Tuesday, May 19, 2020

Doa Akhir Ramadhan

"Baca doa ini di akhir Ramadhan kerana doa ini mampu buatkan air mata mengalir tanpa sedar!"
(Amalan, doa, ilmu, Perkongsian, Ramadhan)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ya Allah Ya Tuhanku! Aku bertaubat kepadaMu dengan sebenar-benar taubat. Ampunilah dosa-dosaku, Ampunilah kesalahan-kesalahanku, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Penerima Taubat.

Berikanlah aku kemenangan ke atas kelemahan diriku ketika berada dalam bulan Ramadhan dan selepas perginya Ramadan.

Terimalah doa-doa aku, ibadahku dan amalan-amalan baikku.
Ya Allah berkatilah aku dengan menyaksikan lailatul Qadr.

Tunjukkanlah aku ke arah melakukan amalan yang diterima baik hanya keranaMu.
Bantulah aku dalam mendapatkan khushu' dan ikhlas dalam melaksanakan ibadahku.
Bantulah aku untuk lebih mendekatkan diriku kepadaMu dalam ramadhan yang kian berakhir.

Jadikan aku hamba yang menyayangiMu, NabiMu (saw), agamaMu, QalamMu dengan cara yang sewajarnya untuk disayangi.

Tingkatkanlah tahap keimananku, tawakkalku dan keyakinanku kepadaMu. Tambahkanlah Taqwa kepadaku. Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur.

Berikan aku kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan dugaan dariMu. Kurniakanlah kepadaku kelembutan hati dalam mentaati segala syariatMu.

Jadikanlah Al-Quran sebagai temanku di dunia dan akhirat. Tunjukkan lah aku jalan yang lurus dengan kebenaran dariMu sehingga nafas terakhirku, jauhilah aku daripada mensyirikkanMu, kufur atau bid'ah (besar / kecil).

Golongkanlah aku dari golongan muhsineen, muttaqeen, mukhliseen dan sabiqoon fil Ilm. Tambahkanlah kepadaku ilmu yang bermanfaat.

Jadikanlah aku hamba yang redha dengan segala takdir dan ketentuanMu untuk diriku. Selamatkanlah aku daripada penyakit hati iaitu dengki, bongkak, menunjuk-nunjuk dan lain-lain.

Berkatilah aku dengan kebahagiaan di dunia ini, lindungi aku daripada kesedihan & kemurungan. Bantulah aku dengan keupayaanku untuk melakukan Tazkiyah jiwaku sepanjang perjalanan hidupku.

Hilangkanlah perasaan cintakan dunia ini daripada terbentuknya dalam hatiku. Pelawalah aku ke rumahMu untuk aku menyembahMu.

Ya Rabb, berikanlah kepadaku pengakhiran yang baik. Jadikanlah perasaan aku suka dan gembira untuk bertemu denganMu.

Jadikan kuburku & alam barzakh sebagai tempat kediamanku yang aman dan sejuk. Kurniakanlah kepadaku pelindung Arash Mu pada Hari Qiamah.

Berikan catatan amalanku dari tangan kanan dan beratkan timbangan ku dengan perbuatan-perbuatan baik. Kurniakanlah kepadaku nikmat untuk minum dari Telaga Al Kawthar.

Permudahkan aku untuk melintas titan Siraat & Qantarah (jambatan sebelum Syurga). Bantuilah aku Ya Allah bagi memperolehi kebahagiaan yang hakiki dengan melihatMu di akhirat kelak.

Lindungilah, tingkatkanlah dan semaikanlah perasaan cinta, kasih, barakah dan rahmah antara aku dan pasanganku selama-lamanya.


Perbaikilah dan tingkatkan akhlak dan kelakuanku antara satu sama lain. Berikanlah ganjaran kepada pasanganku dengan ganjaran yang terbaik untuk dia dalam berusaha untuk keluargaku.

Jadikanlah Al-Quran dan Syariah Mu menjadi hakim kepada ku dalam semua perkara. Kukuhkanlah amalan-amalan ku demi agamaMu. Jadikanlah aku tergolong dalam golongan bersama-sama mereka dalam kebahagiaan di Jannah al Firdaus.

Ya Allah, bantulah aku dari segi kekuatan fizikal & emosi untuk menjadi ibu bapa yang baik & contoh yang terbaik untuk anak-anak ku.

Peliharalah anak-anak ku supaya tidak terpengaruh daripada kesan kesilapan-kesilapan ku yang lalu dalam hidup mereka. Berkatilah aku dengan anak-anak yang soleh.

Jadikanlah anak-anakku sebagai penyejuk mataku dan jadikan mereka sebagai amal jaariah bagiku & pasanganku. Jadikanlah mereka daripada orang yang mendirikan solat dan sujud hanya kepadaMu sahaja.

Lindungilah diri aku daripada kejahatan, musibah, gangguan syaitan daripada manusia & jin. Lindungilah anak-anakku daripada bahaya, penyakit, kekufuran, perkara-perkara haram dan kemusnahan.

Berikanlah kejayaan kepada anak-anakku dalam agamanya, dunia & Akhirah. Berkatilah aku dan keturunanku agar menjadi anak soleh sehingga Hari Qiamah. Satukan dan kumpulkanlah keseluruhan keturunanku di Jannah al Firdaus.

Ya Allah Ya Rahman,

Jadikanlah anak-anak kami bekerja untuk agamaMu; hafiz Al-Quran, daie, imam, ulama dan syahid di atas jalanMu. Jadikan mereka sebagai penyebab bagi kami mendapat tempat di dalam Jannah & jauhilah kami dari api neraka.

Ya Allah selamatkanlah aku & seluruh keluargaku dari api neraka & jadikanlah kami daripada golongan yang memasuki Jannah Firdaus Mu tanpa sebarang perhitungan.
Ya Allah, Ya Gaffaar. Ampunilah kedua ibu bapaku.

Ganjarilah mereka dengan ganjaran yang paling besar di dunia ini & akhirat.
Tingkatkanlah kedudukan mereka di sisiMu dan berikanlah kepada mereka Jannah al Firdaus. Jadikanlah kami penyejuk mata mereka di hari tua mereka.
Berikanlah kejayaan kepada adik-beradikku di dunia ini & akhirat.

Muliakanlah kedudukan kedua ibu bapa pasangan kami, orang tua kami, umat masyarakat kami.
Lindungilah mereka daripada penyakit dan segala masalah pada usia tua. Ampunilah dosa-dosa mereka yang telah meninggal dunia dalam keluarga kami & umat masyarakat; sama ada yang muda & tua.

Berikanlah keamanan dan ketenangan kepada mereka di alam barzakh sehingga mereka bertemu denganMu.

Selamatkanlah dan peliharalah kami daripada Dajjal, Ya’juj dan Ma’juj dan hari lepas. Kurniakanlah zuriat yang soleh kepada keluarga kami dan rakan-rakan kami yang sedang menunggu kelahiran dan berusaha bagi mendapatkan zuriat.

Satukanlah hati-hati kami dengan sahabat-sahabat kami yang bekerja untukMu dan eratkanlah ikatan persaudaraan kami.

Satukanlah hati mereka yang sedang menjalani dan menguruskan rumahtangga dan limpahkanlah kebahagiaan dan ketenangan dalam perkahwinan mereka, permudahkanlah urusan mereka yang sedang berada dalam kesukaran urusan perkahwinan.

Kau sembuhkanlah penyakit kepada mereka yang sedang sakit, sesungguhnya Kau Maha Menyembuhkan segala penyakit kecuali mati.

Ya Allah Ya Qawiyy, Kau lindungilah saudara-saudara kami di seluruh negara; Palestin, Syria, Nepal, Rohingya, Iraq, Iran, Malaysia dan di mana-mana jua daripada penganiayaan, rogol, pembunuhan, penghinaan.

Kau legakanlah penderitaan mereka dan tingkatkan darjat mereka di sisiMu. Kau hancurkanlah mereka yang zalim, kejam dan penindas ke atas saudara-saudara kami.

Kau cukupkanlah mereka yang serba kekurangan, Kau ringankanlah beban bagi mereka yang tertindas dan Kau bebaskanlah mereka daripada hutang.

Ya Allah, perkenankanlah dan makbulkanlah doa-doa kami sempena dalam Ramadan ini. Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Selawat dan salam kami ke atas junjungan kami Nabi Muhammad (saw), seluruh ahli keluarga baginda, sahabat baginda dan mereka yang mengikuti baginda hingga ke hari terakhir.

Aamiin ya Rabb Al'alamiin.

Alhamdulillah

Kredit: Ustazah Saidah Hafizah Hanapi

#doa #ramadan #zikir

Khutbah Ringkas Hari Raya

PERSIAPAN DIRI: Panduan Solat dan khutbah Aidil Fitri*

Bagaimana persediaan para imam yang akan solat dan berkhutbah Aidil Fitri kali ini?

Tentunya ia satu pengalaman indah menjadi imam dan berkhutbah di hadapan jemaah ahli keluarga sendiri.

Walaupun sunat, tetapi eloklah kita sempurnakan solat dan khutbahnya sekali. 

Solat Aidil Fitri dua rakaat biasa kita dilakukan.

Rakaat pertama selepas doa iftitah, kita bertakbir (Allahu Akbar) tujuh kali dan diselangi oleh bacaan tasbih (Subhanallah wal hamdulillah, wala ilaha Illah walLahu Akbar) enam kali.

Setelah itu baca al-Fatihah dan surah pilihan.

Pilihlah surah yang mudah bagi anda. 

Pada rakaat kedua, dikehendaki bertakbir (Allahu Akbar) lima kali diselangi dengan bacaan tasbih, seperti di atas.

Diikuti bacaan Al-Fatihah dan surah pilihan. 

Sesudah memberi salam, imam akan berkhutbah. 

Saya ringkaskan di sini kaedah berkhutbah Aidil Fitri. Ia boleh dilakukan oleh semua imam.

Usah gusar. Ia mudah dan simple.

Ingat, khutbah ada dua, khutbah satu dan khutbah dua yang diselangi oleh DUDUKnya imam. 

Rukun khutbah ialah:

1. Alhamdulillah (memuji Allah) 
2. Selawat ke atas nabi (Alluumma salli ala Muhammad... )
3. Ittaqullah! (pesan bertakwa kepada Allah)
4. Baca satu ayat al-Quran
5. Doa kepada seluruh muslimin (Allummaghfir lil muslimin wal muslimat)

Semua rukun ini perlu dibacakan dalam bahasa Arab. 

Ringkasnya jika anda menyebut seperti ini sahaja, 

1. Alhamdulillah,
2 Allumma salli ala Muhammad,
3. Ittaqullah,
4 Alhamdulillahi Rabbil Alamin, dan
5. Allummaghfir lil muslimin”,

maka sahlah khutbah kita. Kemudian anda duduk sebentar, bangun dan ulang semula, maka ia sudah memadai, sudah sah.

Ia tersangat ringkas kan... 

Bagi mengindahkan lagi susunan khutbah Aidil Fitri, maka kita tambahlah beberapa perkara.

Kita mulakan dengan takbir (Allah Akbar!) 9 kali.

Dan kita pesanlah dengan nasihat berkenaan kekeluargaan dan sambutan Aidil Fitri, maka jadilah ia lebih cantik.

Jemaah pun boleh tersenyum lebar. 

Saya kemukakan satu contoh teks khutbah yang boleh dijadikan panduan kepada para imam. 

*KHUTBAH PERTAMA*

1. Allahu Akbar 9 kali (sunat)
2. Alhamdulilah (wajib) Alhamdulillah, Allah yang berfirman (Wal Asr, Innal insanalafi… - baca surah Al-Asr, (wajib)
3. Asyhaduan La Ilaha illa Lah, Wa Asyhaduanna Muhammadan Rasulllah (sunat)
4. Allahumma salli ala saidina Muhammad … (wajib)
5. Ittaqullah! (wajib) marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya

6. Alhamdulillah, hari ini buat pertama kali abah (saya) berdiri dan berkhutah di hadapan anak-anak dan keluarga yang dikasihi.

Alhamdulillah wabak Covid 19 ini banyak memberi pengajaran kepada kita sekeluarga.

Kita bersyukur kerana kita selalu dan kerap solat berjemaah.

Kita boleh solat tarawih berjemaah dan kita banyak melakukan aktiviti keluarga secara lebih dekat. 

Sebagai ketua rumah tangga, abah (saya) sedar saya perlu memastikan keluarga kita ini sentiasa berada di bawah reda Allah.

Maksudnya saya perlu pastikan kita semua sentiasa mentaati Allah dan Rasul-Nya pada seluruh kehidupan kita.

Alhamdulillah kerana keluarga kita menjadi HEBAT dan SEMPURNA kerana kita punyai seorang IBU yang cukup baik.

Seorang IBU yang sentiasa siang malamnya berkorban untuk kita.

IBU tidak pernah mengeluh, walaupun tugasnya tidak pernah berakhir menguruskan keluarga kita. 

Kita juga bersyukur kerana kita punyai anak-anak yang baik.

Anak-anak abah (saya) yang sentiasa membantu keluarga, yang boleh disuruh untuk buat itu dan ini.

Anak-Anak abah (saya) sememangnya HEBAT. Anak-anak Abah (saya) sentiasa membahagiakan kami sebagai bapa dan ketua keluarga. 

Pada Aidil Fitri ini, marilah kita saling bermaaf-maafan sesama kita.

Lahirkan kemaafan itu dari lubuk hati kita yang suci bersih, sebersih indahnya Ramadan yang baharu sahaja kita tinggalkan.

Abah dan ibu sayang kepada anak-anak dan ahli keluarga kita. Abah memohon kemaafan atas kekurangan abah sepanjang mendidik anak-anak.

Kita bukanlah insan sempurna, walaupun sebenarnya kita mahu menjadi TERBAIK kepada semua orang. 

7. Allahumaghfir lil muslimin wal muslimat, al-ahya’i hum wal amwat. (wajib) Walhamdulillah.. 

Imam kena DUDUK sebentar. (sediakan kerusi yang sesuai)

KHUTBAH KEDUA

1. Allahu Akbar 9 kali (sunat)
2. Alhamdulilah (wajib) Alhamdulillah, Allah yang berfirman (Qulhuwallahu Ahad - baca surah Al-Ikhlas, - wajib)
3. Asyhaduan La Ilaha illa Lah, Wa Asyhaduanna Muhammadan Rasulllah (sunat)
4. Allahumma salli ala Muhammad … (wajib)
5. Ittaqullah! (wajib) 

6. Sidang jemaah yang dikasihi, jadikanlah hari raya ini sebagai hari terbaik untuk kita mengeratkan silaturahim kalangan keluarga kita.

Kita saling bermaaf-maafan dan kita berziarah saudara terdekat. 

Marilah kita menjaga ibadah wajib kita sebagaimana kita menjaganya pada bulan Ramadan yang lalu, marilah kita menjaga akhlak dan peribadi kita agar kita ini dikenal sebagai seorang muslim yang soleh dan solehah.

Marilah kita menjadikan al-Quran sebagai tilawah harian kita, agar nantinya al-Quran itu bisa menjadi peneman kita di alam kubur kelak. 

Anak-anak, sentiasalah mendoakan keselamatan dan kesejahteraan ibu bapa dan adik beradik kita.

Doakanlah keampunan kepada ibu bapa dan saudara terdekat, agar kita ini hidup dalam iman dan kembali kepada Allah juga di dalam iman.

Andai kata kelak nanti, ibu dan abah ini telah tiada, maka doa dan amalan anak-anak kalian adalah peneman kami yang terbaik yang kami nantikan. 

7. Allahumaghfir lil muslimin wal muslimat, al-ahya’i hum wal amwat. (wajib)

Ya Allah Kau ampunilah segala dosa kami dan ahli keluarga kami. Selamatkanlah negara kami daripada mara bahaya wabak dan segala jenis fitnah dan penyakit.

Berikanlah kami kebahagiaan dan kesenangan hidup di dunia dan akhirat. 

(Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah waqina azabannar.

Walhamdulillah. 

Tamatlah khutbah dan boleh bersalaman dengan ahli keluarga. 

Perlu diingat, semasa berkhutbah, imam kenalah berdiri.

Kalau ada tongkat, boleh pegang tongkat.

Jika tiada, tak perlu pegang apa-apa. Kalau pegang penyapu, dah kelakar pula jadinya!

Selamat berkhutbah. Doakan kebaikan untuk saya juga…

*Ustaz Ahmad Nawawi Yaakob* 
UiTM Segamat
Imam Surau Al-Muhajirin

Monday, May 18, 2020

Munajat Ramadhan


MUNAJAT RAMADHAN
Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…
Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya 'alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu Ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kpdMu ketika senang, kami ingat kpdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….
Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dlm golongan org2 yg Engkau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu Ya Allah…

Ya Allah Ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.


Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln keluar kpd mereka, jika ada di kalangan kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi…


Ya Allah Ya Malikal Mulk…
Ya Razak..Ya Fattahu Ya 'Alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jadikan kami drp golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.

Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…
Ya Allah….Jgnlah kau jadikan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal di mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…
Aamiin3 ya rabbal'aa

*Doa Akhir Ramadan*
Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati2 kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa kau ampun kan dosa2 kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak2 ke syurga untuk kami.

Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelincir nya kaki kami.

Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan dosa dan maksiat semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan.

Ya Allah, sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.

Ya Allah, Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang akan datang.

Ya Allah, lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkan setiap seorang dari kami dengan Iman dan taqwa.
Jadikan kami calon syurgaMu. Sempurnakan akhlak kami dan lindungi kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.

Ya Mujibbasailin.
Limpahilah kami dengan sifat2 kebaikan dan terpuji.
Jadikan kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.

_*Aamiin Ya Rabbal Alamiin.*_
Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis

Doa Untuk Semua

‎​ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

*DOA UNTUK SAUDARAKU SEMUA YANG TIDAK DAPAT DISEBUT SATU PERSATU ☆*

*Bismillahi Rahmanirrahim ...*

1. *Ya Allah aku memohon dengan keagungan AsmaMu*
2. *Muliakanlah saudaraku yang membaca doa ini.*
3.  *Lapangkanlah hatinya, tentramkan jiwanya, sehatkan fisiknya, sembuhkan penyakitnya.*
4. *Bahagiakan keluarganya.. jadikan anak anaknya Soleh/solehah*
5. *Luaskan rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan. Lepaskan dia dari hutang piutang.*
7. *Mudahkanlah segala urusannya* ,
8. *Kabulkanlah cita-citanya, dan harapannya*
9. *Jauhkan dia dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, perkataan kasar dan*
10. *Jauhkanlah dia dari segala musibah, serta*
11. *Terimalah semua amal ibadahnya dan ampunilah segala dosa2nya.*
12. *Jadikanlah dia  penghuni SyurgaMu*
13.  Semoga terhindar dr wabak covid 19 ni serta sehat sejahtera slalu hendaknya,
 14,  Pjg umur, murah rezeki dan bhgia di dunia dan akhirat serta jannah, ‎      *آمين يا الله*
‎               *آمين يا رحمن*
‎               *آمين يا رحيم*
‎           *أَمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ.*     

*Sahabatku ... kirimkanlah doa ini seluas2nya ... karena kita tak tahu dari lisan siapa doa kita ini akan dikabulkan Allah swt .*

امين يارب العالمين
Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis

Saturday, May 9, 2020

Sekadar Peringatan

Ini antara 34 mutiara kata Ustaz Dato' Ismail Kamus yang dapat dikumpulkan oleh  Zaim Zin.

Bacalah. Semoga ada yang memberi manfaat pada kita sebagai rantai pahala beliau.

1. "Dalam perjuangan, penat akan hilang, tetapi pahala akan berpanjangan"

2. "Memang baik menjadi orang penting. Tetapi lebih penting menjadi orang baik"

3. "Kita bukan gila kuasa. Tetapi kita mahu mengambil kuasa daripada orang gila"

4. "Bukan kematian itu yang harus ditakuti. Tetapi kehidupan setelah kematian itu lah yang harus ditakuti"

5. "Sedekah itu tabung akhirat. Jangan kita anggap yang sedikit tu sedikit. Walhal orang yang tidak memberi tu, lagi memiliki sedikit"

6. "Jangan jadi macam burung unta. Burung bukan, unta pun bukan. Sama macam manusia, nak kata islam pun bukan, bukan islam pun bukan. Waktu nikah islam, mati pun ikut islam. Tapi, masa hidup tak nak ikut islam"

7. "Dunia bukan tempat berehat, tetapi tempat beribadah"

8. "Boleh makan semua yang halal, tetapi jangan berlebihan"

9. "Selalulah solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda"

10. “Bila kita tidur, jantung kita jalan. Bila kita berlari, jantung kita jalan. Bila kita berhenti, jantung kita jalan. Bila jantung kita berhenti, kita jalan"

11. “Kalau seksa neraka boleh dilihat dengan mata, masjid 16 tingkat pun takkan muat untuk jemaah untuk tunaikan solat”

12. "Azan bermula dengan Allahuakhbar untuk menyatakan pada kita bahawa yang sebenarnya Allah lah yang Maha Besar. Diikuti dengan pengakuan tuhan yang wajib disembah ialah Allah dan akui nabi Muhammad sebagai nabi Allah. Lepas tu baru laungan ajak solat"

13. "Ketika azan subuh kedengaran, berapa ramai yang hatinya tersentak untuk solat berjemaah? Berapa ramai yang melihat jemputan bilal tu sebagai jemputan akhirat?"

14. "Solat adalah kerehatan. Pasal ketika solat sepatutnya kita lupakan keresahan, kerisauan dan kepenatan dunia ni"

15. "Barangsiapa menanam padi, lalang akan tumbuh. Barangsiapa menanam lalang, padi tak akan tumbuh. Kalau cari akhirat, dunia akan dapat tetapi kalau cari dunia, akhirat tak akan dapat"

16. "Kita sedia maklum bahawa masa yang diperuntukkan oleh Allah kepada kita ada 3 sahaja. Iaitu, semalam, besok dan, hari ini. Yang semalam dah tak ada, yang besok belum tahu lagi, yang tentu ada sekarang. Maka kita gunakan masa yang sangat sedikit itu untuk mendekatkan diri kepada Allah"

17. "Ibadat jangan tunggu masa lapang. Kita yang melapangkan masa untuk ibadat"

18. "Amalkan setiap hari, solat berserta solat sunat. Baca AlQuran (pagi Yasin, malam pula AlMulk, AsSajadah, dan AlWaqiah). Zikir Allah (100 kali), tahlil (300 kali), selawat (100-1000 kali), istighfar (100 kali) dan sedekah"

19. "Tuntutlah ilmu kerana 3 tujuan.
1. menghilangkan kejahilan,
2. beramalah dengan ilmu tersebut; dan
3. mengajarkan orang dengan ilmu yg ada"

20. "Janganlah pula setelah berilmu, kita memperbodoh-bodohkan org lain"

21. "Jagalah hati sampai mati"

22. "Orang berakal wajib solat. Orang gila tak wajib solat. Orang tak solat orang gila"

23. "Yang suka asap ni, jin je"

24. "Jangan dipandang kepada berapa besar dosa yg dibuat tetapi pandanglah kepada siapa kita berbuat dosa itu"

25. "Sebenarnya duit yg kita derma itulah bahagian kita punya. Yang simpan dlm poket tu belum tentu lagi. Boleh jadi pomen punya, boleh jadi klinik punya, yg semestinya waris punya. Kita punya yg mana? Yg kita sedekah itulah yg kita punya"

26. "Dibimbangi maksiat kita membuatkan Allah murka kepada kita, walaupun maksiat itu kecil. Bimbang kita tak sempat bertaubat"

27. "Tidur itu mati sementara. Mati itu mati selama-lamanya"

28. "Cinta dan sayang pada Ulama’ kerana Ulama’ adalah pewaris Nabi"

29. "Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat"

30. Al fulusu fik Dunia, walmamfus fil ahirah... (gurau beliau yang ditujukan kepada yg suka rasuah)

31. "Naik sampan kecil pun laut berombak, naik kapal besar pun tetap laut itu berombak. Adakah kita mengelak ombak Tuan-tuan? Tidak, kita tetap belayar lautan berombak itu. Begitulah juga dalam perkahwinan, ada masalah jangan lari, lalui ombak yang tetap berombak itu"

32. "Beruk atas pokok, kalau angin ribut kencang lagi kuat dia peluk pokok tu. Tapi kalau angin sepoi-sepoi, boleh tertidur dan silap-silap jatuh beruk dari atas pokok. Dalam perkahwinan, jangan keras-keras, cakap kena lemah lembut. Para suami, ingat falsafah beruk ni"

33. "Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

34. "Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam AlQuran sebulan dua kali"

Thursday, April 16, 2020

Bila Umur Kita Mencecah 55,60,70

*Fudhail bin Iyadh (seorang ulama besar) berkata* kepada seseorang yang telah mencapai umur 55, 60,70 tahun, Maka nasihat Fudhail kepadanya : *"Berarti  kamu sekarang  berjalan menuju Tuhanmu dan hampir sampai... Lakukan yang terbaik pada sisa usia senja-mu, lalu akan diampuni dosa-dosamu yang lalu. Tapi jika engkau masih berbuat dosa di usia senjamu, kamu pasti dihukum akibat dosa masa lalu dan masa kini sekaligus...!"*

Maka para alim ulama memberi nasihat cara menjalani *umur yang sudah mencapai 55,60,70 tahun* :

*JANGAN banyak BERGURAU dan terjebak dalam hal-hal yang tidak ada manfaatnya untuk akhirat*

*JANGAN berlebih-lebihan, BERHIAS,  BERSOLEK, dan BERPAKAIAN*

*JANGANLAH BERLEBIH-LEBIHAN makan, minum, dan berbelanja barang yg kurang diperlukan utk mendukung amal shalih*

*JANGAN  BERKAWAN dengan orang yang tidak menambah iman, ilmu, dan amal kpd kita*

*JANGAN banyak berjalan dan MELANCONG ke sana sini tanpa MANFAATNYA yg dapat mendekatkan diri pada kehidupan akhirat*

*JANGAN gelisah, berkeluh kesah, dan kesal dengan kehidupan sehari-hari. Selalu penuhi diri dgn rasa sabar dan bersyukur*

*PERBANYAK doa mengharap keridha-an Allah agar khusnul Khatimah (mati dlm kesudahan yg baik) dan dijauhkan dari Su'ul Khatimah (mati yg tak baik)*

*TAMBAHKAN ilmu agama, perbanyak mengingat kematian, dan bersiap menghadapinya*

*Siapkan/tuliskan  WASIAT yg berguna utk kaum kerabatmu*

*Kerap menjalin SILATURAHIM dan mendekatkan hubungan yang renggang sebelumnya*

*MINTA MAAF dan berbuat baik terhadap pihak yang pernah dizalimi*

*TINGKATKAN amal SOLEH terutama amal yang dapat terus memberi pahala dan syafa'at setelah kita mati*

*MAAFkan kesalahan orang kepada kita walau seberat apapun kesalahan itu*

*Bereskan segala HUTANG yang ada dan jangan buat HUTANG BARU walaupun untuk menolong orang lain*

*Berhentilah dari semua MAKSIAT!!!*

*MATA, berhentilah memandang yg tidak halal bagimu*

*TANGAN, berhentilah dari meraih yg bukan hak mu*

*MULUT, berhentilah makan yg tidak baik dan yg tidak halal bagimu, berhentilah dari GHIBAH (mengumpat ), FITNAH, dan berhentilah menyakiti hati orang lain*

*TELINGA, berhentilah mendengar hal-hal haram dan tak bermanfaat*

*Berbaik sangka lah kepada Allah atas segala sesuatu yg terjadi dan menimpa*

*Penuhi terus hati dan lisan kita dgn istighfar & taubat utk diri sendiri, orang tua, dan semua orang beriman, di setiap saat dan setiap waktu*

*Semoga bermanfaat bagi kita semua...*
Tahun 2020
Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis

Wednesday, April 15, 2020

Sekadar Peringatan


Yang miskin dan kaya bergantung pada org lain
AKHIRNYA ORG AGAMA AMBIL PELUANG

Org miskin bergantung kpd org kaya utk membantunya melalui sedekah duit dan org kaya bergantung kpd org miskin utk masuk ke syurga.Pergantungan inilah yg membuatkan bangsa ini mundur dan ramai pula mengambil kesempatan.

Org miskin ( sihat tubuh badan ) menjadi peminta sedekah tanpa bersusah payah bekerja. Akhirnya mereka menjadi pemalas dan hanya duduk diam menghulurkan tangan.

Org kaya pula meminta ahli2 masjid di kampung mendoakannya dan menjemput ke rumah setiap bulan utk bacaan Yasin. Mengharap org lain membaca agar dia mendapat pahala dan bukan dirinya sendiri berbuat demikian.

Lebih menyakitkan hati org beragama juga turut mengambil kesempatan ke atas org kaya dan jahil agama utk mencari keuntungan peribadi.

Mahu diubah? Kata Abdullah Mursyi dlm karangannya Pelayaran Abdullah Ke Kota Bharu,"Kamu dibesarkan oleh org tua yg menanam benih pembodohan. Sumpahan paling besar ke atas bangsa ini adalah mewarisi pembodohan yang ditanam sendiri oleh datuk nenek. Inilah sumpahan paling hina."

Pendita Zaaba menceritakan keadaan yg hampir sama selepas lebih 50 tahun kritikan Abdullah Mursyi di dlm bukunya Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri.

Kata Zaaba, "Agama yg telah diajar oleh org Melayu kpd org Melayu menjadikan bangsa Melayu sebagai bangsa yg tidak boleh bangkit."

Kata2 cerdik pandai ini telah diwarisi hingga sekarang oleh bangsa kita walaupun sudah ada sedikit perubahan. Saya ambil contoh jika dulu setiap kali anak hendak exam dimintanya air jampi.

Wahai org Melayu jika benar air jampi boleh beri org pandai tanpa membaca buku ulangkaji....dah lama Nabi doakan air zam zam utk pujuk Quraisy memeluk agama Islam.

Lihat lagi sikap org Melayu yg suka bergantung kpd hidup pada org lain. Jika ada kematian, 7 malam diadakan bacaan Tahlil beserta makan, hari ke 40 baca lagi dan terakhir hari ke 100. Ia dilakukan dgn harapan bacaan Tahlil itu mampu membantu si mati di dlm kubur berhadapan dgn malaikat.

Moralnya pergantungan org Melayu kpd org lain ke syurga sampai dia dah mati. Dia tidak bergantung kpd amalan solehnya sendiri dan anak2.

Apabila Hamka menegur sikap org Melayu membuat majlis tahlil ketika era zamannya... melenting org Melayu dgn alasan bacaan Tahlil itu adalah ajaran yg telah diajar dari warisan guru2 terdahulu.

Org Melayu jenis mengikut adat seperti slogannya biar mati anak jgn mati adat hingga sanggup menuduh Hamka sebagai Wahabi.

Sebab itu Abdullah Mursyi, Pendita Zaaba dan Hamka telah ditentang oleh kebanyakkan org Melayu di zaman mereka kerana pemikiran mereka yg kritis, berwawasan dan akademik cuba membetulkan yg tidak betul kpd betul.

Zaaba menulis org Melayu ini malas mencari ilmu dan cukup berpuas hati sekadarnya sahaja. Zaaba mengatakan org Melayu pergi ke sekolah cukup hanya boleh membaca, menulis dan mengira utk menjadi kerani di pejabat2.

Saya mengajak kalian melihat sikap org Melayu yg sgt lucu. Al Quran 100% org Melayu menyimpan di rumah tetapi tidak memanfaatkan kitab itu sebagai amalannya utk bekalan akhirat.

Org Melayu kebanyakkan mengharap pertolongan kitab Al Quran menjaga dirinya dari gangguan syaitan dgn hanya meletakkan ia di kepala katil dan sebagainya.

Org Melayu jika diberi lesen berniaga disewakan. Semuanya cuba mengambil jalan pintas utk menjadi kaya tanpa berusaha. Hingga kan mencari syurga pun ramai org Melayu mengambil jalan pintas dgn menyertai parti tertentu yg kononnya perjuangan mereka adalah mencari syurga.

Lihatlah apabila pemimpin mereka disaman, menjelang PRU dan pemimpin2 dlm kesulitan maka tin milo menjadi sandaran. Berceramah lah mereka setiap malam memaki hamun sambil mengharapkan tin milo penuh. Sedangkan kehidupan pemimpinnya bermewah mewah.

Mereka diajar menjadi taklid buta. Apa sahaja pasti ada dalilnya. Rampas kerajaan oleh musuh hukum haram. Tapi bila mereka merampasnya hukumnya bertukar ia adalah anugerah Allah.

Hudud adalah nyawa kami tetapi apabila duduk dgn kuasa politik tiba2 mengatakan adalah sukar utk hudud dilaksanakan. Sdgkan sebelum itu puluhan ribu ahli dikumpulkan atas nama jihad... dtg berbondong bondong ahli terdiri dari org2 kampung dan susah berkumpul di KL dgn wang ringgit sendiri. Bukankah ia hanya sia2?

Lihat semalam apabila pemimpinnya berseronok bermain salji ditimpa musibah...terus bantuan diperlukan sedangkan org yg menderma itu tgk salji pun belum pernah. Sebab apa pemimpin2nya sesuka hati berbuat demikian? Semua ini kerana pengikut mudah dikaldaikan. Sedangkan kos rawatan Covid-19 adalah percuma.

Air mineral dibaca surah2 sekian2 dari modal RM 1 dijual RM 10. Kismi yg dibaca surah2 tertentu dijual harga 10 kali ganda. Yg ini patuh syariah yg itu patuh syariah... selagi boleh diniagakan atas nama agama.

Agama kita teruk diekplotasikan oleh golongan agama samada tujuan peribadi atau politik. Kesemua ini berlaku kerana kita tiada ilmu dan tidak mahu belajar. Kemudian terlalu mengharapkan bantuan org lain sehingga mudah dipergunakan.

Nabi tu dijamin masuk syurga tapi masih berusaha dgn solatnya. Nabi org yg paling yakin dgn Allah apatah lagi baginda sendiri pernah melihat syurga dan neraka jika berperang tetap memakai baju besi. Baginda juga pergi berniaga utk nafkah keluarga... tiba2 kamu masuk parti dan taat membabi buta dijamin masuk syurga?

Moralnya Nabi pun berusaha sendiri. Tidak mengharap pengikut menghulurkan makanan. Tak mengharap perlindungan Allah semata mata jika berperang... usaha dan tawakal.

Berubah jgn kita menjadi pentaksub mana2 pemimpin atau parti. Salah tetap salah. Utk mencari kebenaran itu dari terus diperbodohkan cari ilmu. Membaca itu utk mencari makna dan  membaca itu utk membuka minda.
Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis

Wednesday, April 1, 2020

Untuk Yang Bergelar Suami.... Bertabahlah

" Suami itu macam Motorsikal. Makin lama makin banyak masalah, boros dan........makin susah dihidupkannya....

 hahahahahahahaha ..!!!
 *HARI INI HARI SUAMI SE DUNIA*

*LAKI-LAKI adalah ciptaan TUHAN yg paling KUAT*

Dia membina *MASA DEPAN* mereka sekeluarga dengan *hutang* dan membayar hutang.

Dia telah bersusah payah tapi masih selalu *dimarahi*,

 Bayangkan masih kecil di *Marahi Orang Tua*,

 Sekolah di *Marahi GURU,*

Kerja di *Marahi BOSS*,

Nikah di *Marahi  ISTERi,*

Tua di *Marahi ANAK CUCU*,

 Matipun masih di *Marahi  MALAIKAT*

Kehidupan dia berakhir hanya untuk *MENGALAH demi KEBAHAGIAAN orang lain*

Kalau dia keluar rumah, kata orang dia *MERAYAP*

Kalau dia tinggal di rumah, kata orang dia *MALAS*

Kalau dia marahi anak2, kata orang dia *GARANG*

Kalau dia tak marah, kata orang dia laki-laki *TIDAK TEGAS*

Kalau dia tak benarkan isteri bekerja, kata orang dia *MENGONGKONG*

Kalau dia bolehkan isteri
bekerja, kata orang dia *MAKAN GAJI ISTERI*

Kalau dia dengar apa kata ibunya, kata org dia *ANAK MAK*

Kalau dia dengar kata isterinya, kata orang dia *DKI* (Di bawah Ketiak Isteri)

Kalau dia banyak *MENOLONG* wanita lain yg memerlukkan, dikata *HIDUNG BELANG*

Kalau *TAK MAU TOLONG* wanita lain, katanya *KEJAM*

*Tapi di tengah segala macam tuduhan, dia tetap KUAT*

Kirim ke semua *LAKI-LAKI,* supaya mereka *TERSENYUM;*
dan kepada semua wanita, supaya mereka *SADAR,*

 bahwa *LAKI-LAKI PENCEN* itu masih *BERHARGA.*
● walau tenaga tak sekuat mana tapi masih ada kekuatan imannya
● walau harta tak sekaya mana tapi ada semangat jiwanya

*Selamat Hari SUAMI Sedunia*
Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis

Sunday, March 8, 2020

Antara Jentera Yang Pernah Dimiliki 2007-2020

Antara jentera2 yg pernah aku miliki sepanjang xtvt berbasikal semenjak tahun 2007 sehingga ke hari ini

2007..basikal yg pertama aku pakai.. aku pun dah lupa apa nama brand basikal ni
2009..basikal kedua.. Jenama ni pun aku dah lupa jenama apa.. 
2009..Jentera ketiga.. Jenama Polygon Trexia.. Setahun gaklah pakai jentera ni.. Tp terpaksa cari jentera baru sbab yg ni saiz dia tak sesuai ngan ketinggian aku.. 

2010..Jentera yg ketiga .. Jenama Merida Road Race 901.. Sepuluh tahun gak lah aku pakai jentera ni.. Banyak tempat aku dah sampai ngan jentera ni.. Genting Perez.. Bukit Antu.. Bukit Puyuh.. Bukit Ampang.. Langat.. Lekas Highway.. Nilai.. Putrajaya.. Cyber Jaya.. Bangi.. Mantin.. Lenggeng.. Broga.. Dragon Back Shah Alam.. Sungai Buluh.. Mana lg.. Banyak sgt lah geng tempat2 lain lg yg aku dah sempai ngan jentera ni.. Ngan jentera ni juga lah mcm2 event aku dah ikut serta.. Banyak berjasa dah jentera ni kat aku.. 
Pd owner baru dari Manjung Perak yg dah beli jentera ni.. Tak perlu modified apa2 lg dah bro.. Bawa balik n terus kayuh je.. Basikal ni telah dijaga dgn amat baik..Very well maintained bro walaupun dah lebih sepuluh tahun usia jentera ni.. 
Dan yg ini.. Jentera terbaru.. Jenama BMC Teammachine TMR02 Full Carbon.. Baru sebulan pakai.. Tak banyak tempat yg dah aku ditempuhi ngan jentera baru ni.. Slow n steady bro.. Pelan2.. Setakat ni baru layan Putrajaya PnR je.. Oklah geng c u next time 

Saturday, March 7, 2020

Adik Beradik


Jangan selalu lihat keburukan adik beradik sehingga lupa pada kebaikannya. Kerana adik beradik tetap adik beradik cuma dilahirkan berlainan nasib dalam hidupnya.

Ada yang susah ada yang senang, jangan kita bangga sekiranya kita lebih baik dari adik beradik yang lain kerana suatu hari nanti semua akan berbalik.

Jangan kita angkuh & sombong kepada adik beradik yang kurang bernasib baik kerana mereka yang akan tolong susah payah kita satu hari nanti tanpa kita sangka.

Jangan terlalu berkira akan harta & duit yang kita ada kerana harta & duit takkan kekal selamanya.

Pernah ka kita terpikir siapa yang angkat jenazah kita kelak??

Pernah ka kita terpikir siapa keluarga terdekat kita yang membungkus mayat kita kelak ??

Adakah harta boleh tolong kita ketika mayat dibungkus kelak? Tidak.

Adik beradik kita sejahat mana pun dia, dia takkan jijik menyentuh mayat kita walaupun dia hina buruk & jahat dimata kita.

Jangan terlalu benci akan adik beradik kerana adik beradik tetap adik beradik.

Berkatnya rezeki dari tali persaudaraan adik beradik.

Semoga kita selalu ingat siapa diri kita, kita hanya hamba yang hina dimata Allah.

Semoga kita dilembutkan hati dari perasaan benci kepada sesama adik beradik mau pun kepada manusia lain.

Aamiin Ya Rabbal Aalamiin
Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis

Wednesday, March 4, 2020

ISTERI


Kalau sakit hati sangat pun dengan Suami,

Jangan lupa ambil tangannya dan kucuplah tanda kita bersyukur dengan apa yang Allah beri.

Suami tak memerlukan maaf kita, tapi kita yang isteri sangat perlu kemaafannya.

Sebab apa?

Hanya dengan restu dan doa Suami, Allah meminta malaikat menjaga isteri dari keluar pagi hingga balik nanti.

Di pejabat, di tempat kerja, di jalanraya, Allah haramkan segala kejahatan dekat dengan isteri yang selalu meminta izin pada Suami.

Bukan soal siapa Suami, tapi soalnya, di sisi Allah, apakah yang ada pada Suami!

Saya hanya berpesan, sebelum Allah beri peringatan!

Terima kasih Wahai Para Isteri.

🌹🌹🌹

Tuesday, February 11, 2020

Perkongsian Ilmu

PERKONGSIAN ILMU UNTUK SEMUA..


*100 PERINTAH ALLAH PADA MANUSIA YANG TERCATAT DI DALAM QURAN.*


*1. Jangan berkata kasar.* 
(QS 3 – Ali Imran : 159)

*2. Tahanlah marah.*
(QS 3 – Ali Imran : 134)

*3. Berbaiklah kepada orang lain.* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 36)

*4. Jangan sombong dan Bongkak.*
(QS 7 – Al A’raaf : 13)

*5. Maafkanlah kesalahan orang lain.* 
(QS 7 – Al A’raaf : 199)

*6. Berbicaralah dengan nada halus dan bersopan.* 
(QS 20 – Thaahaa : 44)

*7. Rendahkanlah suaramu.* 
(QS 31 - Luqman : 19)

*8. Jangan mengejek orang lain.* 
(QS 49 – Al Hujuraat : 11)

*9. Berbaktilah pada orang tua (ibu bapa).* 
(QS 17 – Al Israa’ : 23)

*10. Jangan mengeluarkan kata yang tidak menghormati orang tua ( ibu bapa).* 
(QS 17 – Al Israa’ : 23)

*11. Jangan memasuki kamar peribadi ibu bapa tanpa izin.* 
(QS 24 – An Nuur : 58)

*12. Catatlah hutang-hutangmu.* 
(QS 2 – Al Baqarah : 282)

*13. Jangan mengikuti orang secara membabi buta.* 
(QS 2 – Al Baqarah : 170)

*14. Berikanlah lanjutan waktu bila orang yang berhutang kepadamu dalam kesempitan.* 
(QS 2 – Al Baqarah : 280)

*15. Jangan makan riba’/membungakan uang* 
(QS 2 – Al Baqarah : l

*16. Jangan melakukan sogok/ raswah* 
(QS 2 – Al Baqarah : 188)

*17. Jangan ingkar atau melanggar janji* 
(QS 2 – Al Baqarah : 177)

*18. Jagalah kepercayaan orang lain kepadamu* 
(QS 2 – Al Baqarah : 283)

*19. Jangan campur adukan kebenaran dengan kebohongan* 
(QS 2 – Al Baqarah : 42)

*20. Berlakulah adil terhadap semua orang* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 58)

*21. Tegakkanlah keadilan dengan tegas* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 135)

*22. Harta yang meninggal atau waris harus dibagikan kepada anggota keluarga ahli waris* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 7)

*23. Wanita memiliki hak waris* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 7)

*24. Jangan memakan harta anak yatim* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 10)

*25. Lindungi anak yatim* 
(QS 2 – Al Baqarah : 220)

*26. Jangan memboroskan harta dengan sewenang-wenang.* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 29)

*27. Damaikanlah orang yang berselisih* 
(QS 49 – Al Hujuraat : 9)

*28. Hindari perasangka buruk* 
(QS 49 – Al Hujuraat : 12)

*29. Mencatat perjanjian hutang piutang* 
(QS 2 – Al Baqarah : 283)

*30. Jangan memfitnah orang* 
(QS 49 – Al Hujuraat : 12)

*31. Gunakan harta untuk kegiatan sosial*(QS 57 – Al Hadid : 7)

*32. Biasakan memberi makan orang miskin* 
(QS 107 – Al Maa’uun : 3)

*33. Bantulah orang fakir yang berada di jalan Allah* 
(QS 2 – Al Baqarah : 273)

*34. Jangan menghabiskan uang untuk bermegah-megah* 
(QS 17 – Al Israa’ : 29)

*35. Jangan menyebut-nyebut tentang sedekahmu* 
(QS 2 – Al Baqarah : 264)

*36. Hormatilah tamu anda* 
(QS 51 – Adz Dzaariyaat : 26)

*37. Perintahkan kebajikan setelah kita melakukannya sendiri* 
(QS 2 – Al Baqarah : 44)

*38. Jangan berbuat kerusakan di muka bumi* 
(QS 2 – Al Baqarah : 60)

*39. Jangan menghalangi orang datang ke masjid* 
(QS 2 – Al Baqarah : 114)

*40. Perangilah mereka yang memerangi mu* 
(QS 2 – Al Baqarah : 190)

*41. Jagalah etika perang* 
(QS 2 – Al Baqarah : 191)

*42. Jangan lari dari peperangan* 
(QS 8 – Al Anfaal : 15)

*43. Tidak ada paksaan untuk memasuki agama Islam* 
(QS 2 – Al Baqarah : 256)

*44. Berimanlah kepada para Nabi* 
(QS 2 – Al Baqarah : 285)

*45. Jangan melakukan hubungan suami-istri di saat haid* 
(QS 2 – Al Baqarah : 222)

*46. Susuilah anak-anakmu selama dua tahun penuh* 
(QS 2 – Al  Baqarah : 233)

*47. Jauhilah zina di luar nikah* 
(QS 17 – Al Israa’ : 32)

*48. Pilihlah pemimpin dari yang bertaqwa. Pilihlah pemimpin berdasarkan ilmu dan jasanya* 
(QS 2 – Al Baqarah : 247)

*49. Jangan membebani orang di luar kesanggupannya* 
(QS 2 – Al Baqarah : 286)

*50. Jangan mau dipecah belah* 
(QS 3 – Ali Imran : 103)

*51. Renungkanlah keajaiban dan penciptaan alam semesta* 
(QS 3 – Ali Imran 3 :191)

*52. Lelaki maupun wanita mendapat balasan yang sama sesuai perbuatannya* 
(QS 3 – Ali Imran : 195)

*53. Jangan menikahi mereka yang sedarah denganmu* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 23)

*54. Keluarga harus di-imami oleh seorang lelaki* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 34)

*55. Jangan pelit atau kikir* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 37)

*56. Jangan iri hati* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 54)

*57. Jangan saling membunuh* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 92)

*58. Jangan membela ketidak jujuran atau kebohongan* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 105)

*59. Jangan bekerja-sama dalam dosa dan kekerasan* 
(QS 5 – Al Maa-idah : 2)

*60. Bekerja samalah dalam kebenaran* 
(QS 5 – Al Maa-idah : 2)

*61. Mayoritas bukanlah merupakan kriteria kebenaran* 
(QS 6 – Al An’aam : 116)

*62. Berlaku adil* 
(QS 5 – Al Maa-idah:8)

*63. Berikan hukuman untuk setiap kejahatan* 
(QS 5 – Al Maa-idah : 38)

*64. Berjuanglah melawan perbuatan dosa dan melanggar hukum* 
(QS 5 – Al Maa-idah : 63)

*65. Dilarang memakan binatang mati, darah dan daging babi* 
(QS 5 – Al Maa-idah : 3)

*66. Hindari minum racun dan alkohol* 
(QS 5 – Al Maa-idah : 90)

*67. Jangan berjudi* 
(QS 5 – Al Maa-idah : 90)

*68. Jangan menghina keyakinan atau agama orang lain* 
(QS 6 – Al An’aam : 108)

*69. Jangan mengurangi timbangan untuk menipu* 
(QS 6 – Al An’aam : 152)

*70. Makan dan minumlah secukupnya* 
(QS 7 – Al A’raaf : 31)

*71. Kenakanlah pakaian yang bagus di saat sholat* 
(QS 7 – Al A’raaf : 31)

*72. Lindungi dan bantulah mereka yang meminta perlindungan* 
(QS 9 – At Taubah:6)

*73. Jangan melaksanakan sholat dimasjid yang dibangun dengan kedengkian* 
(QS 9 – At Taubah : 108)

*74. Jangan pernah putus asa akan pertolongan Allah* 
(QS 12 – Yusuf : 87)

*75. Allah mengampuni orang yang berbuat dosa karena kebodohan* 
(QS 16 – An Nahl : 119)

*76. Berserulah/ajaklah  kepada jalan Allah dengan cara yang baik dan bijaksana* 
(QS 16 – An Nahl : 125)

*77. Tidak ada seorangpun yang menanggung dosa orang lain* 
(QS 17 – Al Israa’ : 15)

*78. Jangan membunuh anak-anakmu kerana takut akan kemiskinan* 
(QS 17 – Al Israa’ : 31)

*79. Jangan mengikuti sesuatu yang kamu tidak memiliki pengetahuan hukumnya tentang hal itu* 
(QS 17 – Al Israa’ : 36)

*80. Jauhkan diri dari perkataan dan perbuatan yang tidak bermanfaat* 
(QS 23 – Al Mu’minuun : 3)

*81. Jangan memasuki rumah orang lain tanpa seizin pemilik rumah* 
(QS 24 – An Nuur : 27)

*82. Allah menjamin balasan kebaikan hanya kepada mereka yang percaya kepada Allah* 
(QS 24 – An Nuur : 55)

*83. Berjalanlah di muka bumi dengan rendah hati* 
(QS 25 – Al Furqaan : 63)

*84. Jangan melupakan kenikmatan dunia yang telah Allah berikan* 
(QS 28 – Al Qashash : 77)

*85. Jangan menyembah Tuhan selain Allah* 
(QS 28 – Al Qashash:88)

*86. Jangan terlibat dalam perbuatan homosexual dan sejenisnya* 
(QS 29 – Al ‘Ankabuut : 29)

*87. Berbuat baik dan cegahlah perbuatan mungkar* 
(QS 31 - Luqman : 17)

*88. Janganlah berjalan di muka bumi dengan sombong* 
(QS 31 - Luqman : 18)

*89. Wanita dilarang mempamerkan diri* 
(QS 33 – Al Ahzab : 33)

*90. Allah berkehendak mengampuni semua dosa-dosa kita* 
(QS 39 – Az Zumar : 53)

*91. Jangan berputus asa dari pengampunan Allah* 
(QS 39 – Az Zumar : 53)

*92. Balaslah kejahatan dengan kebaikan* 
(QS 41 – Fushshilat : 34)

*93. Selesaikan persoalan dengan bermusyawarah* 
(QS 42 – Asy Syuura : 38)

*94. Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa* 
(QS 49 – Al Hujuraat : 13)

*95. Agama Islam melarang Rahbaniyyah atau mengkultus individukan para ulama* 
(QS 57 – Al Hadid : 27) 

*96. Allah akan meninggikan darjat mereka yang berilmu* 
(QS 58 – Al Mujaadilah : 11)

*97. Perlakukan terhadap non muslim dengan baik dan adil* 
(QS 60 - Al Mumtahanah : 

*98. Menginfakkan harta dan Hindari diri dari sifat kikir* 
(QS 64 – At Taghaabun : 16)

*99. Mohon ampunan kepada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang* 
(QS 73 – Al Muzzammil : 20)

*100. Jangan menghardik orang yang meminta-minta* 
(QS 93 – Adh Dhuhaa : 10)

*101. Berbuat Baiklah, Allah maha pencipta mengetahui setiap perbuatan*
(QS 14 - Ibrahim: 24-26)

*102. Allah memanggil manusia untuk masuk kedalam surgaNya*
(QS 89 - Al Fajr: 27-30)

*103. Allah menghapus kesalahan dan dosa manusia beragama Islam yang beriman dengan ajaran Nabi Muhammad*
(QS 47 - Muhammad: 2)

Friday, February 7, 2020

Siapalah Kita

😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭
lNGATAN KEPADA DIRI YANG LUPA TERMASUKLAH SAYA

*Bacalah pesanan in dengan mata dan hati*

*Jahat atau baik kita..*
*solat jangan ditinggalkan.*
*Solat bukan sebab kita baik.*
*Solat sebab perintah Allah.*
*Solat kita adalah lambang kehidupan kita...*

*Solat lah ...Kerana Allah menjanjikan Rahmat, kebahagiaan, keberkatan hidup & rezeki...*

*NABI saw tidak kagum dgn pangkat & kekayaan manusia.*
*Jika tidak, sudah pasti gunung yg hendak ditukarkan kpd emas tidak ditolak oleh BAGINDA...*

*Orang bekerja seronok kalau dapat bonus. Itu masa hidup....*

*Kalau dah mati...*
*Dapat anak tak tinggal solat itu bonus..*
*Dapat anak yg pandai Al Quran itu bonus...*
*Sedekah masa hidup itu bonus...*
*Ilmu yg di kongsi itu bonus...*

*Sehebat mana pun kita...kita tetap akan mati....*
*Sehina mana pun kita...kita tetap akan mati...*
*Takut mcm mana pun dengan mati...tetap akan mati...*
*Berani mcm mana pun ...tetap akan mati*
*Sayang Macam mana pun kita dengan Kehidupan Ini...tetap akan mati...*
*Hakikat hidup di dunia Ini adalah kematian di akhirnya....*
*Mati itu pasti...*
*Sakaratul maut itu pasti...*
*Alam barzakh itu pasti...*
*Ingat mati ...*
*Renungkan Saat sendirian setelah mati. Lenyaplah sangkaan buruk kepada sesiapa pun....*
*Kita tak bawa segunung harta setelah mati.* 
*Kita tak bawa sijil tertinggi yg kita Ada.  Kita hanya mengharap Rahmat Allah Tuhan sekelian alam.....*

*Teruslah melangkah,*
   *selama engkau*
*di jalan yang baikk*

*Meski terkadang kebaikan*
   *tidak sentiasa dihargai*

*Jangan menjelaskan tentang*
  *dirimu kepada siapa pun*
*kerna yang menyukaimu tidak*
  *perlu tahu tentang semua*
*kebaikan yang kamu lakukan*

*Dan yang membencimu tidak*
  *percaya tentang kebaikan*
     *yang masih ada pada dirimu*

*Hidup bukan tentang siapa yang terbaikk*
  *tapi tentang siapa yang mahu berbuat baikk dan sentiasa memperbaiki diri*

*Hari ini dan semalam*
    *adalah hari yang berbeza*

*Pintu taubat sentiasa terbuka*
   *untuk hamba-hambaNya*

*KITA BUKAN SIAPA-SIAPA*
  *UNTUK MENILAI SIAPA-SIAPA*
Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis

Thursday, February 6, 2020

Catatan Buat Anak Perempuan

Saya rasa posting ini bermanafaa'at...

Saya terima posting berikut di wahatsapp group surau saya. Di hujung posting ini dinyatakan: SHARE JIKA ANDA RASA POSTING INI BERMANAFAAT.
..........

Hawa : Assalamualaikum..mak.  Ni ikan yang emak pesan, nak letak kat mana.?

Ibu : Seekor letak bawah tudung saji, seekor lagi letak je dalam pinggan atas meja.

Hawa : Baik mak.

Tak lama selepas tu datang seekor kucing makan ikan di atas meja. Si ibu hanya melihat sambil tersenyum.
Datang si Hawa lalu terkejut..😳

Hawa : Ibu.!! Kucing makan ikan atas meja, kenapa ibu tak halau.

Ibu : (sambil tersenyum) Kenapa nk halau..??

Hawa : Ye..lah, kucing makan ikan yang Hawa beli tu.

Ibu : Biarkan lah, Hawa yg tak tutup ikan tu, bukan salah kucing. 
Dia nampak "rezeki",  jadi dia makan lah.

Hawa : Ibu yang suruh letak mcm tu atas meja, Hawa ikut je..hhmmmmmmm.

Ibu : Hawa, ibu saja je nk suruh Hawa letak ikan mcm tu, kucing tu pun ibu yg bagi masuk.

Hawa : Tapi kenapa..??

Ibu : Dalam hidup ni kita dibagi pilihan. Tapi apa pilihan yang kita ambil, itu kita yg tentukan.

Hawa : Hawa tak paham lah ibu.

Ibu : Kucing itu seperti lelaki (sambil melihat kucing yg tgh sibuk mkn..nyum nyum) dan ikan itu pula ibarat Hawa.

Hawa : Hahahaha..tapi apa maksud ibu..??

Ibu : Hawa beli 2 ekor Ikan, seekor ada bawah tudung saji, elok tak terusik pun oleh kucing, nampak pun tak.
Seekor lagi yg tengah sedap di ratah kucing. Nak marah kucing tu pun tak boleh jugak sebab Hawa yg letak terdedah macam tu. Hawa, Hawa anak ibu selama ini ibu lihat Hawa berpakaian ketat, tudung jarang² pakai.
Hawa sedar tak yg banyak mata lelaki memerhati yang cuba ambil peluang untuk "meratah"  Hawa. Andai takdir Hawa seperti ikan yg diratah kucing itu, ibu marah  "kucing" yg dah meratah pun tak guna sebab Hawa sendiri tak jaga apa yang sepatutnya Hawa jaga. Masa tu Hawa sesal pun dah tak guna.

Hawa: Ibuuu 😔..

Ibu : Ibu tak nak marah anak ibu sebab anak ibu syurga ibu, jadi ibu tunjuk dengan cara ni, ibu harap Hawa paham apa yg ibu nk tunjukkan.
Kita kaum wanita, kalau tak jaga diri dan kehormatan diri, jangan marah kalau ada yang ambil kesempatan sebab kita yg bagi peluang.

Hawa : Ibu..maaf kan Hawa sebab buat ibu sedih, mulai hari ini, Hawa akan berubah.
Sebab Hawa nak ke syurga Allah dengan ibu..
Sayang ibu..

SHARE JIKA ANDA RASA POSTING NI BERMANFAAT
Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis

Saturday, February 1, 2020

White Steel vs Black Panther


Dah tiba masanya aku ucap kan selamat tinggal pada White Steel aku ni.. Hampir 12 tahun ko dah berkhidmat ngan aku.. Macam2 kenangan Memori aku ngan ko.. 
Disebabkan faktor usia aku terpaksa cari yg baru.. Walaupun dah ada yg baru.. Ko tetap yg terbaik.. Mana tempat aku tak pernah bawa ko.. Blh kata semua tempat favourite para riders aku dah bawa ko.. Terima kasih atas perkhidmatan selama 12 tahun yg diberikan.. 😭😭😭

Tinggal kenangan.. 

Yg terkini.. Black Panther full carbon.. Harap ko dpt bg perkhidmatan terbaik utk aku.. 
Aku bukan nak berlumba tp nak jaga kesihatan.. Apa2 pun majulah sukan untuk diri kita sendiri.. 

Monday, January 6, 2020

Sekadar Peringatan

Tlg baca walau sesibuk mana..motivasi yg sgt hebat..masya Alla. Bacalah cukup menginsafkan
LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB...

Tulisan Dato Roslan Abd Hamid

Saya jumpa lelaki tua ini umur 70han Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid Baca al Quran..

Rumah sgt besar  dkt dgn masjid. Sangat kaya
Ada bangunan komesial bernilai dlm RM 35 juta..
Pendapatan kutip sewa dlm RM70k sebln.Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah & infaq..
Dia tenang bersendirian melayani anak cucu..

Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak..
Katanya malu. Sya minta 1 formula, dia beri 10.
Saya catat & mahu kongsikan..
1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab, terus termakbul. Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka selalu.

2. Jaga masa. Ia datang & berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat dan Atur kerja dgn sebaik cara. Berada di masjid, sebelum azan..
Masuk waktu, terus lah solat.. Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki..

3. Berdoa dgn khusyuk. Berserah pada Allah & bertawakal lah. Allah tahu apa yg terbaik utk kita..

4. Namun begitu, kena lah berusaha. Usaha pagi ptg siang & mlm. Usaha lah bersungguh2..
Usaha sampai dpt. Kalau tak dpt, usaha yg lain pula. Adakan masa utk baca  Al-Quran.

Maka dia pun nasihatkan saya..
"Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dgn memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran. Jadi jika membaca surah Al-Ikhlas 3 kali, mendpt ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran. Lelaki tua itu tidak berhenti baca surah al Ikhlas..
Kadang2 sampai 1000 kali sehari..

5. Jaga Kesihatan. Banyak kan berjalan kaki..
Banyaknkan minum air masak atau air mineral..Jaga pemakanan..

6. Hidup kena buat target & kena ada wawasan..
Ikat perut & usah membazir..
Makanan & minuman mesti lah dihabiskan..
Usah berlagak org kaya, padahal kita teman pada syaitan..
Sentiasa lah belanja org mkn & minum..
Apabila mkn di kedai yg kecil,  perhatikan kebersihan kedai itu. Apabila bersih masuk..
Disitu kita akan temui ramai org susah..
Belanja mereka mkn & minum..

7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jln...
Apabila dlm perjalanan, berhenti. Cari lah masjid..
Apabila di rumah, tutup pintu rapat2. Malam, buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk..
Pastikan semua teratur sebelum tidur..
Gunakan waktu antara maghrib & isyak utk tuntut ilmu agama. Boleh dgr org mengajar dan juga baca kitab..

8. Usah takut jumpa org. Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri..
Usah pakai posmen apabila depani soal penting..
Biar kita merangkak panjat bangunan..
Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan..
Yg penting, sampaikan dgn tgn sendiri..

9. Balik mlm, usah cakap penat, usah cakap letih..
Usah cakap sakit. Apabila sakit, senyum..
Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga. Siapakah dlm dunia nie yg tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina..
Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW..
Namun, baginda ajar kita utk maafkan semua org..

10. Niat kan mahu kaya..
Niat kan mahu bantu ramai org..
Niat mahu jadi manusia berguna..
Niat itu macam tulis surat..
Dulu tiada internet, mcm tulis surat lah..
Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul2.. .

Share lah digroup lain...ayuh kita istiqamah dlam amalan kebaikan...yang baik jadikan qudwah yang buruk jadikan dakwah...bersama amar maaruf nahi mungkar.

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم                                                                                 MUHASABAH HARI INI... KEISTIMEWAAN MANUSIA BERNAMA IBU

1.    Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu2 jangan jatuh air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Biarlah Ibu menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

2. Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka Ibu/anak, sebab wajah orang tidur akan menmpakkn segalanya

ADA 3 MATA YG TIDAK DIJILAT API NERAKA..

» Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
» Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air mata.
» Memandang wajah Ibu yang sedang tidur / sedar hingga berlinangan air mata.

3   Orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur.
» Anak
» Ibu
» Suami / Isteri

1. Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada Ibu/bapa.

2. Barang siapa yang tidak men-doakan ibu/bapa selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibu/bapanya hidup dia tak pernah menderhaka.  Maksudnya jika ibu/bapa masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakannya.

3. Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakanlah Ibu/bapa kita yang telah tiada.

4. Ketika melalui kubur, perlahankan kenderaan (jika sdg menaiki kndraan) dan beri salam, mereka akan doakan kita “berkatilah si pulan ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini”  Jadi, jangan lupa bagi salam.

5. Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.

6.    Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.

7. Jika mak ayah kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada perntukan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.
“Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibu/bapaku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibu/bapaku”.
Itu yang yang buat ibu/bapa kita bahagia di sana.

8. Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah Ibu/bapa kita baru kita ringan tangan nak ber-sedekah.

9. Allah panjangkan usia Ibu/bapa supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak2nya.  Jagalah mereka dengan baik Insyallah, syurga balasanya.  Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebut-lah menjaga ibu/bapa kita.  Besar sangat pahalanya.

10. Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk mmbersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

"Yaa Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.... Orang Yg M'baca Ini Adalah Org Yg Baik & Setia, Kuat‥
Sabar Sayangilah Dia Serta Kasihilah Dia‥
Tolong Bantu Tingkatkan Kehidupannya‥
Mudahkan Rezekinya‥ Sihatkan Tubuh Badannya. Jika Dia Melangkah, Selamatkanlah Dia, Mudahkan Langkahnya‥ Aaminn…

Kongsi lah dengan org2 yg kamu sayang, saudara mara dan sahabat2 kamu!!!
🤲🤲🤲