Saturday, October 24, 2020

Ayah

 


Ayah memang garang... ayah memang tegas..
Kalau ayah tenung je, dah tak tentu arah dah kita.. Pada aku ayah tak sayang aku..
Ayah selalu sebat aku dengan rotan dan tali pinggang.. Kadang-kadang aku rasa macam aku ni beban dan ayah tak sayang..
Tapi mak selalu pujuk aku.. mak cakap; 
"ayah tu sayang kamu.. semua tu sebab kamu tu nakal sangat"
Tapi aku tetap cakap.. ayah tak sayang aku.. ayah jahat!

Bila aku nak duit, ayah selalu cakap dia takde duit.. Tapi aku tak tahu, senyap-senyap ayah bagi mak duit suruh bagi kat aku..
Pada aku, mak la hero aku... sebab mak sayang aku.. Apa je aku nak makan, ayah akan carikan.. Tapi aku tak tahu, ayah sendiri tak makan kat tempat kerja sebab nak jimat duit untuk keluarga dia.. Pada aku, mak yang bersusah payah kat rumah siapkan semua makanan untuk kami.. Pada aku, mak la yang buat semua ni..

Bila aku dah besar, ayah tak pernah tanya macam mana aku belajar.. ayah pun jarang tanya khabar.. Tapi aku tak tahu, semua tu mak dah cerita dengan ayah.. setiap hari ayah tanya mak.. Pada aku, ayah tak pedulikan anak..
Sebab tu aku lebih selesa cakap dengan mak..
Bila aku balik rumah, soalan pertama aku;
"Mak.. ayah mana mak?"
Bila dah tau, aku diam je.. Aku tak cari ayah peluk cium tunjukkan rindu aku pada dia.. 
Aku lebih suka berbual dengan mak..
Manja-manja baring atas riba mak.. 
Tapi aku sikit pun tak perasan.. ayah tengok dari jauh sambil dalam hati dia cakap;
"Besar dah anak aku.. Ayah sayang sangat kat kamu, nak.."

Macam adik perempuan aku pulak..
Bila dia dah kawen, dia dah ada lelaki lain..
Pada dia, ayah dah tak penting dah..
Kehidupan dia sekarang dah berubah..
Tapi dia tak tahu, ayah setiap hari hatinya berbisik.. "Adakah anak aku dijaga dengan baik? Adakah anak aku yang aku sayang ni dipukul atau dijentik?"

Bila balik kampung, aku akan peluk dan cium mak.. Tapi aku tak peluk ayah.. aku cuma salam cium tangan dia je.. Aku tak tahu apa yang ayah rasa.. Pada ayah; Takpe.. anak aku dah jadi besar.. dia malu nak peluk ayah dia.. walaupun ayah memang nak pelukkan anaknya..  Anak bujang aku dah dewasa.. dia malu kalau orang nampak nanti cakap apa...Takpe.. mak dia wangi pakai bedak.. ayah ni busuk bau hapak... Takpa.. bila dia peluk cium mak dia, sama je la macam dia peluk cium ayah dia...

Aku tak pernah nampak ayah menangis..
Aku selalu nampak ayah serius je.. Senyum pun susah... Tapi aku tak tahu hati ayah menahan rindu macam nak pecah..

Kenapa aku hukum ayah?
Kenapa aku buat ayah macam sampah?
Kenapa aku selalu membantah?
Kenapa aku selalu fikir ayah tak sayang sebab ayah selalu marah?

Sekarang ayah dh pergi.. 
dan yang pasti tak kembali..
Aku rasa terhutang..
Aku rasa kehilangan..

Ayah...
Anakmu ini terlalu sayangkan ayah..
Anakmu ini rindu sangat kat ayah..
Anakmu lupa dulu ayah yang paling gembira bila aku lahir..
Anakmu lupa ayah yang banyak berkorban biarpun anakmu ini tak pernah cakap terima kasih dari bibir..
Anakmu ini lupa dulu ayah selalu peluk, cium dan dukung aku... lupa yang dari kecik aku ditatang..
Anakmu ini lupa ayah garang sebab nak anak dia ni jadi orang...
Ampunkan aku ayah...
Maafkan aku ayah...
Aku banyak dosa dengan ayah...
Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis. 

Wednesday, September 30, 2020

 
Dua Insan tersayang yg mempunyai tarikh lahir yg sama walaupun umur nya berbeza..
SELAMAT HARI LAHIR BUAT EMAK DAN ISTERI TERSAYANG. 
MUDAH2AN TUHAN MEMBERIKAN KEMURAHAN REZEKI DAN KESIHATAN YG BAIK2 DAN BERPANJANGAN.. 

Saturday, September 19, 2020

Kaedah Pembahagian Faraid Simpanan KWSP

 KISAH BENAR KWSP 🌿


Ramai isteri fikir bila suami dah letak nama mereka sebagai penama KWSP, jika apa-apa berlaku pada suami semua duit dalam akaun KWSP adalah milik isteri.


Sebenarnya harta tadi perlu dibahagi mengikut kaedah faraid. Penama KWSP hanya sebagai pemegang amanah.


1) Ayah si mati - 1/6

2) Ibu si mati - 1/6

3) Isteri - 1/8

4) Baki akan dapat pada anak-anak. Anak lelaki dua bahagian dan anak perempuan satu bahagian.

5) Jika tiada anak lelaki, maka baki harta akan ke ayah. Dan sekiranya ayah tiada, makan adik beradik seibu sebapa atau sebapa turut layak dlm bahagian pusaka.


Contoh :


Suami tinggalkan RM100,000 duit KWSP. Ada seorang anak lelaki dan perempuan.


1) Ayah = RM16,666

2) Ibu = RM16,666

3) Isteri = RM12,500

4) Anak lelaki = RM36,112

5) Anak Perempuan = RM18,056


Jadi apa guna ada penama?


Penama KWSP ini akan bertindak menjadi wasi/pentadbir yang berkeupayaan untuk mengurus pengeluaran dan pembahagian KWSP. Pembahagian seharusnya mengikut faraid.


Mudah-mudahan selepas ini kita faham yang duit dalam KWSP bukan milik isteri atau pasangan kita sepenuhnya.


Kredit FB:

AREENA A.RAHMAN

PerundingMyPusaka

Saturday, September 5, 2020

Sekadar Perkongsian

 Sering dilihat seorang isteri marah² kepada suami kerana sang suami tak mampu memenuhi keinginan sang isteri.


Sering juga dilihat seorang anak bercakap kasar pada ayahnya kerana sang ayah tidak mampu membelikan apa yg sang anak mahu.


Tidak seorang pun ketua keluarga yg tidak ingin melihat keluarganya bahagia.


Sebelum engkau marah kepadanya, lihatlah dan renungkanlah apa yg telah dilakukan oleh seorang suami.


Betapa suamimu sudah bekerja keras membanting tulang demi memenuhi keperluan keluarganya.


Tahukah kamu kalau suamimu mungkin sering dicaci maki bossnya?


Tahukah kamu kalau suamimu mungkin sering mendapat hinaan di luar sana?


Tahukah kamu mungkin suamimu bahkan baru saja mempertaruhkan nyawanya demi dirimu dan anak² mu.


Tahukah kamu kalau suamimu mungkin sering menahan lapar supaya boleh pulang membawa wang?


Sebelum engkau bermasam muka padanya, Hitunglah dulu telah berapa juta titis keringat engkau peras dari tubuhnya.


Sebelum engkau marah padanya, Tataplah lekat² matanya, mungkin tanpa kamu sedari mata itu telah banyak mengeluarkan air mata demi melihat dirimu tersenyum


Ketahuilah.. Bila sampai hari ini dia belum mampu memenuhi segala keinginanmu, itu hanya kerana faktor keadaan.


Untuk para ayah di mana pun berada.. Semoga lelah mu menjadi berkah, Amiin ya Allah..

Tuesday, September 1, 2020

Kayuhan Merdeka 2020

Kayuhan Merdeka 2020..mula2 plan nak naik Genting Sempah.. Last minute terpaksa cancel.. Akhirnya layan Lekas Highway je.. Dapat lah 45km ngan average 28.6km





Thursday, August 20, 2020

Salam Maal Hijrah

Selamat menyambut tahun baru Awal Muharram pada semua sahabat2
dan pada semua blogger2 di seluruh dunia. Mudah2an pada tahun baru kali ini kita semua akan lebih sukses dan mudah2an diri kita akan lebih dekat pada Yang Satu. Dikesempatan ini juga sy ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Maal Hijrah dan sekiranya selama sy berblogger ini ada antara tulisan2 sy yg menyinggung perasaan para pembaca blog sy ini.. Sy dengan perasaan rendah diri memohon seribu kemaafaan. Maaf Zahir Batin

Wednesday, August 19, 2020

Kayuhan Genting Sempah Janda Baik

Date - 16 Aug 2020
Route - Gombak Bt12 - Genting Sempah - Janda Baik 
Distance - 70km
Average Speed - 23km
Riders - Nizam.. Faizal.. Azmir.. Nurul.. Mohan
13 tahun dah kayuh.. 16 Aug tu hari first time kayuh turun sampai Janda Baik.. Tough ride lah bro.. Santai2 ada seronok ada sengsara pun ada.. Cuaca cantik masa mula start kayuh.. Bila turun janda baik tengah breakfast tiba2 lak ujan.. Masak aku ni.. Peha dah sejuk rasa tak sedap nak cramp pun ada.. Reda je ujan start kayuh naik ke GS balik.. Peha dah rasa nak cramp.. Yg paling sengsara bila sampai RNR Genting Sempah last bukit nak daki peha start nak cramp.. Gua bonk bro dlm 100 meter sebelum sampai puncak RNR GS.. First time menolak... Gua bonkkk... bonkkk... bonkkk bro...
Overall ride yg ni paling tough selamat 13 tahun aku kayuh basikal.. Yg tough masa turun GS nak ke JB.. Ketinggian pendakian dia menegak gila bro.. Aku dah terfikir apa tegak gila naik bukit ni.. Tp best bro.. Tu lah antara cabaran Dan dugaan bila kita berbasikal.. 
Malas nak celoteh banyak2.. Layan je lah apa yg ada kat bawah ni.. 









Ok bro.. Hope 2 c u next time.. Assalamuallaikum..

Kayuhan Birthday Ngan BCT Bursa Cycling Team

Date - 15 Aug 2020
Route - Putrajaya-Cyberjaya 
Distance - 60km
Average - 28km
Riders - Nizam.. Azmir.. Nurul.. Ejat.. Cik Azman.. Faizal
Layan jelah bro gambar2 kat bawah.. Kayuhan ni pun sempena birthday Cik Azman kita.. 












Terima Kasih pada Cik Azman kerana belanja kita orang breakfast Dan Selamat Hari Lahir buat Cik Azman.. 

Wednesday, August 5, 2020

Sekadar Perkongsian Untuk Kaki Kayuh

Nak bagi kaki sedap kayuh..... 
Saya dpt tip nie dri sifu saya khairul fazlee
Bekas pelumba pahang.... 
Terima kasih sifu..
Dan saya masih dalam proses belajar... 

Bukan basikal Cannondale je sedap.. Semua basikal yang berjenama pro.. 
Semua dicipta untuk sedap berkayuh. Menentukan sedap kayuh ni banyak plak kaitan dia.. 

antaranya:

1. Fitting kena tepat. Jgn kayuh terlalu tinggi.
2. Kasut jenis apa.
3. Jenis rim dan jenis tayar.
4. Latihan mcmane?.. E1, E2, E3, E4, Vo2 Max..

Jangan asik kayuh santai je.. Sebab sistem badan kita beransur maju setiap masa..

Kayuh santai ni kalau ikut sistem latihan.. 
Dia disebut E1.. 
Endurance 1. Semasa kayuh santai.. Ajar kaki kayuh cadence 100rpm.. Guna gear light. 
Bab jauh kilometer plak.. Ikut kemampuan kita..

Dari hari ke hari E1 kita ni akan semakin laju.. Kita dah tak terasa nak guna gear light lagi. Kita mesti akan guna gear berat.. Dan semakin berat.. Tetapi kayuhan tetap sama 100rpm.. Itu lah E1..

Pusingan kayuhan tetap sama.. Cadence 100rpm. Tetapi kelajuan meningkat. Dari 25kmj.. Skrg kita dah boleh kayuh 35kmj..

Jarak plak meningkat.. Dari 10km.. Kepada 100km.. Bermula dengan E1..
Dalam sukan berbasikal.. Semua orang boleh kuat.. Kalau dia terusan berkayuh.. Sebab dengan berkayuh ni automatik akan bina otot kaki.. Cuma cara berkayuh tu mesti ikut sistem. 
masuk gym 2x seminggu..

Rider yg kuat dia tarik lama dan konsisten.. Bukan tarik laju tapi sekejap..🕵
Tarik lama dan laju..
 Meter cadence ni dia ada sensor kt rodan dan kat pengayuh krank arm.. 
Sensor ni akan kesan pusingan kayuhan berapa pusingan seminit.. 
Run per minutes.. RPM..
 Masa kayuh.. Meter dia ada 2 petunjuk.. 1 petunjuk kelajuan roda.. 1 lg petunjuk kelajuan kaki kita yg mana sensor dia letak kt krank arm.. Rpm. Tengok pd kelajuan rpm je.. Pastikan kaki kita 100rpm masa kita kayuh.. Pakai la apa gear pun.. Kelajuan rpm kekalkan 100rpm.. Ajar kaki kita kayuh dgn kelajuan kaki 100rpm.. Bukan kelajuan basikal.. Kelajuan basikal akan beransur laju bila kita tukar .
Acu tgok rider2 mtb pro malaysia.. Hehe.. Awi ke.. Sapa2 la.. Tgok masa dia kayuh.. Kaki dia kencang je.. Light je. Dia naik bukit ke.. Atas jalan raya ke.. Sbb apa..

Sbb dia dah terikut2 dgn sistem kayuhan cadence.. Dlm offroad ni x ada undang2 atau sistem.. Pakai bedal je.. Tp bila dia dah kayuh lama.. Kaki dia mesti nak ligat ikut cadence..
E1 tu kita settle doh..
 E1 ni sistem dia berkait dgn kadar penggunaan jantung.. Sistem kardiovaskular..  Pengambilan oksigen.. Air dalam badan.. Semua berkait..
 Kadar % penggunaan jantung dlm kayuhan..
 Berkait dgn formula 220-umur..
Kwe umur 20 tahun ni.. Hehe.
Formula : 220-20 = 200

200 tu adalah paling maksima 100% kadar penggunaan jantung kawe.. Jangan lebih dari tu..
 Katakan hari ni koi kayuh sejauh 100km.. Dgn kadar % penggunaan jantung 60%.. Kira % penggunaan jantung kwe..?.. Semua rider kena tahu ni.. Hahaha.. Sapa ble jawab..? 😄😄
60% x 200hr. Kadar penggunaan 60% jantung kawe ialah setakat 120 heart rate sje.. Sbb 200hr adalah maxsima..

Jd spanjang 100km tu.. Koi hanya ble guna hr koi setakat 120hr sje..

Itu la E1.. 😄😄😄
Koi tanya ni.. Jawab lu..

Umur ko skrg brpe tahun?
Ok.. Formula dia..

220-39 = 181..

181 ni adalah maxima ko punya degupan jantung.. Jangan lebih dari 181 hr ni..
 Rehat dlm keadaan berkayuh.. Slow kan balik kayuhan tu.. Jgn terus berenti... Lg bahaya..
 Bila kita rasa jantung kita berdegup terlalu kencang sampai nafas tercungap2.. Bermaksud otot pd jantung kita kurang terbina..

Contoh masa panjat bukit. Kalau rasa mencungap. Cepat2 slow kan kayuhan.. Easy ride balik.. Tukar gear ringan.. Tp jgn berenti tiba2.. Bawak bertenang balik. Biar jantung reda dlm 5-10 minit sambil kayuh.. Kemudian mulakan balik..

Tp kalau jantung kita fit.. Bermakna otot jantung dah terbina.. Degup pd jantung kencang.. x terasa sangat..

Cara nak bina otot jantung.. Bg jantung kuat ialah dgn E1 je.. Kayuh jauh slow.. 25-30kmj..  Tu je..
 Air kena minum banyak.. Spya oksigen dpt diserapkan ke seluruh tubuh..
 Oksigen yg lalu di bawah kulit kita ni lah yg hasilkan peluh..
E1.. Semasa Aktiviti sentiasa perlukan oksigen Dan air..

Vo2 max.. Semasa aktiviti x perlu oksigen.. Lepas aktiviti baru tercungap2 ambil oksigen dan air..
 Minum air banyak sebelah malam.. Bg dia serap.. Esok pg masa kayuh.. Badan kita cukup air..
 3 hari sebelum event.. Minum air banyak sebelah malam..
Tp kalau mlm kita kurang minum air.. Esok pg badan kita ibarat beteri kurang air..
 Kalau event.. Makan power bar sebelum kayuh.. Kemudian setiap sejam makan power gel.. Tolak dgn air..
 Bajet la.. Kalau event 5 jam.. Bawak power gel 4 tiub..
 Lepas kita buat semua latihan.. E1-E4.. Last sekali vo2 max.. Vo2max ni menentukan ketahanan tahap tinggi degupan jantung kita..

Latihan dia.. 200 meter Sprint.. Pacing paling maxima.. Naik bukit dlm keadaan laju.. Ujian masa individu..

Masa tu baru kita boleh guna 100% kadar degupan jantung kita.. Ikut umur td..

Tp latihan E1-E4 kena buat dulu bg otot jantung kita terbina dan tahan..
 Latihan E1-E4 ni.. Sebenarnya ajar sistem kardiovaskular kita bersedia ambil nafas. Kuar nafas dlm keadaan laju.. Bina Otot jantung..  Baru kita x penat bila kita buat latihan v02max..
 Sejam.. Kompom mat sayur tinggal.. Hahaha... Tp buat latihan cadence terus.. 😎😎
 Mtb.. 38x  Maintain speed 30-34kmj.. Beli meter cadence.. Kalau nk tepat..
Kaki kena light..
Jgn kayuh lembab
 Ok dah tu.. Cuma tingkatkan gear secara beransur2..
 Kayuh jgn tinggi. Mksudnya skrg pakai 38x19. Akan dtg pakai la plak 38x17.. 15.. Kayuh ikut inseam..
Tp beransur2

 Mtb.. Dpt kan kelajuan.. 35kmj maintain... Sejauh 60-80km.. Jgn jatuh..

 Kalau ko ble buat.. Podium ko punya.. Hehe. Tp mtb ni dlm hutan bukan laju.. Bnyk sgt rintangan.. Akar kayu la.. Bukit la. Sungai la..

Itu dah E2 - E3...

 35kmj maintain... Sejauh 60-80km.. Jgn jatuh.

 40kmj maintain... Sejauh 60-80km.. Jgn jatuh.

E3.. Interval training.. Latihan mengejar.. 5 minit - 10 minit.. Kadar penggunaan jantung 70% x formula umur..

E2.. 35-40kmj maintain... Sejauh 60-80km.. Jgn jatuh. Kadar penggunaan jantung 70%.. Lebih kurang..

Vo2 max masa last finishing...

 E4.. Ujian masa perseorangan.. Kadar jantung 80% dari formula umur

E3.. Interval training.. Latihan mengejar.. 5 minit - 10 minit.. Kadar penggunaan jantung 70% x formula umur..

E3.. Banyakkan kejar motor.. Lepas.. Kejar lg.. lepas.. Ulang 5-6 kali. Sesekali cangkuk motor.. Hehe
🏍........................🚴💨
Nk tahu kita punya vo2max ni.. Kena pegi kt msn.. Kt sana ada mesin dia..

 Ko kayuh sambil buh salur oksigen kt mulut..

 Ko x akan dpt tahap vo2max tu dlm masa sehari

 Kayuhan guna basikal x bergerak..

Ko kena paham mcm ni..

Latihan E1 ni untuk bina otot jantung.. Sampai kita boleh tukar latihan kita ke E2..

Untuk rider baru E1 Kena ambil masa 1-2 bulan. Kalau rider lama.. Buat latihan E1 ni seminggu sekali.. Contoh hari isnin..

 Rider yg dah lama kayuh.. Mcm2 otot dlm bdn dia dah terbina.. Cuma bertahan untuk kayuhan yg lama je dia mungkin x boleh..

 Walaupun ko org lama.. Tp kalau ko lama x kayuh.. Ko kena buat latihan E1 dulu..

 Jgn campur aduk kan semua latihan ni dlm satu hari.. Satu masa.. Sbb latihan ni bergantung kpd keupayaan jantung kita.

E1 ko x buat.. Tp Ko pi blasah E2.. E3.. E4.. Hari tu ko ble la buat.. Tp esok.. Lusa.. Ko semakin x bertenaga.. Badan ko x bermaya.. Letih..

 Esok lusa.. Mula lah dah tak nak  kayuh.. Nak rehat.. Otot sakit la.. Latihan ni kena pelan2.. Step by step..
Ko follow grup meroket tu.. Dah kira latihan E2..

Cuma kalau ko terputus.. tertinggal kat blakang.. Tak dapat kejar.. Sebab grup laju.. Bermakna E1 ko tak cukup lagi... Ko x boleh joint latihan E2.. Sbb otot ko belum bersedia.. Itu kalau terputus..

Banyakkan latihan E1 semula. Pegi jauh balik.. Dengan kayuh cadence.

selamat mencuba...... 

#masihbelajar
#tunjukajarkusifu
Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis 

Sunday, July 19, 2020

Ilmu Ketika Di Hutan

ANTARA ILMU HUTAN YANG PERLU DIKETAHUI

1. Lumut taik kera. Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat dekat dengan air terjun atau sungai (macam kes saya kat Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda bercahaya warna hijau ala² benda yang pendarcahaya. Benda yang bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa², bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dengan sedikit bantuan cahaya dari bulan bintang. Yang bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat, ikut je laluan ni diwaktu malam, insyaAllah tak langgar pokok.

2. Ular tedung. Kalau terserempak dengan ular masa dalam hutan, jangan buat gerakan mengejut stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah² bagi ular tu kembang penuh dengan ranting kayu dan berundur perlahan-lahan. - belajar dari orang asli.

3. Kera / lutong dan spesis yg sama. Spesis kera takkan lari bila kita libas dengan sebatang ranting kayu, in fact dia lebih lincah dari gerakan ranting kita. Untuk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang dan hayunkan kat kera tu baru dia lari (rasionalnya, ranting + daun yang kembang tu nampak lagi besar dari sebatang ranting) - belajar dari askar.

4. Harimau. kalau memancing dalam hutan, sedangkan dalam hutan tu bunyi penuh dengan unggas serangga, tiba² hutan tu jadi sunyi sepi, biasanya ada haiwan sedang mengendap terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dengan bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. - belajar dari orang asli.

5. Beruang madu. Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yang kecil tu, sekerat pinggang dengan dada warna jingga), kalau terserempak, kita yang perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. -belajar dari orang asli.

6. Kepala air. Kalau berkhemah di tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian / kawasan yang pokoknya besar. Tandakan satu batu yang besar, kalau tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu. - belajar dengan kaki pancing.

7. Tanda-tanda kepala air. Kalau hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dari dalam perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda² lain yang kita perlu tengok ialah kehadiran buih² putih kat tempat tak berbuih (kalau kat tempat air jatuh for sure ada buih) maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih2 halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dari arus atas. Lepas itu, akan ada daun hanyut, barulah ada perubahan warna air, dari jernih ke warna keruh. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air) sama kes kat Dam Chamang, Bentong. Saya dah kena. Tambahan lagi, kalau kepala air datang, bunyi air lebih kuat daripada biasa, dari kejauhan dah dengar.

8. Nak masak air. Jangan ambil air kat tepi sungai, ambil kat tengah sungai atau tempat yang mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, ambil yang tengah². - belajar dengan askar.

9. Binatang besar. Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dari jauh dengar bunyi kera  buat bising tentu ada binatang besar tengah lalu. - belajar dengan orang asli.

10. Makan makanan yang dimasak i.e ikan bakar dll. Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah untuk datang bertandang. - ni belajar dengan kaki pancing lain.

11. Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang. Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dalam pukul 5 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. - belajar dari pengalaman.

12. Hutan yang bising dengan bunyi unggas lebih baik di waktu malam daripada hutan yang sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada sesuatu yang tak kena. - orang asli.

Ok, masuk bab amalan buka khemah (Rule dan sistemnya la, bukan amalan yang spritual).

1. Cari kanopi yang masih hijau. Bila dah tentukan nak pacak khemah, dongak ke atas cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yang masih hijau jadi, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah.

2. Ketinggian dari paras air. Bila dah tentukan mana bahagian yang lapang nak dipasang khemah, tentukan ketinggian khemah sekurang-kurangnya 4 kaki dari aras air sungai, kalau landai jangan buat khemah disitu, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok² rendah dan renek maca. pokok senduduk dll..tu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari kat kawasan yang pokoknya besar².

3. Tentukan laluan / denai didalam radius kawasan 20 meter dari khemah. Jangan buat khemah didalam laluan denai, sebab laluan denai bukan untuk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain juga. Kang seladang tumpang tidur.

4. Bersihkan lantai tapak perkhemahan daripada daun dan pokok² renek (potong je pokok² kecik ni, nanti dia tumbuh balik). Pakai je ranting² pokok, sapu sampai nampak tanah dan tiada daun, so, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dll tu kurang sikit.

5. Dah ready, baru tabur karbaid warna kuning tu.

6. Kalau pakai khemah jenis igloo atau T-shape, pasang khemah secara menghadap / berhadapan dan unggun api kat tengah.

7. Dalam nyalaan unggun api tu, standby beberapa batang kayu panjang. Sebolehnya, sesuai dengan jumlah orang yang pergi camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi capai la kayu yang ada api ni sebagai senjata, parang dan pisau binatang tak takut. Api? confirm depa lari.

8. Kalau ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau juga kot² ada binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dengan tali tangsi disambung dengan loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi.

Kredit: Segamat Outdoor World

Friday, July 17, 2020

Sekadar Perkongsian

Petua ini diajar oleh seorang wanita cina. Umur dah 72 tapi dia tiada apa-apa penyakit yang selalu dihidapi oleh orang di zaman moden ini. Dia menjaga kesihatan buah pinggang, sekali gus darah akan jadi bersih dan badan jadi sihat. Amalan dia dari muda dia kongsikan. Mudah je.

Caranya:

1. Sediakan satu ikat daun sup
2. Bersihkan
3. Potong halus
4. Masuk dalam periuk
5. Masuk air
6. Didihkan sepuluh minit
7. Sejukkan
8. Tapis
9. Masuk dalam botol
10. Simpan dalam peti ais
11. Minum segelas sehari pagi

Segala garam dan racun dalam badan akan keluar melalui air kencing. Darah akan bersih. Buah pinggang akan terjaga. Badan akan sihat. Bagus juga untuk yang mengalami kencing kotor👍

❤️❤️❤️❤️❤️
Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis

Thursday, July 2, 2020

Doa Ketika Sakit

📖 *Doa Ketika Sakit Untuk Diri Sendiri & Orang Lain* 🥀

_🎙️Ustadz Dr. Khalid Basalamah حَفِظَهُ اللّٰهُ تَعَالَىٰ_

📃Doa Ruqyah Mengubati Anggota Tubuh yang Sakit

Ini adalah salah satu doa yang boleh diamalkan ketika anggota tubuh ada yang sakit. Ini termasuk bacaan ruqyah sederhana, boleh diamalkan oleh pesakit itu sendiri. Misalnya, sakit gigi, tangan terseliuh, atau kaki yang terseliuh.

Pegang bahagian tubuh yang sakit lalu membaca ….

بِاسْمِ اللَّهِ (3×)

أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ (7×)

“Bismillah (3 x)

A’udzu billahi wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaadzir (7 x)”

[Dengan menyebut nama Allah, dengan menyebut nama Allah, aku berlindung kepada Allah dan kuasa-Nya dari kejelekan yang aku dapatkan dan aku waspadai] 
(HR. Muslim no. 2202)
Cerita hadits di atas, pernah ‘Utsman bin Abu Al-Asy’ash Ats-Tsaqafi mengadukan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ada sesuatu yang sakit di tubuhnya sejak dahulu ia masuk Islam. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengajarkan doa di atas, sambil memerintah dengan meletakkan tangan di bahagian yang sakit pada badannya.

Imam Nawawi rahimahullah menyatakan bahwa disunnahkan meletakkan tangan di bagian yang sakit lalu membaca doa sebagaimana yang disebutkan. (Syarh Shahih Muslim, 14: 169)

Semoga mudah mengamalkannya. Wallahu waliyyut taufiq.

_✍🏻 Ustadz Muhammad Abduh Tuasikal حَفِظَهُ اللّٰهُ تَعَالَىٰ_

https://rumaysho.com/11615-doa-ruqyah-mengobati-anggota-tubuh-yang-sakit.html

Wednesday, June 10, 2020

Kucing

Pencinta kucing harus baca...rahsia kelebihan memelihara kucing dari sudut spiritual (versi Bahasa Malaysia)

MISI SEEKOR KUCING

Ramai yg menyangka kucing tidak mempunyai apa2 pekerjaan, mereka hanyalah makhluk pemalas yg hanya tau makan dan minum. Hurm, bukan itu sebenarnya !

Adakah anda tahu bahawa dizaman ini lebih ramai org memiliki kucing berbanding anjing? Tahukah anda apa misi dan tugas seekor kucing ???

Saya akan merungkai beberapa tips rahsia seekor kucing yang belum anda ketahui...

Semua kucing mempunyai kuasa, secara harian utk menyingkirkan energi negatif dr tubuh kita.

Sebaik shj kita tido, kucing akan menyerap energi ini. Jika ada lebih ramai org dlm satu keluarga, dan hanya ada seekor kucing, kucing juga mampu menyerap semua lebihan energi negatif dari semua orang ini...

Apabila mereka tido, badan kucing akan melepaskan energi negatif yg telah mereka serap dr kita td. Jika kita terlebih stress, kucing akan mengambil lebih masa utk melepaskan energi ini dan energi negatif ini akan menjadi lemak dlm badan kucing sehingga ia dilepaskan. Kita akan berfikir bahawa mereka gemuk, disebabkan makanan yg kita berikan!

"Bagus untuk mempunyai lebih dari seeokor kucing di rumah, supaya beban utk menyerap energi negatif dapat dibahagi sama rata antara mereka."  

Kucing juga akan melindungi kita di malam hari, agar tiada roh yg tidak diperlukan memasuki rumah semasa kita tidur...

"Sebab itu mereka suka tido di atas katil dengan kita. Dan jika mereka fikir kita baik2 sahaja, mereka tidak akan tido dengan kita di malam itu."

Sekiranya ada sesuatu yg pelik berlaku disekeliling kita, mereka akan terus melompat ke atas katil utk melindungi kita...

Jika ada org yg berkunjung ke rumah kita, dan kucing merasakan bahawa ada ancaman atau benda buruk, kucing akan mengelilingi kita utk melindungi kita. Kita harus la berwaspada.  Sekiranya mereka berlari mendapatkan orang itu, mencium mereka dan ingin dibelai, kita tahu bahawa boleh berehat.

Jika anda tiada kucing, dan ada kucing jalanan memasuki rumah anda, peliharalah kucing tersebut, kerana anda sesungguhnya memerlukan kucing pd saat itu...

'Hurm, kucing jalanan sedia membantu anda!". Berterimakasih lah kerana rumah anda telah dipilih oleh sikucing utk tujuan ini. Jika anda tidak boleh memelihara kucing jalanan tadi, cari la tempat yg sesuai utk nya.

Kucing biasanya datang kepada kita secara fizikal tanpa sebab2 yg diketahui, dan di dalam mimpi  kita dapat melihat sebab kenapa kucing itu muncul seketika. Berkemungkinan ada hutang karma yang harus dibayar kembali kepada kita. Mereka mesti melindungi anda. 

"Oleh kerana itu jangan takut atau menakutkan kucing." Kerana ia pasti kembali kepada anda  utk memenuhi tanggungjawabnya....kucing menyembuhkan kita."

Kucing adalah makhluk yg comel, kasih mereka kepada kita sgt jujur dan melebihi segalanya, cuma mereka punya cara yg berbeza utk menzahirkan kasih mereka.  

"Mereka adalah sahabat teragung dan terbaek antara semua2 sahabat..."

*Manusia yang alergi pada kucing secara emosinya adalah gagal utk mencintai seseorang secara mendalam, kerana  mereka sering melindungi perasaan sebenar meraka."

- Translated by : #MyOwnPetShop
- Ctto. Taken from : Maktub

Monday, June 8, 2020

Sekadar Renungan

Beberapa tahun lepas saya menurunkan Mak di depan Hospital dan berjanji supaya Mak talipon bila dah semua urusan selesai, Mak menghadiri pemeriksaan biasa bulanan di Hospital Balik Pulau, saya pulang ke rumah dan menunggu Mak talipon bila dah siap nanti.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya tiba tiba terkenang suatu ketika dulu ketika saya demam, Mak menggengam erat tangan saya berjalan dari rumah menunggu bas untuk ke Hospital, sesekali saya didukung kerana tak kuat berjalan, di atas bas saya baring di ribaan Mak sambil Mak mengusap kepala dan sesekali mengucup dahi saya, di hospital juga ketika menunggu rawatan saya sentiasa di dalam pelukan Mak, selesai rawatan, sekali lagi dalam perjalanan ke stesen bas saya di dukung, sempat dibawa ke kedai dan Mak cakap _*Adik nak beli apa apa ke?*_ Sampai di rumah saya dipujuk untuk makan ubat, dipujuk dan disuap makan kerana tidak lalu makan akibat demam.

Habis saja kenangan itu berlalu difikiran saya segera terus berpatah balik ke Hospital, hujan lebat di dalam kereta, sampai di Hospital terus saya mendapatkan Mak yang sedang termanggu keseorangan menunggu urusan rawatan, saya sembunyikan airmata saya yang ditahan supaya tidak mengalir di hadapan Mak, saya memegang tangan Mak membawa masuk bilik Doktor, mendengar penjelasan Doktor berkaitan tahap kesihatan Mak,
mendengar nasihat Doktor supaya memantau pemakanan Mak, saya memegang tangan Mak ke Farmasi dan menunggu untuk mengambil ubat, selesai semuanya saya memegang tangan Mak menuju ke kereta, membuka pintu kereta untuk Mak dan saya tanya _*Mak ada nak beli apa apa ke???*_
Yaa Allah..., Ampunilah aku yang sedikit terlalai dari menyantuni pembuka pintu Syurga untukku ini.

Saya sekarang di IJN Kuala Lumpur, menunggu untuk berjumpa Doktor, rawatan susulan.
Saya menulis rasa hati ini bila melihat di sini ramai Mak Ayah yang keseorangan terkial kial bertanya arah sambil menunjukkan kad mereka,
bayangkan di sini ada blok A, blok B dan sangat luas, ada yang bertanya arah Cafe untuk makan setelah semalaman berpuasa untuk mengambil darah, beratur ramai untuk mengambil dan membayar harga makanan dan sebagainya, saya juga melihat pasangan Mak Ayah lewat 70 an yang saling membantu berpimpin, berjalan perlahan mengatur langkah dan sesekali berhenti penat, mungkin mereka tidak mempunyai anak *tetapi* sangat rugilah seandainya mereka mempunyai anak anak dan anak anak mereka terlepas pandang ruang kasih sayang yang sepatutnya mereka penuhi ini.

Alhamdulillah, setakat ini saya gagah ke sana sini berjalan laju di Hospital, namun seandainya saya berada ditahap Mak saya dan Mak Mak & Ayah Ayah yang saya lihat di IJN ini, saya akan rasa selesa, bangga, terharu dan harapkan ada anak bersama saya sekurang kurangnya sebagai *SEMANGAT*.

Anak anak sekelian, saya yakin apa yang saya rasa ini dirasai oleh Mak Ayah kita semua.
Hayatilah firman ALLAH SWT ini untuk kebaikan bersama Dunia dan Akhirat-

وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا 

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا .

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapa kamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah satu seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada kepada keduanya perkataan _*Ah*_ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, _*Yaa Allah SWT, sayangilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka berdua telah menyayangi aku di waktu kecil dulu...*_
Al Isra' 23 & 24.
Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis

Friday, June 5, 2020

Kisah Burung Helang

Burung helang (Bald Eagle) merupakan seekor burung yang amat dikenali kerana kegagahannya. Kehebatannya menangkap mangsa dan ketajaman penglihatannya amat mengkagumkan manusia. Ia selalu menjadi simbol kegagahan dan keunggulan. Namun ramai yang tidak tahu bahawa untuk kekal gagah burung helang harus menghadapi fasa perubahan. Fasa ini memerlukan kekuatan mental dan fizikal burung tersebut untuk menjalani proses pemulihan.

Burung helang merupakan seekor burung yang mempunyai jangka hayat paling lama. Ia mampu hidup hingga 70 tahun. Walau bagaimanapun, untuk membolehkan umurnya mencecah sehingga 70 tahun burung helang ini mesti melalui satu fasa perubahan pada usianya menjangkau 40 tahun. Ketika ini seekor helang akan dilanda dilema samada untuk meneruskan kehidupannya atau menghadapi saat kematian.

Ketika helang ini mencecah usia *40 tahun*
, fizikalnya akan mengalami masalah yang besar. Paruhnya mula bengkok dan keadaan ini menyusahkannya untuk makan. Kuku kakinya atau dikenali sebagai ‘talon’ tidak lagi kuat untuk mencekup mangsanya. Bulu-bulu pelepahnya mula rosak dan menghadkan pergerakan terbangnya. Saat ini burung helang hanya mempunyai dua pilihan, samada untuk menjalani proses pemulihan yang amat menyakitkan selama 150 hari atau menunggu saat kematiannya. Dilema ini yang pastinya mengegarkan jiwa bukan sahaja pada burung helang tetapi juga kepada kita sebagai manusia.

Proses pemulihan itu mengkehendaki sang helang tadi terbang ke puncak gunung dan berehat di sarangnya. Di atas puncak gunung itu sang helang memulakan proses pertamanya dengan mengetuk paruhnya ke batu sehingga paruh tersebut tercabut. Sang helang tadi harus menunggu paruh yang baru tumbuh untuk membolehkannya mencabut kuku (talon) atau kerana ia hanya boleh dicabut dengan menggunakan paruh baru yang kuat. Bayangkan kesakitan yang harus ditanggung oleh sang helang demi untuk meneruskan kehidupannya. Bukan itu sahaja, sepanjang tempoh pemulihan ini sang helang tadi juga tidak mampu makan. Hanya kecekalan, keyakinan dan semangat yang betul-betul kuat mampu mengatasi segala tekanan.

Sang helang yang gagah bagaimanapun terpaksa menunggu hingga kuku yang baru tumbuh. Setelah itu, proses terakhir adalah mencabut semua bulu pelepahnya yang lama. Proses pemulihan keseluruhan mengambil masa lebih kurang 5 bulan. Segala kesakitan dihadapi dengan tabah, dilalui dengan cekal, demi untuk sebuah perubahan. Kini setelah 5 bulan sang helang mampu berbangga. Sang helang meraikan kemenangannya dengan memulakan penerbangan pertamanya. Sang helang merasakan seolah-olah ia telah dilahirkan semula (rebirth) dan ganjaran yang diperolehi daripada kesengsaraan yang dilalui adalah kehidupannya selama 30 tahun lagi dengan kemegahan.

Sang helang kini bebas terbang di udara dengan kebanggaan, keunggulan dan kehebatan yang nyata. Ia berhak merasa megah sambil melayang di udara.

Kisah ini seharusnya diteladani oleh manusia, demi mencapai sebuah kejayaan. Dalam meneruskan kehidupan kita mesti melalui fasa perubahan. Perubahan harus dimulakan kerana ia tidak mampu terjadi dengan sendiri. Namun berapa ramai daripada kita yang sanggup melakukan perubahan tersebut.

Manusia rata-ratanya amat takut pada perubahan kerana mereka tahu bahawa mereka akan gagal sebelum proses tersebut berakhir. Penangguhan demi penangguhan dilakukan sehingga pada akhirnya tiada apa-apa pun perubahan yang terjadi. Untuk berubah seseorang individu itu perlu memiliki keyakinan yang betul-betul mantap. Ramai yang mampu menulis atau bercakap tentang keyakinan tetapi amat payah untuk melaksanakannya. Kecekalan dan semangat sebagai pendorong atau agen kepada perubahan tersebut.

Adakalanya kita perlu menyingkirkan kenangan silam yang menghantui kehidupan, habit lama yang tidak membantu kepada perubahan, serta lain-lain kebiasaan atau amalan yang sudah tidak relevan dengan kehidupan kini. Hanya kebebasan daripada bebanan yang lepas membolehkan kita mengambil peluang untuk kejayaan masa hadapan.

Jangan takut pada perubahan yang positif kerana setiap perubahan yang berlaku pasti akan disusuli dengan suatu hasil atau ganjaran yang sangat menguntungkan. Mulakanlah dengan perubahan yang paling kecil iaitu mengubah cara pemikiran anda. Kawal setiap apa yang anda fikirkan. Jangan mudah melatah dengan isu-isu remeh. Berfikirlah dengan cara yang lebih terbuka dan tenang. Hanya pemikiran yang positif mampu menghasilkan ganjaran yang positif. Perubahan cara berfikir merupakan perubahan yang paling utama kerana Anda Adalah Apa Yang Anda Fikirkan

*FOR THING TO CHANGE I MUST CHANGE FIRST*
Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis

Saturday, May 30, 2020

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin utk semua yg mengenali sy sejak blog ini diterbitkan.. Apa yg dihasilkan dan yg tetcatat serta tercatit dlm blog ini hanyalah sekadar utk menghabiskan masa2 terluang sy.. 
Kalau ada pd catatan dlm blog sy ini yg mengguris hati para pembaca.. Sy menghulur sepuluh jari memohon seribu kemaafan.. Maaf Zahir Batin 









Tuesday, May 19, 2020

Doa Akhir Ramadhan

"Baca doa ini di akhir Ramadhan kerana doa ini mampu buatkan air mata mengalir tanpa sedar!"
(Amalan, doa, ilmu, Perkongsian, Ramadhan)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ya Allah Ya Tuhanku! Aku bertaubat kepadaMu dengan sebenar-benar taubat. Ampunilah dosa-dosaku, Ampunilah kesalahan-kesalahanku, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Penerima Taubat.

Berikanlah aku kemenangan ke atas kelemahan diriku ketika berada dalam bulan Ramadhan dan selepas perginya Ramadan.

Terimalah doa-doa aku, ibadahku dan amalan-amalan baikku.
Ya Allah berkatilah aku dengan menyaksikan lailatul Qadr.

Tunjukkanlah aku ke arah melakukan amalan yang diterima baik hanya keranaMu.
Bantulah aku dalam mendapatkan khushu' dan ikhlas dalam melaksanakan ibadahku.
Bantulah aku untuk lebih mendekatkan diriku kepadaMu dalam ramadhan yang kian berakhir.

Jadikan aku hamba yang menyayangiMu, NabiMu (saw), agamaMu, QalamMu dengan cara yang sewajarnya untuk disayangi.

Tingkatkanlah tahap keimananku, tawakkalku dan keyakinanku kepadaMu. Tambahkanlah Taqwa kepadaku. Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur.

Berikan aku kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan dugaan dariMu. Kurniakanlah kepadaku kelembutan hati dalam mentaati segala syariatMu.

Jadikanlah Al-Quran sebagai temanku di dunia dan akhirat. Tunjukkan lah aku jalan yang lurus dengan kebenaran dariMu sehingga nafas terakhirku, jauhilah aku daripada mensyirikkanMu, kufur atau bid'ah (besar / kecil).

Golongkanlah aku dari golongan muhsineen, muttaqeen, mukhliseen dan sabiqoon fil Ilm. Tambahkanlah kepadaku ilmu yang bermanfaat.

Jadikanlah aku hamba yang redha dengan segala takdir dan ketentuanMu untuk diriku. Selamatkanlah aku daripada penyakit hati iaitu dengki, bongkak, menunjuk-nunjuk dan lain-lain.

Berkatilah aku dengan kebahagiaan di dunia ini, lindungi aku daripada kesedihan & kemurungan. Bantulah aku dengan keupayaanku untuk melakukan Tazkiyah jiwaku sepanjang perjalanan hidupku.

Hilangkanlah perasaan cintakan dunia ini daripada terbentuknya dalam hatiku. Pelawalah aku ke rumahMu untuk aku menyembahMu.

Ya Rabb, berikanlah kepadaku pengakhiran yang baik. Jadikanlah perasaan aku suka dan gembira untuk bertemu denganMu.

Jadikan kuburku & alam barzakh sebagai tempat kediamanku yang aman dan sejuk. Kurniakanlah kepadaku pelindung Arash Mu pada Hari Qiamah.

Berikan catatan amalanku dari tangan kanan dan beratkan timbangan ku dengan perbuatan-perbuatan baik. Kurniakanlah kepadaku nikmat untuk minum dari Telaga Al Kawthar.

Permudahkan aku untuk melintas titan Siraat & Qantarah (jambatan sebelum Syurga). Bantuilah aku Ya Allah bagi memperolehi kebahagiaan yang hakiki dengan melihatMu di akhirat kelak.

Lindungilah, tingkatkanlah dan semaikanlah perasaan cinta, kasih, barakah dan rahmah antara aku dan pasanganku selama-lamanya.


Perbaikilah dan tingkatkan akhlak dan kelakuanku antara satu sama lain. Berikanlah ganjaran kepada pasanganku dengan ganjaran yang terbaik untuk dia dalam berusaha untuk keluargaku.

Jadikanlah Al-Quran dan Syariah Mu menjadi hakim kepada ku dalam semua perkara. Kukuhkanlah amalan-amalan ku demi agamaMu. Jadikanlah aku tergolong dalam golongan bersama-sama mereka dalam kebahagiaan di Jannah al Firdaus.

Ya Allah, bantulah aku dari segi kekuatan fizikal & emosi untuk menjadi ibu bapa yang baik & contoh yang terbaik untuk anak-anak ku.

Peliharalah anak-anak ku supaya tidak terpengaruh daripada kesan kesilapan-kesilapan ku yang lalu dalam hidup mereka. Berkatilah aku dengan anak-anak yang soleh.

Jadikanlah anak-anakku sebagai penyejuk mataku dan jadikan mereka sebagai amal jaariah bagiku & pasanganku. Jadikanlah mereka daripada orang yang mendirikan solat dan sujud hanya kepadaMu sahaja.

Lindungilah diri aku daripada kejahatan, musibah, gangguan syaitan daripada manusia & jin. Lindungilah anak-anakku daripada bahaya, penyakit, kekufuran, perkara-perkara haram dan kemusnahan.

Berikanlah kejayaan kepada anak-anakku dalam agamanya, dunia & Akhirah. Berkatilah aku dan keturunanku agar menjadi anak soleh sehingga Hari Qiamah. Satukan dan kumpulkanlah keseluruhan keturunanku di Jannah al Firdaus.

Ya Allah Ya Rahman,

Jadikanlah anak-anak kami bekerja untuk agamaMu; hafiz Al-Quran, daie, imam, ulama dan syahid di atas jalanMu. Jadikan mereka sebagai penyebab bagi kami mendapat tempat di dalam Jannah & jauhilah kami dari api neraka.

Ya Allah selamatkanlah aku & seluruh keluargaku dari api neraka & jadikanlah kami daripada golongan yang memasuki Jannah Firdaus Mu tanpa sebarang perhitungan.
Ya Allah, Ya Gaffaar. Ampunilah kedua ibu bapaku.

Ganjarilah mereka dengan ganjaran yang paling besar di dunia ini & akhirat.
Tingkatkanlah kedudukan mereka di sisiMu dan berikanlah kepada mereka Jannah al Firdaus. Jadikanlah kami penyejuk mata mereka di hari tua mereka.
Berikanlah kejayaan kepada adik-beradikku di dunia ini & akhirat.

Muliakanlah kedudukan kedua ibu bapa pasangan kami, orang tua kami, umat masyarakat kami.
Lindungilah mereka daripada penyakit dan segala masalah pada usia tua. Ampunilah dosa-dosa mereka yang telah meninggal dunia dalam keluarga kami & umat masyarakat; sama ada yang muda & tua.

Berikanlah keamanan dan ketenangan kepada mereka di alam barzakh sehingga mereka bertemu denganMu.

Selamatkanlah dan peliharalah kami daripada Dajjal, Ya’juj dan Ma’juj dan hari lepas. Kurniakanlah zuriat yang soleh kepada keluarga kami dan rakan-rakan kami yang sedang menunggu kelahiran dan berusaha bagi mendapatkan zuriat.

Satukanlah hati-hati kami dengan sahabat-sahabat kami yang bekerja untukMu dan eratkanlah ikatan persaudaraan kami.

Satukanlah hati mereka yang sedang menjalani dan menguruskan rumahtangga dan limpahkanlah kebahagiaan dan ketenangan dalam perkahwinan mereka, permudahkanlah urusan mereka yang sedang berada dalam kesukaran urusan perkahwinan.

Kau sembuhkanlah penyakit kepada mereka yang sedang sakit, sesungguhnya Kau Maha Menyembuhkan segala penyakit kecuali mati.

Ya Allah Ya Qawiyy, Kau lindungilah saudara-saudara kami di seluruh negara; Palestin, Syria, Nepal, Rohingya, Iraq, Iran, Malaysia dan di mana-mana jua daripada penganiayaan, rogol, pembunuhan, penghinaan.

Kau legakanlah penderitaan mereka dan tingkatkan darjat mereka di sisiMu. Kau hancurkanlah mereka yang zalim, kejam dan penindas ke atas saudara-saudara kami.

Kau cukupkanlah mereka yang serba kekurangan, Kau ringankanlah beban bagi mereka yang tertindas dan Kau bebaskanlah mereka daripada hutang.

Ya Allah, perkenankanlah dan makbulkanlah doa-doa kami sempena dalam Ramadan ini. Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Selawat dan salam kami ke atas junjungan kami Nabi Muhammad (saw), seluruh ahli keluarga baginda, sahabat baginda dan mereka yang mengikuti baginda hingga ke hari terakhir.

Aamiin ya Rabb Al'alamiin.

Alhamdulillah

Kredit: Ustazah Saidah Hafizah Hanapi

#doa #ramadan #zikir

Khutbah Ringkas Hari Raya

PERSIAPAN DIRI: Panduan Solat dan khutbah Aidil Fitri*

Bagaimana persediaan para imam yang akan solat dan berkhutbah Aidil Fitri kali ini?

Tentunya ia satu pengalaman indah menjadi imam dan berkhutbah di hadapan jemaah ahli keluarga sendiri.

Walaupun sunat, tetapi eloklah kita sempurnakan solat dan khutbahnya sekali. 

Solat Aidil Fitri dua rakaat biasa kita dilakukan.

Rakaat pertama selepas doa iftitah, kita bertakbir (Allahu Akbar) tujuh kali dan diselangi oleh bacaan tasbih (Subhanallah wal hamdulillah, wala ilaha Illah walLahu Akbar) enam kali.

Setelah itu baca al-Fatihah dan surah pilihan.

Pilihlah surah yang mudah bagi anda. 

Pada rakaat kedua, dikehendaki bertakbir (Allahu Akbar) lima kali diselangi dengan bacaan tasbih, seperti di atas.

Diikuti bacaan Al-Fatihah dan surah pilihan. 

Sesudah memberi salam, imam akan berkhutbah. 

Saya ringkaskan di sini kaedah berkhutbah Aidil Fitri. Ia boleh dilakukan oleh semua imam.

Usah gusar. Ia mudah dan simple.

Ingat, khutbah ada dua, khutbah satu dan khutbah dua yang diselangi oleh DUDUKnya imam. 

Rukun khutbah ialah:

1. Alhamdulillah (memuji Allah) 
2. Selawat ke atas nabi (Alluumma salli ala Muhammad... )
3. Ittaqullah! (pesan bertakwa kepada Allah)
4. Baca satu ayat al-Quran
5. Doa kepada seluruh muslimin (Allummaghfir lil muslimin wal muslimat)

Semua rukun ini perlu dibacakan dalam bahasa Arab. 

Ringkasnya jika anda menyebut seperti ini sahaja, 

1. Alhamdulillah,
2 Allumma salli ala Muhammad,
3. Ittaqullah,
4 Alhamdulillahi Rabbil Alamin, dan
5. Allummaghfir lil muslimin”,

maka sahlah khutbah kita. Kemudian anda duduk sebentar, bangun dan ulang semula, maka ia sudah memadai, sudah sah.

Ia tersangat ringkas kan... 

Bagi mengindahkan lagi susunan khutbah Aidil Fitri, maka kita tambahlah beberapa perkara.

Kita mulakan dengan takbir (Allah Akbar!) 9 kali.

Dan kita pesanlah dengan nasihat berkenaan kekeluargaan dan sambutan Aidil Fitri, maka jadilah ia lebih cantik.

Jemaah pun boleh tersenyum lebar. 

Saya kemukakan satu contoh teks khutbah yang boleh dijadikan panduan kepada para imam. 

*KHUTBAH PERTAMA*

1. Allahu Akbar 9 kali (sunat)
2. Alhamdulilah (wajib) Alhamdulillah, Allah yang berfirman (Wal Asr, Innal insanalafi… - baca surah Al-Asr, (wajib)
3. Asyhaduan La Ilaha illa Lah, Wa Asyhaduanna Muhammadan Rasulllah (sunat)
4. Allahumma salli ala saidina Muhammad … (wajib)
5. Ittaqullah! (wajib) marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya

6. Alhamdulillah, hari ini buat pertama kali abah (saya) berdiri dan berkhutah di hadapan anak-anak dan keluarga yang dikasihi.

Alhamdulillah wabak Covid 19 ini banyak memberi pengajaran kepada kita sekeluarga.

Kita bersyukur kerana kita selalu dan kerap solat berjemaah.

Kita boleh solat tarawih berjemaah dan kita banyak melakukan aktiviti keluarga secara lebih dekat. 

Sebagai ketua rumah tangga, abah (saya) sedar saya perlu memastikan keluarga kita ini sentiasa berada di bawah reda Allah.

Maksudnya saya perlu pastikan kita semua sentiasa mentaati Allah dan Rasul-Nya pada seluruh kehidupan kita.

Alhamdulillah kerana keluarga kita menjadi HEBAT dan SEMPURNA kerana kita punyai seorang IBU yang cukup baik.

Seorang IBU yang sentiasa siang malamnya berkorban untuk kita.

IBU tidak pernah mengeluh, walaupun tugasnya tidak pernah berakhir menguruskan keluarga kita. 

Kita juga bersyukur kerana kita punyai anak-anak yang baik.

Anak-anak abah (saya) yang sentiasa membantu keluarga, yang boleh disuruh untuk buat itu dan ini.

Anak-Anak abah (saya) sememangnya HEBAT. Anak-anak Abah (saya) sentiasa membahagiakan kami sebagai bapa dan ketua keluarga. 

Pada Aidil Fitri ini, marilah kita saling bermaaf-maafan sesama kita.

Lahirkan kemaafan itu dari lubuk hati kita yang suci bersih, sebersih indahnya Ramadan yang baharu sahaja kita tinggalkan.

Abah dan ibu sayang kepada anak-anak dan ahli keluarga kita. Abah memohon kemaafan atas kekurangan abah sepanjang mendidik anak-anak.

Kita bukanlah insan sempurna, walaupun sebenarnya kita mahu menjadi TERBAIK kepada semua orang. 

7. Allahumaghfir lil muslimin wal muslimat, al-ahya’i hum wal amwat. (wajib) Walhamdulillah.. 

Imam kena DUDUK sebentar. (sediakan kerusi yang sesuai)

KHUTBAH KEDUA

1. Allahu Akbar 9 kali (sunat)
2. Alhamdulilah (wajib) Alhamdulillah, Allah yang berfirman (Qulhuwallahu Ahad - baca surah Al-Ikhlas, - wajib)
3. Asyhaduan La Ilaha illa Lah, Wa Asyhaduanna Muhammadan Rasulllah (sunat)
4. Allahumma salli ala Muhammad … (wajib)
5. Ittaqullah! (wajib) 

6. Sidang jemaah yang dikasihi, jadikanlah hari raya ini sebagai hari terbaik untuk kita mengeratkan silaturahim kalangan keluarga kita.

Kita saling bermaaf-maafan dan kita berziarah saudara terdekat. 

Marilah kita menjaga ibadah wajib kita sebagaimana kita menjaganya pada bulan Ramadan yang lalu, marilah kita menjaga akhlak dan peribadi kita agar kita ini dikenal sebagai seorang muslim yang soleh dan solehah.

Marilah kita menjadikan al-Quran sebagai tilawah harian kita, agar nantinya al-Quran itu bisa menjadi peneman kita di alam kubur kelak. 

Anak-anak, sentiasalah mendoakan keselamatan dan kesejahteraan ibu bapa dan adik beradik kita.

Doakanlah keampunan kepada ibu bapa dan saudara terdekat, agar kita ini hidup dalam iman dan kembali kepada Allah juga di dalam iman.

Andai kata kelak nanti, ibu dan abah ini telah tiada, maka doa dan amalan anak-anak kalian adalah peneman kami yang terbaik yang kami nantikan. 

7. Allahumaghfir lil muslimin wal muslimat, al-ahya’i hum wal amwat. (wajib)

Ya Allah Kau ampunilah segala dosa kami dan ahli keluarga kami. Selamatkanlah negara kami daripada mara bahaya wabak dan segala jenis fitnah dan penyakit.

Berikanlah kami kebahagiaan dan kesenangan hidup di dunia dan akhirat. 

(Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah waqina azabannar.

Walhamdulillah. 

Tamatlah khutbah dan boleh bersalaman dengan ahli keluarga. 

Perlu diingat, semasa berkhutbah, imam kenalah berdiri.

Kalau ada tongkat, boleh pegang tongkat.

Jika tiada, tak perlu pegang apa-apa. Kalau pegang penyapu, dah kelakar pula jadinya!

Selamat berkhutbah. Doakan kebaikan untuk saya juga…

*Ustaz Ahmad Nawawi Yaakob* 
UiTM Segamat
Imam Surau Al-Muhajirin