam Org² arab buat. Bubuh garam masa nak makan. Sebab? *Garam ada SODIUM dan POTASSIUM..* Tubuh perlu potassium lebih. Kalau panas garam hanya tinggal sodium, *POTASSIUM ROSAK dlm SUHU panas.* Sebab tu kena darah tinggi.
~ Selok-eloknya di tmpt makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah *Rasulullah ﷺ mencalit secubit garam mggunakan jari kelingking kanan* dan dletakkan ke *lidah bahagian depan*. Ianya akan mngaktifkan kelenjar enzim penghadaman.
Khasiat Garam dalam Perubatan Islam ada bbrpa *PETUA* penggunaannya.
1. Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dlm kaedah perubatan Islam, *sesuatu perkara yg buruk diubat dgn asalnya*. Kerang berasal dari laut dan garam digunakan Utk meneutralkan keburukannya (tahi).
2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yg terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dgn merendam dlm air garam juga.
3. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yg berlebihan. Org yg tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dlm pasir laut. Bagi mereka yg tinggal di bandar, *garam KASAR digoreng dan didemahkan di tmpt sakit ketika GARAM masih PANAS.*
*4. Merawat cirit-birit.*: Minum air yg dicampur sedikit garam.
*5. Merawat mabuk perjalanan.* Utk merawat mabuk perjalanan, *garam dicampur madu dan air* lalu di minum sblum memulakan perjalanan.
*6. Garam diguna Utk merawat kegatalan.* Air yg dicampur garam disapukan pd kulit yang gatal.
*7. Menambah IMUNITI badan* akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tmpt di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yg berkunjung ke Arab akan mgalami alahan thdp hawa/angin tmpt baharu. Air garam diminum sbgi ubatnya... *ماشآءالله*
*8. Mghilangkan penat krna kerja berat.* Amalan Org² Melayu tradisional yg bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yg dicampur garam.
Perhatikan air 100 plus atau air isotonic skrg ini di pasaran kesemuanya bergaram..!
Betulkan?... *سُبْحَانَ اللهِ*
*9. Mengelak SIHIR/gangguan JIN* bagi mereka yg bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yg dibaca padanya dgn
*Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali)* ditabur di sekeliling khemah.
*لٓاحٓوْلٓ وٓلَا ٓقُوَّةٓ إِلاَّبِاالله*
*10. Mengelak gangguan syaitan/jin kpd bayi.* Ada ketikanya bayi kerap menangis waktu malam. Utk mgatasi masalah ini, *GARAM dicampur dgn bawang Merah, bawang Putih dan Lada hitam.* Campuran itu diletak dlm gelas/cawan/bekas yg terbuka. Bekas itu diletakkan di bhgian kepala bayi.
*11. Mengubat Org yg diganggu jin. Bagi Org dewasa yg dikhianati (disihir)*, cara mgubatnya ialah dgn meletakkan garam yg *dibaca al-Fatihah* di *perdu lidah*. *Perdu lidah* ialah bhgian *bawah lidah* yg apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah. Dan buat *Mandian air bercampur Garam yg di Rukyah (doa).*
*اَللهُ اكبر..!*
*Semoga bermanafaat.*
ْ *إنْ شَآءَالله ..آمــــــــــينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِين*
*GARAM:* Penyembuh@Pembunuh?
*Nabi ﷺ bersabda:*
*"Sebaik² LAUK adalah GARAM"*
*(Al-baihaqi)*
*GARAM* bukanlah penyebab penyakit, malah *ubat yg paling mujarab SEKIRANYA diambil dgn cara yg betul..!*
*GARAM TIDAK BOLEH DIMASAK..!*
*KESILAPAN* kita (kbykkan Org² Melayu) ialah kita memasak garam iaitu memasukkan garam ke dlm masakan ketika masakkan sedang *MENDIDIH/PANAS.*
*Ini akan menyebabkan GARAM mjadi RACUN/TOKSIK.*
*Garam,* bahasa saintifiknya adalah *SODIUM*.
*Jk GARAM dimasak dgn cara X betul (spti diatas) ia akan mybbkan nya berasid dan mbahayakan kesihatan serta mgundang pelbagai penyakit.*
~♡☆♡☆♡☆
*CARA yg betul PENGGUNAAN GARAM:*
*Kaedah PERTAMA:*
Masakkan mknan yg ingin dimasak shgga selesai.
*Contohnya: Kari Ikan..*
*Akhir sekali/waktu baru masukkan garam* dlm masakan tadi serta gaulkan apabila ianya beransur suam.*
*@ Kacau air garam dan tuangkan ke dlm kuah.*
*Kaedah KEDUA:*
* Masak makanan tanpa masukkan garam.*
Semasa makan, sediakan *semangkuk garam* disebelah dan taburkan diatas makanan yg ingin dimakan mgikut tahap selera masing².
"Antara amalan yg diamalkan oleh para *SALAFUSOLEH* ialah dgn mgambil *garam sblum jamah makanan "*
Ia bertindak sbgi *pbuka selera dan juga sbgi mineral* bagi badan.
*GARAM IALAH MINERAL!!*
Antara kelebihannya ialah:
* mengubati *LEBIH dari 10 penyakit* serta SseOrg itu tidak akan MATI dlm keadaan mati mengejut.
*Sebarkan agar semua Org Islam sihat!!*
Mengambil Berkat Penuh Keberkatan. Amal Sunah...
WallahuA'lam..والله اعلم
*♡Sharing is Caring♡*
Saturday, October 24, 2020
Ayah
Wednesday, September 30, 2020
Saturday, September 19, 2020
Kaedah Pembahagian Faraid Simpanan KWSP
KISAH BENAR KWSP 🌿
Ramai isteri fikir bila suami dah letak nama mereka sebagai penama KWSP, jika apa-apa berlaku pada suami semua duit dalam akaun KWSP adalah milik isteri.
Sebenarnya harta tadi perlu dibahagi mengikut kaedah faraid. Penama KWSP hanya sebagai pemegang amanah.
1) Ayah si mati - 1/6
2) Ibu si mati - 1/6
3) Isteri - 1/8
4) Baki akan dapat pada anak-anak. Anak lelaki dua bahagian dan anak perempuan satu bahagian.
5) Jika tiada anak lelaki, maka baki harta akan ke ayah. Dan sekiranya ayah tiada, makan adik beradik seibu sebapa atau sebapa turut layak dlm bahagian pusaka.
Contoh :
Suami tinggalkan RM100,000 duit KWSP. Ada seorang anak lelaki dan perempuan.
1) Ayah = RM16,666
2) Ibu = RM16,666
3) Isteri = RM12,500
4) Anak lelaki = RM36,112
5) Anak Perempuan = RM18,056
Jadi apa guna ada penama?
Penama KWSP ini akan bertindak menjadi wasi/pentadbir yang berkeupayaan untuk mengurus pengeluaran dan pembahagian KWSP. Pembahagian seharusnya mengikut faraid.
Mudah-mudahan selepas ini kita faham yang duit dalam KWSP bukan milik isteri atau pasangan kita sepenuhnya.
Kredit FB:
AREENA A.RAHMAN
PerundingMyPusaka
Saturday, September 5, 2020
Sekadar Perkongsian
Sering dilihat seorang isteri marah² kepada suami kerana sang suami tak mampu memenuhi keinginan sang isteri.
Sering juga dilihat seorang anak bercakap kasar pada ayahnya kerana sang ayah tidak mampu membelikan apa yg sang anak mahu.
Tidak seorang pun ketua keluarga yg tidak ingin melihat keluarganya bahagia.
Sebelum engkau marah kepadanya, lihatlah dan renungkanlah apa yg telah dilakukan oleh seorang suami.
Betapa suamimu sudah bekerja keras membanting tulang demi memenuhi keperluan keluarganya.
Tahukah kamu kalau suamimu mungkin sering dicaci maki bossnya?
Tahukah kamu kalau suamimu mungkin sering mendapat hinaan di luar sana?
Tahukah kamu mungkin suamimu bahkan baru saja mempertaruhkan nyawanya demi dirimu dan anak² mu.
Tahukah kamu kalau suamimu mungkin sering menahan lapar supaya boleh pulang membawa wang?
Sebelum engkau bermasam muka padanya, Hitunglah dulu telah berapa juta titis keringat engkau peras dari tubuhnya.
Sebelum engkau marah padanya, Tataplah lekat² matanya, mungkin tanpa kamu sedari mata itu telah banyak mengeluarkan air mata demi melihat dirimu tersenyum
Ketahuilah.. Bila sampai hari ini dia belum mampu memenuhi segala keinginanmu, itu hanya kerana faktor keadaan.
Untuk para ayah di mana pun berada.. Semoga lelah mu menjadi berkah, Amiin ya Allah..

























































