Friday, April 2, 2010

Tazkirah Jumaat

10 Amalan TerBALIK.

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk meng’forward’ kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??….. Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.” (Riwayat Bukhari)Semoga dapat kita sama-sama fikir-fikirkan dan renung-renungkan, tergolongkah kita di dalam golongan yang terbalik ini?

Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis

Wednesday, March 24, 2010

Jatuh Basikal

Aduiiiii....wa jatuh basikallah pulak...baru je nak try kayuh jauh sikit...dah jatuh...masa aku jatuh ni sebenarnya aku dah janji ngan Pak Brahim nak kayuh sama2 ngan dia kat PutraJaya..dia tunggu aku kat petronas IKRAM...tapi sampai je aku kat simpang Kajang Utama...malang menimpa...musibah datang...jatuhlah apalagi...apa pun alhamdullillah aku tak apa2...cuma luka je sikit kat lutut ngan bahu...yg lain semua ok...basikal je teruk sikit...nasib baik frame ok....rd hanger patah..tayar pecah...rim belakang bengkok..bar end patah...arm rest pun bengkok..petang tadi(23-03-10)...baru gi hantar kat kedai basikal...repair balik apa yg patut...tengah tunggu rim belakang...mungkin beli dari Dr Fauzi je...tak tau bila nak gi ambik kat rumah dia...minggu depan bolehlah start kayuh balik...tunggu...semangat tengah berkobar-kobar ni...


Apa2 pun.... pada kenkawan n riders2 yg lain...aku nak mengingatkan pada semua dan pada diri aku sendirilah...tungganglah dengan cara yg paling cermat dan selamat....mudah2han kita selamat...apa2 pun enjoy your ride.....

Wednesday, March 17, 2010

Frame Baru

Date : 17 March 2010
Route : TKP24 - Sg.Long - TKP24
Start time : 08:30am
Distance : 21km
Riding hours : 52 minutes
Average Speed : 24 km/h
Riders : Akulah sapa lagi....
Sebenarnya kayuhan ni adalah kayuhan untuk mencuba frame baru basikal aku....dah lama aku nak tukar frame ni sebenarnya tapi baru hari tu(15 March 2010) aku berkesampaian...jadi apalagi kayuhlah nak test power....memang banyak dia punya perbezaan kalau nak dibandingkan ngan frame lama...frame MERIDA ni bolehlah jugak kalau nak diketegorikan sebagai high end....perbezaan yg paling ketara bila up hill...dulu masa aku guna frame lama...ada satu bukit tu kelajuan yg aku boleh capai hanya 14km/h tapi dengan frame baru ni kelajuan dia mencecah 22km/h...siap guna heavy gear lagi...lagi satu bila flat road 30-35km/h senang2 je...bukan nak cakap besarlah tapi memang kenyataan...agaknya itulah kelebihan basikal high end ni...apa2 pun aku dah tukar frame baru....kalau aku ride ramai2 dan masih lagi kena tinggal maka takkan ada alasan lagilah aku nak salahkan...dulu bolehlah aku salahkan framelah..itulah...inilah mcm2 lagilah....dan yg sepatutnya aku salahkan nanti ialah....aku sendiri sebab memang aku tak fit atau kepala lutut aku memang tak kuat........jadi apa lagi bro layan jelahhhhhh.................

selepas melepasi bukit 3 beradik kat Kajang Perdana....masa pakai frame lama dulu bila daki bukit 3 beradik ni kelajuan aku hanya cecah 8 km/h dan rasa macam ada setan gondal je kat belakang aku ni...punyalah seksa nak daki bukit ni...rasa nak tolak je basikal ni pun ada....tapi lepas tukar frame baru ni cecah jugaklah 16km/h...oklah tu....


tempat dimana riders selalu lepak sesudah melepasi bukit 3 beradik.....

basikal baru aku....sebenarnya bukan basikal baru...frame je baru yg lain2 macam biasa je..malas aku nak tukar pada handle road sebab dah terbiasa ngan tt handle ni....tengoklah dulu mcm mana klau terasa nak tukar nanti aku tukarlah....kalau tak pakai jelah sampai bila2....

megah berdiri basikal baru aku.....cayalah...terima kasih pada brother yg jual frame ni kat aku...rege dia rm600 ngan carbon seat post sekali....

gaya seorang pelumba hampeh....


keseluruhan masa yg diambil untuk 21 km.....sepatutnya aku boleh buat kurang dari masa ni tapi disebabkan aku tengah mempraktikkan apa yg diajar oleh Dr Fauzi iaitu bila kita kayuh sorang2 cuba gunakan heavy gear tak kiralah masa naik bukit ke..turun bukit je...bukan apa...benda ni kalau selalu kita buat akan menguatkan otot2 kaki kita....bila kaki kuat kayuh pun selamba je....takda hal punya...

jarak jayuhan aku 21km.....satu loop...

purata kelajuan 24km/h....

kelajuan terpantas 63km/h...ni kelajuan aku masa menuruni bukit selepas Kajang Perdana...

pembakaran kalori hari ni....464cal keseluruhan.....apa2 pun ngan frame baru ni aku puas hatilah....boleh bagi 8 dari 10 markah..k.....layannnnnnnnnn

Monday, March 8, 2010

Kayuhan Husband n Wife

Date : 07 March 2010
Route : TKP24 - Lekas(Tol Bangi/Semenyih)- Kajang - TKP24
Start time : 08:00am
Distance : 27km
Riding hours : 3 Hours
Average Speed : 15 km/h
Riders : Aku ngan Wife aku
Pagi tu ingat nak kayuh solo kat Putra Jaya...tapi memandangkan petang semalamnya aku dah pulun main bola kat UNITEN lawan ngan ASTRO AWANI...aku tukar plan ajak wife aku kayuh...aku cakap ngan dia kita kayuh dekat2 je nak...dekat tak dekat pun dapat gaklah 27km ...satu pancapaian baru wat wife aku kerana sebelum ni paling jauh pun 18km...kira oklah tu...orang perempuannya kayuhlah katakan...kang kayuh jauh2 di buatnya tak bangun pagi aku gak yang masak.....apapun kayuhan semalam adalah kayuhan untuk aku mempraktikkan teknik yg aku dapat dari Dr Fauzi iaitu kayuhan dengan menggunakan heavy gear(depan paling besar belakang paling kecik)...sbab semalam dari mula aku start kayuh aku hanya gunakan gear heavy...memandangkan aku melayan kayuhan wife aku jadi bolehlah aku cuba praktikkan apa yg Dr Fauzi bagi...layan gak teknik ni....bukan apa teknik ni kalau diamalkan dapat menguatkan otot2 kaki(betis,peha dan lutut)....sebenarnya bagi aku(ni pendapat akulah...mungkin rider2 yg lain ada pendapat dia orang sendiri)...kekuatan kayuhan kita ni terletak pada kaki.....kalau kaki kita kuat lajulah kita kayuh...tapi klau kaki kita tak berapa nak kuat...lu orang sendiri boleh pikirkan...lu pikirlah sendri....

aku start dari rumah aku...keluar Tol Sg Long je dah naik bukit...wife aku dah ngeluh "bang start2 dah naik bukit"...aku bagitau balik kat dia "nak buat cam mana memang dah tempat kita kawasan dia berbukit...layan jelah"...aku suruh dia jangan kayuh laju2 sangat...kang kejang kaki tu kang...

untungnya aku tinggal kat kajang ni ialah keadaan bentuk muka bumi dia yang berbukit-bukau dan masih banyak kawasan yg belum diterokai....harap2 akan kekallah....pada kontraktor2 yg pikir asyik nak kaya je...lu orang pikir2kanlah sikit....kaya2 gak....tapi janganlah sampai semua tempat nak digondolkan bro.....nanti apa yg tinggal untuk cucu2 kita nanti.....

steady girl.....u can make it ma...baru sikit je ni....


pendakian berbukit....aku cuak gak masa layan 2 bukit ni.....bukan apa takut tu bro...dibuatnya kaki bini aku cram....mampusssss....bukit2 kat sini memang boleh tahan gak ketinggian dia.......kalau setakat aku yg layan selamba je....tapi gua bawak bini tu bro.....takutttt...


"bukit lagi"....wife aku cakap.....layan je...kayuh macam awak turun bukit....jangan tengok depan...tengok bawah je.....satu lagi teknik bila kita berkayuh...klau layan bukit jangan asyik tengok depan...banyakkan pandang kat bawah....sebab bila kita asyik tengok depan je....kita akan terfikir bila nak sampai ni...dah sampai ke belum...tinggi lagi ke.....benda2 mcm ni yg akan membuatkan mental kita koyak ....pendapat aku je ni....kau orang punya pendapat aku tak taulah.....lain orang lain cara dia berfikir...tul tak....

lepak jab.....lepas layan dua bukit yg boleh tahan gak ketinggian dia.....

kat tol Bangi/Semenyih....highway Lekas....

Highway Lekas.....masa kayuhan patah balik dari tol Bangi....

pekan Kajang......

Sunday, February 28, 2010

Kayuhan Lekas

Date : 28 Feb 2010
Route : TKP24 - Lekas(Mantin) - Jalan 6 Kaki(Beranang) - Bangi - UKM
Start time : 08:20am
Distance : 60km
Riding hours : 2 Hours and 20 Minutes
Average Speed : 27 km/h
Riders : Aku - Sifu Rashid - Bang Brahim - Dr Fauzi - Member Proton Shah Alam(Yazid,Shakri,Zairi - Abang Janggut - Bro man ngan kawan Woon - Cikgu - Rizal(Rider maut)
Pukul 07:00am...aku nampak Rashid tengah angkut basikal taruk dlm kereta...aku tanya dia nak ridekat mana...dia cakap nak kayuh ngan Bang Brahim...dia ajak aku...aku cakap nak ride solo...08:20am aku start kayuh...taktau nak gi mana...aku masuk lekas highway...keluar Tol Bangi..lepas sikit dari persimpangan Bangi...terserempak ngan group Bang Brahim...dia jerit kat aku ajak kayuh sekali...aku pun buat u turn...masuk group dia orang...ada lebih kurang 11 riders semuanya...seronok sekali lagi dapat kayuh ngan group Bang Brahim ni....Lepas tol Bangi kita orang buat drafting ramai2....masa drafting nilah kita boleh uji kekuatan stamina kita...dan masa ni jugaklah kita boleh tengok samada kita boleh pegi as a group atau kita lebih pada berkepentingan sendiri....
Separuh dari gambar ni adalah ehsan dari Bro Yazid(Proton)..tq bro..Layannnnnnn

Nak masuk LEKAS Highway

Sebelum Tol

Selepas Tol

Memulakan Drafting.......

1. Doc & Rashin

2. Pak Brahim & Hj Zamani

3. Man Ciocc & Cifu Zairi

4. Shakri & Rizal

5. Yazid & Cikgu nak takeover

Yazid ngan cikgu kat depan

6. Nizam(trexia) & Mr Woon???????.......and 1st round drafting completed……semua riders get the feel…….laju tuuuuuuu

kat lekas highway sebelum tol kajang selatan...

pemandangan jalan lama kajang nak ke seremban dari highway lekas....

Tol Kajang Selatan......sejak dah ada highway ni senang sikit nak kayuh....kete pun tak banyak...

Kelajuan aku....taklah laju sangat...kira oklah tu

kat hentian Mantin....ambik angin sebelum sambung kayuh masuk jalan 6 kaki.....


Mentor aku....Bang Brahim ngan Dr Fauzi

kat pekan Mantin....layan sarapan pagi....aku mcm biasalah...kopi jantan kosong..nak makan kang takut tak larat nak layan kayuh....so pekena apa yg patut jelah....

ni bukan apa....saja nak tayang helmet murah...jangan marah ha bro...

kat jalan 6 kaki Beranang....kawasan kampung tapi bonggol banyak sangat....naik sakit bontot aku....siut betul.......


kat UKM Bangi....
hari ni aku barjaya memperbaiki kayuhan aku kalau nak di bandingkan ngan kayuhan Genting Perez minggu lepas....pada member2 riders yg lain(Sifu Rashid,Bro Man,Bang Brahim,Dr Fauzi,Bro Yazid n riders2 proton yg lain)terima kasih semua kerana pengalaman anda amat berguna buat rider2 mcm aku ni....satu lagi jangan jemu kalau kayuh ngan aku k...basikal aku murah...basikal kau orang mahal...tu yg asyik kena tinggal je tu....tapi takpa we have allready work and ride as a team...hidup MAPLAY....next time kita jumpa lagi bro....gua seronok ride ngan lu orang semua.....chowwwww....see u next time n enjoy your life....