Tuesday, December 19, 2023

Cuti2 Makan Angin

Abiskan masa cuti2 mkn angin ngan dara2 kat Rumah Bonda Batang Kali ngan naik Cameron Highland.. Sibuk anak ngan bini nak gi sana.. So layankan jelah.. Aku pun takde wat apa cuti pun panjang..bawalah jiran2 ni berjalan sambil menikmati keindahan alam semula jadi.. Biarlah gambar bercerita.. Aku nak rilek.. Ok geng layankan jelah.. 















 

Sunday, December 17, 2023

Sekadar Peringatan

 *AJARKAN ANAK-ANAK ILMU ASAS-ASAS AGAMA ISLAM*

*S : Siapa Tuhanmu ?*

*J : Allah.*

*S : Apakah Agamamu ?*

*J : Islam.*

*S : Siapa Nabimu ?*

*J : Muhammad Sallahu 'Alaihi Wa Sallam.*

*S : Apakah Kitabmu ?*

*J : Al-Quran,*

*S : Dimanakah Tuhanmu ?*

*J : Di Langit. Di atas 'Arasy Dia bersemayam.* 

*S : Apakah dalilnya ?*

*J : الرحمن على العرش استوى (Allah Yang Maha Pengasih di atas 'Arasy Dia bersemayam) - Surah Thaaha : 5.*

*S : Apa makna Allah istawa (bersemayam) ?*

*J : Maknanya Allah di atas atau di ketinggian.* 

*S : Apakah perkara paling utama dalam Islam ?*

*J : Tauhid (Meng-Esakan Allah)*

*S : Apakah makna Tauhid ?*

*J : Beribadat hanya kepada Allah.*

*S : Apakah dosa paling besar ?*

*J : Syirik (Menyengutukan Allah dengan sesuatu)*

*S : Apakah makna Syirik ?*

*J : Menyengutukan Allah bersama makhluk dalam beribadat.* 

*S : Apakah kalimat Tauhid ?*

*J : لا اله الا الله ( Laa Ilaaha Illallaah)*

*S : Apa makna لا اله الا الله ?*

*J : لا معبود بحق الا الله (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.*

*S : Untuk apa kita dicipta oleh Allah ?*

*J : Supaya kita beribadat hanya kepada Allah. Surah Al-Dzaariyat : 56.*

*S : Ada berapa Rukun Islam ?*

*J : Ada lima.*

*S : Sebutkan apakah Rukun-Rukun Islam itu ?*

*J : Mengucap dua kalimah syahadat, mendirikan solat, keluar zakat, puasa Ramadhan, dan pergi haji ke Tanah Suci bagi yang mampu.*

*S : Apakah Allah ada mempunyai Sifat ?*

*J : Benar. Allah ada Sifat.*

*S : Apakah sama antara Sifat Allah dg sifat makhluk ?*

*J : Tidak sama.*

*S : Apakah dalilnya ?*

*J : ليس كمثله شئ وهو السميع البصير (Allah tidak serupa dengan apapun jua. Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat). Surah  Al-Syuyra : 11.*

*DITULIS OLEH UDAY*

*Ilmu Asas-Asas Islam di atas sangat penting bagi setiap manusia jika kita bandingkan dengan semua ilmu yang lain.* 

*Ilmu² inilah yang akan menolong kita setelah kita mati utk menjawap pertanyaan Munkar wa Nakir di alam kubur.*

*PASTIKAN : Semua kita sudah memiliki ilmu asas ini sebelum meninggal dunia. Ajarkan ilmu ini kepada semua anak cucu. Lebih-lebih lagi bagi golongan LANSIA (Lanjut Usia).*

Tuesday, December 5, 2023

Sekadar Peringatan

Doa untuk orang yang sudah meninggal bukan al-Fatihah, kerana al-Fatihah ertinya PEMBUKAAN.

Inilah doa sebenar untuk orang yang sudah meninggal.

1. Doa Allahummaghfirlahu untuk laki-laki (tunggal)

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fuanhu.

Artinya : “Ya Allah, ampunilah dia (mayit laki-laki tunggal itu), belas kasihanilah, hapuskanlah dan ampunilah dosa-dosanya.”

2. Doa Allahummaghfirlaha untuk perempuan (tunggal)

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

Allahummaghfirlaha warhama wa ‘afiha wa’fu ‘anha.

Artinya : “Ya Allah, ampunilah dia (mayit perempuan tunggal itu), belas kasihanilah, hapuskanlah dan ampunilah dosa-dosanya.”

3. Doa Allahummaghfirlahuma untuk dua orang (laki-laki atau perempuan)

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُمَا وَارْحَمْهُمَا وَعَافِهِمَا وَاعْفُ عَنْهُمَا

Allahummaghfirlahuma warhamuma wa ‘afihima wa’fu ‘anhuma.

Artinya : “Ya Allah, ampunilah dua mayit itu, belas kasihanilah, hapuskanlah dan ampunilah dosa-dosanya.”

4. Doa Allahummaghfirlahum untuk laki-laki (lebih dari dua/banyak)

اَللُّهُمَّ اغْفِرْلَهُمْ وَارْحَمْهُمْ وَعَافِهِمْ وَاعْفُ عَنْهُمْ

Allahummaghfirlahum warhamum wa ‘afihim wa’fu ‘anhum.

Artinya : “Ya Allah, ampunilah mereka, belas kasihanilah, hapuskanlah dan ampunilah dosa-dosa mereka.”

5. Doa Allahummaghfirlahunna untuk perempuan (lebih dari dua/banyak)

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُنَّ وَارْحَمْهُنَّ وَعَافِهِنَّ وَاعْفُ عَنْهُنَّ

Allahummaghfirlahunna warhamunna wa ‘afihinna wa’fu ‘anhuna.

Artinya : “Ya Allah, ampunilah mereka, belas kasihanilah, hapuskanlah dan ampunilah dosa-dosa mereka.”

6. Doa Allahummaghfirlahu Panjang dan Lengkap

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَاَكْرِمْ نُزُوْلَهُ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرْدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَ كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْاَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ وَابْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَاَهْلًا خَيْرًا مِنْ اَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَاَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَاَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار

Allahummaghfirlahu warhamu wa ‘afihi wa’fu ‘anhu wa akrim nuzulahi wa wassi’ madkholahu waghsilhu bil ma’i watssalji wal bardi wa naqqihi minal khotoya kama yunaqqats tsaubul abyadu minad danas wabdilhu daron khoiron min darihi wa ahlan khoiron min ahlihi min zaujihi wa adkhilhul jannata min ‘adzabil qobri wa fitnatihi wa min ‘adzabin naar.

Artinya : “Ya Allah, ampunilah dia , belas kasihanilah, hapuskanlah dan ampunilah dosa-dosanya. Muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah jalan masuknya, dan basuhlah ia dengan air, salju dan embun (air dingin). Cucilah ia dari kesalahan-kesalahan sebagaimana baju putih dicuci dari kotoran. Gantilah rumahnya dengan rumah yang lebih baik. Gantilah keluarganya dengan keluarga yang lebih baik. Gantikanlah pasangannya dengan pasangan yang lebih baik. Masukkanlah ia ke dalam surga dan lindungilah ia dari siksa kubur, fitnah kubur dan siksa api neraka.”

Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis

Tuesday, November 28, 2023

Saturday, November 25, 2023

Mentari Merah Di Ufuk Timur

Layan solo Mentari Merah Di Ufuk Timur 


 

Saturday, September 30, 2023

Cuti2 Langkawi

Lama tak update blog aku ni..yg ni masa aku gi Langkawi 7 Aug 2023 yg lepas ngan kenkawan aku family aku..asal nak lepak Penang 3 hari..last2 hari ke 2 anak aku ajak lajak ke Langkawi..aku pun dah alang2 kat Penang shot terus naik Langkawi..lepak 3h 2mlm..layankan jelah ya..




kat Penang Gurney Drive ke pasembok


sempat ziarah Tok Ngah aku kat gurney drive..sapa2 nak lepak Penang nak cari parking gi je rumah dia ..dia ada buat sewa parking..



 pekena roti canai kat Gemas Road Brothersebelum shot naik Langkawi
kat Langkawi aku lepak kat Melati Tanjung..sewa dia ok..tempat pun cantik..sapa2 nak gi aku suggest gi lah kat sini..terbaik


atas feri nak ke Langkawi


Langkawi aku mai ngam family aku


Tempat aku bermalam 3h 2mlm Melati Tanjung






Kat dataran pantai cenang..dah ada mcm2 seronok kat sini..malam dia hidup



















 














Ok geng chowww dulu..Peace Yooo


Sunday, March 26, 2023

Perjalanan Ke Akhirat

 *Masya Allah..kreatif sangat yang menulis pesanan ini, minta tolong share kepada grup²...sebuah perjalanan insan*


✈️ *PAS PERJALANAN - BOARDING PASS*🤝🏼 ✈️


*MAKLUMAT PENUMPANG*

▪Nama: *Manusia*

▪Tempat asal: *Syurga*

▪Destinasi lawatan: *Dunia*


*MAKLUMAT PERJALANAN*

▪Terminal berlepas: *Planet Bumi*

▪Waktu berlepas: *Bila-bila masa*

▪Transit: *Kubur*

▪Terminal ketibaan: *Mahsyar*

Negeri dituju: *Syurga*

Pegawai check-in: *Izra'il*


*KARGO YANG DIBENARKAN*

1. Pasport - Iman

2. Pakaian - Kafan

3. Barang peribadi- Amal Soleh


*KARGO YANG TIDAK DIBENARKAN*

1. Keluarga/kawan

2. Harta Benda

3. Pangkat


*KARGO YANG BOLEH DIPOS*

1. Sedekah jariyah

2. Ilmu yang bermanfaat

3. Do'a anak2 soleh.


*PERHATIAN KEPADA PARA PENUMPANG: PANDUAN SEBELUM BERLEPAS*


1. Mohon selalu membaca, mempelajari, dan mengamalkan petunjuk perjalanan yang terkandung dalam manual Al-Qur'anul Karim.


2. Mohon praktikkan Standard Operating Procedure (SOP) yang diajar oleh Rasullullah SAW.


3. Mohon sentiasa waspada terhadap ulat tiket syaitan yang menawarkan pas palsu.

*Destinasi anda akan ditukar ke Neraka Jahanam.*


*CATATAN PENTING*


Sila periksa barangan yang anda tinggalkan supaya tidak mengganggu perjalanan: 


1: Periksa pasangan anda, sudahkah mereka berada di jalan Allah dan Rasul.


2: Periksa anak anda, sudahkah mereka diajar menggunakan manual Al-Quran dan mengamalkan SOP sunnah yg betul.


3: Periksa harta anda, sudahkah dizakatkan atau adakah bercampur harta yg haram.


4: Periksa pangkat/kedudukan anda adakah digunakan dengan adil atau menindas penumpang lain.


*🤲🏼 DIMINTA PENUMPANG MEMBACA DOA SEBELUM BERLEPAS 🤲🏼*


*Ya Allah Ya Robbi,*

Selamatkanlah kami, keluarga dan sahabat kami dalam perjalanan panjang ini, 


Berilah kami petunjuk yang benar di balai perlepasan *dunia* ini dan rehatkanlah kami saat tiba di transit

*kubur,* 


Mudahkanlah urusan kami di terminal ketibaan *Padang Mahsyar,*


*Sampaikanlah kami ke kampung asal Syurga* *_dengan selamat, dan berilah pahala yang besar kepada orang yang berkongsi notis perjalanan ini kepada penumpang lain. AAMIIN._*


*DIHARAP DAPAT MEMATUHI NOTIS INI DENGAN SEMPURNA DEMI KESELAMATAN PERJALANAN ANDA.*


*TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA DAN SELAMAT MENGEMBARA BERSAMA KAMI, AHLAN YA RAMADHAN.*🕌✈️


*SAHABAT marilah kita menyampaikan pesanan ini untuk semua. Semoga pesanan ini menjadi Amal jariah buat kita di TERMINAL KETIBAAN nanti*


*INSYAALLAH*

Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis

Friday, March 24, 2023

Perbezaan Anaerobik Dan Aerobik

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ,

Terdapat dua jenis latihan yang utama :
1) Latihan anaerobik - Aktiviti yang tidak menggunakan oksigen dalam penghasilan tenaga

2) Latihan aerobik - Aktivit yang menggunakan oksigen dalam penghasilan tenaga.


LATIHAN ANAEROBIK

- Menggunakan electron transport chain tetapi tidak menggunakan oksigen sebagai electon acceptor.

- Menghasilkan lactic acid

-Produk yang terhasil = Lactic acid , tenaga , etanol dan karbon dioksida.

- Jumlah tenaga yang dihasilkan : 120kJ/ mol glukosa



- Latihan berintensiti yang tinggi dalam tempoh masa yang singkat dan berlaku metabolisme anaerobik. (larian 100meter , angkat berat , berenang 100meter)

- Atlet yang melibatkan tempoh masa yang singkat.

- Tidak menggunakan oksigen untuk penghasilan ATP

- Terdapat dua jenis metabolisme anaerobik :
   - Sistem ATP-PC
   - Sistem Glikolisis

-Meningkatkan kekuatan , kelajuan , kuasa dan saiz otot seseorang atlet mengikut keperluan sukan yang diceburi.
    - Latihan jeda jarak sederhana dan dekat
    - Latihan pecutan berulang
    - Latihan pliometrik

-Latihan jeda ( Jeda jarak sederhana dan dekat) :
    - Memberi peluang kepada otot untuk menghasilkan ATP
    - Melambatkan proses kelesuan
    - Contoh preskripsi latihan jeda jarak sederhana (4x400meter  x 3set )
    - Contoh latihan jeda jarak dekat (4x80meter x 4set)

-Latihan pecutan berulang :
    - Diselang selikan dengan jeda dan rehat agar penghasilan ATP berjalan lancar
    - Latihan diberhentikan jika masa larian yang dilakukan sudah mencapai sasaran.

-Latihan pliometik :
    - Pergerakan otot isomoterik  yang berlebihan yang menyebabkan regangan refleks pada otot
    - Latihan yang menggunakan pergerakan otot bertindak balas ke atas beban dan menghasilkan kuasa atau beban.
    - Contoh latihan ( Lompat sebelah kaki ,larian lutut tinggi , lompat tali)


- Pergerakan anaerobik yang mempunyai kuasa (power) yang tinggi :
   -Penghasilan daya yang tinggi dan cepat

- Latihan anaerobik membantu dalam :
    - Kekuatan otot
    - Kelajuan
    - Daya tahan otot
    - Kuasa
    - Ketangkasan

LATIHAN AEROBIK

- Menggunakan oksigen untuk memecahkan glukosa dalam badan

- Tidak menghasilkan lactic acid

- Karbon dioksida , air dan tenaga

- Jumlah tenaga yang dihasilkan 2900kJ/mol glukosa 




- Latihan yang berintensiti rendah dan dijalankan dalam tempoh masa yang lama.

- Meningkatkan penggunaan oksigen dalam badan (oxygen consumption)

- Menggunakan oksigen untuk penghasilan ATP melalui proses metabolisme

- Metabolisme aerobic adalah :
    - Oxidative Phosphorylation
          - Kreb Cycle
          - Electron Transport Chain

- Latihan aerobik = Keupayaan kardiovaskular

- Latihan berterusan = Latihan yang meningkatkan aerobik menggunakan konsep FITT

F : Frequency ( Proses latihan tidak kurang 3kali seminggu)
I : Intensity ( Kadar denyutan nadi dapat dilajukan dan diperlahankan dengan aktiviti dilakukan)
T : Type ( Jenis latihan yang digunakan seperti latihan litar , latihan fartlek dan latihan interval)
T : Time ( Semakin tempoh latihan semakin tinggi kadar peningkatan aerobik )

- Terdapat 3 komponen fisiologikal
    - Kadar denyutan nadi
    - Meningkatan stroke volume
    - Meningkatkan cardiac output

-Kaedah latihan aerobik :
    - Latihan jarak jauh perlahan ( Tempoh masa larian dan bukannya kelajuan)
    - Latihan fartlek ( Meningkatkan daya tahan otot )
    - Latihan jeda jarak jauh  ( Mempunyai jeda kerja dan jeda rehat )
Credit-http://noramiraahmad.blogspot.com/

Tuesday, February 28, 2023

Tuesday, March 15, 2022

Adab

 Asy Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani rahimahullah pernah berkata: "Aku Lebih Menghargai Orang Yang Beradab Daripada Orang Yang Berilmu. Kalau Hanya Berilmu, Iblis-pun Lebih Tinggi Ilmunya Daripada Manusia"

Dari kata-kata tersebut apakah anda sudah faham apa dulu yang harus kita dalami sebelum ilmu? Iya, itu adalah Adab!

Al-'adabul fauqol 'ilmi - "Adab itu lebih tinggi daripada ilmu."

Menurut bahasa, Adab memiliki makna: kesopansantunan atau kehalusan dan kebaikan budi pekerti.

Menurut Istilah, Adab ialah suatu ibarat tentang pengetahuan yg dapat menjaga diri dari segala sifat-sifat yang salah serta melatih diri dengan budi pekerti dan Akhlak mulia.Sedangkan Ilmu adalah seluruh usaha sedar untuk menyelidiki, menemukan, dan meningkatkan pemahaman manusia dari berbagai segi kenyataan dalam alam manusia. Segi-segi ini dibatasi agar dihasilkan rumusan-rumusan yang pasti. Ilmu memberikan kepastian dengan membatasi lingkup pandangannya, dan kepastian ilmu-ilmu diperoleh dari keterbatasannya.

Ilmu tidak dapat menjadi patukan buat kita menjadi orang yang berguna, kerana Jika engkau tidak beradab sedangkan engkau berilmu, maka bererti ilmumu tidak berupaya mentarbiyyahmu/mendidikmu. Seseorang yang beradab padahal dia tidak berilmu maka itu lebih baik dibanding seorang yang berilmu tetapi tiada beradab. Jika ingin menyampaikan ilmu haruslah beradab, jika ingin menasihati haruslah beradab, jika ingin memberi teguran juga harus beradab, atau jika ingin memberi peringatan sekalipun haruslah di dalam adab.

Semua harus bermula dengan Adab!

Jadi, janganlah kau merasa bangga dengan Ilmu yang telah kau capai, jika tanpa Adab itu semua akan percuma.

Ayuh cermin diri, kerana sudah seharusnya Ilmu Tidak MenjadikanMu Sombong!

Semoga bermanfaat dan kredit kepada penulis

Ayah

 Saat ini saya cuba merasai jauh disudut hati betapa pedihnya luka seorang Ayah bilamana anaknya mengambil keputusan keluar dari rumah dan tinggalkan keluarga. Bukannya keluar kerana ingin membantu Ayah untuk menyara kehidupan keluarga namun sebaliknya langkahan itu meninggalkan keperitan yang amat mendalam. 


Dengan kudrat yang ada dari muda sehingga usia menuju senja menunaikan hak pada keluarga. Mempertahankan bahtera rumah tangga dengan pelbagai masalah serta karenah dalaman apatah lagi siualan syaitan yang mengilai di luar. Mendidik dan mentarbiyah anak-anak agar jadi insan yang berakhlak, taat dan patuh pada peringtah Allah, tidak mengikut nafsu buas yang sentiasa menggelincirkan menuju denai berduri kehidupan. Beratnya bahu memikul beban untuk menstabilkan bahtera, hanya kekuatan berkiblatkan kompas wahyu Ilahi dan petunjuk perjalanan hidup suri teladan Junjungan Mulia sebagai pedoman selaku nakhoda. 

Namun Allah SWT takdirkan dalam sunnahnya setandan pisang tidak semua boleh dimakan. Menoleh kekiri dan kekanan mencari generasi sahabat seusia Ayah yang mungkin boleh bantu memapah untuk menapak, masing-masing sudah membenarkan janji mereka dalam perjuangan menuju Tuhan Maha Pengasih kepada hambanya yang berjuang. Harapan yang tinggal adalah pada anak-anak. Dalam ramai anak-anak, sebahagian besar sangat-sangat memahami Ayah. Menjaga Ayah, membantu Ayah, memelihara Ayah dan mempertahankan Ayah. Demi Ayah, "bertongkat paruh anak-anak sanggup korbankan". Akan tetapi cukup seorang anak tidak perlu ramai, mampu menyempit hati dan menghancurkan perasaan Ayah. Makin dilarang, makin dibuat. Kalam sang Ayah diragui, hebusan nafas petualang menjadi ketagihan. 

Seorang Ayah kenal anak-anaknya walaupun bilangannya ramai. Namun anak yang ramai belum pasti kenal Ayahnya yang seorang. Suruhan dan larangan Ayah, bahkan herdikan dengan tinggi suaranya, hakikatnya ibarat guruh petir yang menyambar di langit yang akhirnya menguntum gerimis yang suci lagi menyucikan di daratan. Sehebat mana pun marah seorang Ayah pada anaknya, pastinya marah sang Ayah untuk mendidik dan memberi sesuatu yang terbaik buat anaknya. 

Pengorbanan Sang Ayah demi anak-anak sangat luar biasa. Mungkin anak-anak tidak menyedarinya. Dari Timur ke Selatan, mengharungi kabus sepertiga malam, membelah kepanasan matahari yang menggigit di siang hari mengerut gerutan dahi sehingga menuju ke hujung utara, menyising lengan berhempas pulas mendidik, mentarbiyah bahkan memposisikan anak-anak ke tahap didambakan khalayak manusia. Menyelesaikan segala masalah yang berbangkit akibat tingkah anak yang kononnya mulia agar senang di kemudian hari mengadap Rabbul Jalil. Anak-anak tidak menyedarinya. Apatah lagi bertanya khabar secara anak beranak. Yang tahu hanya ghairah memuntahkan rasa di medsos yang tiada perasan membina persepsi bisu.

Duhai kekanda, duhai adinda.. 

Pertahankan Ayah, pelihara keluarga. Masih belum terlambat untuk berbakti pada Ayah. Masih belum terlewat memelihara keluarga. Kita hidup dengan Ayah. Kita yakin Ayah ada ilmu, Ayah ada prinsip. Ayah tidak mudah dikuasai, dinodai apatah perjalanan kehidupan dan perjuangan Ayah sudah terbukti. Mungkin tak lama kita bersama Ayah. Semoga kita kekal istiqamah dan kekal bersama Ayah di alam abadi.

USHH - Gombak 

14 Mac 2022

Wednesday, November 24, 2021

Saidatina Aminah Wanita Agung


Allahuakhbar..Air mata tidak mampu tahan sampai ke perkampunan Abwa' ini..kerana di kampung inilah Baginda Rasulullah Saw telah sampai bersama ibu nya Saidatina Aminah dan Ummu Aiman..dan di kampung inilah wanita Agung ini meninggalkan dunia di semadikan..

Semoga susah payah dalam perjalanan dan mendaki yg sedikit ini menjadi saksi Cinta Rasulullah Saw dari di Akhirat...Amin ..

Terima kasih sgt2 yg tidak terhingga buat sahabat sy ustaz @izzat abd aziz yg korbankan diri harta masa nya untuk khidmat kami.. Allahuakbar.. Allah sahaja balas segala kebaikan ustaz izzat.. Allahuakbar.. 

Untuk sampai ke kampung abwa ini bukan suatu yg mudah..dari Kota Madinah berangkat ke kampung Badar dlm 150 km....

sampai di Badar kami masuk pula ke kampung mafraq..sebuah kampung yg seakan telah di  tenggalamkan padang pasir...kemudian terus ke Abwa' dgn perjalanan yg agak mujahadah..

Jalan yg tiada kereta sgt melainkan sesekali kereta dan lori lalu...line hp juga tiada..kg abwa jauh masuk ke dalam...jarak hampir 400 km dari Kota Madinah...

Saidatina Aminah dari Bani Zuhrah satu Kabilah yg mulia di pandangan masyarakat arab kerana sikap mereka yg jujur..nama Saidatina Aminah ialah Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Kilab..manakala ibu Siti Aminah pula bernama Barrah binti Abdul Uzza bin Usman bin abduddar bin Qushai bin Kilab..

Jalur nasab Siti Aminah ibunda Nabi Saw bertemu dgn jalur nasab Ayahanda Nabi Saw di Qushai iaitu Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul manaf bin Qushai..dan akhirnya juga bertemu ayah dan ibu tadi di Qushai bin Kilab yg terus ke jalur nasab Baginda Nabi Ismail bin Ibrahim A.s...Baginda Nabi Saw dari jalur Nasab keturunan yg terpelihara...

Wanita arab ketika zaman Jahiliyyah kata Ulama' terbahagi 2..satu wanita yg liar selalu keluar rumah dan di lihat lelaki-lelaki..yg kedua wanita yg tinggal di rumah yg tidak pernah di lihat oleh mana laki-laki..Saidatina Aminah ialah wanita terpelihara lg mulia yg tidak pernah di lihat oleh mana-mana laki bahkan tidak pernah melihat lelaki yg bukan mahram..

Wanita Agung ini di nikahi oleh lelaki yg hebat lagi tampan di kota Mekah iaitu Abdullah bin Abdul Mutalib..Hasil dari perkahwinan yg mengikut syariat Nabi Ibrahim inilah maka ibunda Aminah hamilkan Habibil Mustafa Baginda Nabi kita Muhammad Saw..

Di saat ibunda Aminah hamilkan Baginda Saw, ada kafilah dagang yg mahu berangkat ke Sham..maka berangkat lah Ayahanda Baginda Saw ke Sham..pulang dari sham saat menghampiri yastrib(Madinah), Ayahanda Nabi Saw jatuh sakit dan tinggal bersama waris mereka di Bani Najar yastrib..

tak lama kemudian wafat diyastrib(Madinah).. Lahirlah Baginda Saw dalam keadaan yatim tiada ayah..Allahuakhbar..

Waktu Rasulullah Saw berusia 6 tahun..Rasulullah Saw telah mengikuti ibunda Aminah dan Ummu Aiman berangkat ke yastrib untuk menziarahi maqam ayahanda Nabi Saw..pulang dari Maqam ayahnda Nabi Saw dalam perjalanan menuju ke Mekah..Ibunda Nabi Saw telah jatuh sakit di Kampung ini..Kampung Abwa'...

di saat akhir hayat ibunda Baginda Nabi Saw berkata kepada Baginda "sesungguhnya setiap yg baru akan lama..setiap yg muda akan tua..Begitulah setiap yg hidup akan mati..aku akan tinggalkan dunia ini..aku melihat bahawa kamu akan menjadi seorang Nabi seperti atuk mu Baginda Ibrahim A.s membawa manusia kepada ALLAH.."kemudian Siti Aminah meninggal dunia..

Siti Aminah di semadikan oleh Ummu Aiman dan Baginda Saw di kawasan pinggiran bukit kecil di Abwa...setelah di tanam jasad ibunda Aminah..maka Ummu Aiman membawa Baginda Saw berangkat pulang ke Mekah..betapa pilu dan sedihnya hati Baginda di saat itu..

Demi ALLAH Tiada kesedihan anak kecil yg di alami penduduk dunia ini melebihi kesedihan hidup membesar tanpa ayah dan ibu di sisi...

Setelah berlalu waktu..di saat Islam telah menang..Di tahun Baginda Saw dan Para Sahabat berangkat dari Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan Haji Wida'...dan tahun itu juga tahun akhir sebelum kewafatan Baginda Saw..

kata Maulana Tareq Jamil, dalam perjalanan Haji wida itu Baginda Saw telah berhenti di Abwa'..

dan duduk di tepi maqam Ibunda Baginda Saw seakan meluahkan rasa rindu Baginda Saw kepada Ibunda Baginda..Allahuakhbar.kisah yg sgt pilu...

semoga ALLAH suburkan perasaan Cinta kita kepada Baginda Nabi Saw dan Ahli Keluarga Baginda Saw...Amin 

Kenal untuk cinta.. Semoga Allah terima kita semua insyAllah untuk menjadi perkakas perjuangan Rasulullah Saw bangunkan Islam di seluruh dunia menjadi asbab Hidayat dan menafaat kebaikan untuk seluruh umat.. Amin..

●Bayan Habib Umar mengenai Hari kewafatan Siti Aminah di Abwa':

https://youtu.be/ydmp23B7aJY

●Maqam Siti Aminah di Abwa' sebelum di musnahkan dan di robohkan:

https://youtu.be/8qQKB_QdQsM

●Ustaz Ebit Lew bercerita perasaan rindu Baginda Saw kepada ibunda Baginda di minit yg ke 1:50:28  :

https://youtu.be/TK9-ce_nnWc

Friday, July 30, 2021

Info COVID19

 *Dr Zaleha Md Amin*

*INFO KREDIA COVID-19* 


 ◉ Oleh kerana kes yang semakin meningkat, kami, para profesional kesihatan, telah menyiapkan pesanan ini untuk orang ramai.

  

 ◉ Gejala muncul dari hari ketiga selepas jangkitan (gejala virus). 

 ➙ Fasa pertama; 

 ◉ Sakit badan 

 ◉ Sakit mata 

 ◉ Sakit kepala 

 ◉ Muntah 

 ◉ Cirit-birit

 ◉ Berair @ kesesakan hidung 

 ◉ Penguraian 

 ◉ Membakar mata 

 ◉ Membakar ketika membuang air kecil 

 ◉ Merasa demam 

 ◉ Tekak yang sakit (sakit tekak) 

 ➙ Sangat penting untuk menghitung hari-hari gejala: 1, 2 , Ke-3. 

 ◉ Bertindak sebelum bermulanya demam. 

 ◉ Hati-hati, sangat penting untuk minum banyak cecair, terutamanya air yang disucikan. Minum banyak air untuk memastikan tekak anda lembab dan membantu membersihkan paru-paru anda. 

  

 ➙ Fasa ke-2; (dari hari ke-4 hingga ke-8) radang. 

 ◉ Kehilangan rasa dan / atau bau 

 ◉ Keletihan dengan usaha yang minimum 

 ◉ Sakit dada (tulang rusuk) 

 ◉ Mengetatkan dada 

 ◉ Sakit di punggung bawah (di kawasan ginjal) 

  

 ➙ Virus menyerang ujung saraf; 

 ◉ Perbezaan antara keletihan dan sesak nafas: 

 • _ Kekurangan udara adalah ketika orang itu duduk - tanpa berusaha - dan kehabisan nafas; 

 • Keletihan adalah ketika orang itu bergerak untuk melakukan sesuatu yang sederhana dan merasa letih. 

  

 ➙ Ia memerlukan banyak penghidratan dan vitamin C. 

  

 Covid-19 mengikat oksigen, jadi kualiti darah kurang baik, dengan kurang oksigen. 

  

 ➙ Fasa ke-3 - penyembuhan; 

 ◉ Pada hari ke-9, fasa penyembuhan bermula, yang boleh berlangsung sehingga hari ke-14 (pemulihan). 

 ◉ Jangan kelewatan rawatan, semakin cepat semakin baik! 

  

 ➙ Semoga berjaya semua! 

 Lebih baik menyimpan cadangan ini, pencegahan tidak terlalu banyak! 

 • Duduk di bawah sinar matahari selama 15-20 minit 

 • Rehat dan tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam. 

 • Minum 1 setengah liter air sehari 

 • Semua makanan mesti panas (tidak sejuk). 

 ➙ Perlu diingat bahawa pH coronavirus berkisar dari 5.5 hingga 8.5. 

 Jadi yang perlu kita lakukan untuk menghapuskan virus adalah dengan memakan lebih banyak makanan beralkali, melebihi paras asid virus. 

 As; 

 ◉ Pisang, Kapur → 9,9 pH 

 ◉ lemon kuning → 8.2 pH 

 ◉ Avocado - pH 15.6 

 ​​◉ Bawang putih - pH 13.2 

 ◉ Mangga - pH 8.7 

 ◉ Mandarin - pH 8.5 

 ◉ Nanas - 12.7 pH 

 ◉ Selada air - 22.7 pH 

 ◉ Jeruk - 9.2 pH 

  

 ➙ Bagaimana anda tahu anda menghidapi Covid-19?! 

 ◉ tekak gatal 

 ◉ Tekak kering 

 ◉ Batuk kering 

 ◉ Suhu tinggi 

 ◉ Kesukaran bernafas 

 ◉ Kehilangan bau dan rasa 

 __ 

 JANGAN simpan maklumat ini hanya untuk diri sendiri, berikan kepada semua keluarga dan rakan anda.

Wednesday, July 28, 2021

Sharing is Caring

 🗣️🔊 *Wabak Covid19 dah merebak teruk setiap hari*.


🗣️Sebelum keluar rumah baca dulu ayat-ayat pendinding sebagai ikhtiar:


✒️ *Baca 3 kali*

بِسْم اللَّهِ توكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، وَلا حوْلَ وَلا قُوةَ إلاَّ بِاللَّهِ


✒️ *Baca 3 kali*

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ،


✒️ *Baca 3 kali*

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ


✒️ *Baca 7 kali (ayat 9 surah Yasin)* 

وَجَعَلْنَا مِن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ


📝 *Ijazah drp Sheikh Zainul Asri Kedah*


Sila pnjg2kan 📲📲📲